Bab 18

94 3 0
                                    

Gambar perkahwinan Aina dan Afiq dilihatnya. Dia tersenyum gembira melihat Aina mengecap bahagia. Dia gembira untuk Aina. Dia tidak bersedia lagi untuk bersua muka dengan Aina, kerana itu dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran bekerja di luar negara. Hubungannya dengan Fahmi tidak kekal lama. Keputusan yang dia buat dulu untuk bersama Fahmi dan menyakiti Aina menjadi perkara yang paling dia sesali sehingga ke hari ini. Setelah apa yang Aina buat untuk dia, yang dibalas hanyalah kesakitan untuk Aina.

"Daria. Here you are. I've been looking for you for a long time. Come let me introduce you to other workers and after that i'll show you to your new room"

Daria memandang ke belakang. Kelihatan Rebecca, atasannya merangkap roomatenya berbicara dengannya. Dia tersenyum lalu melangkah mendekati Rebecca.

"I'm so sorry"

"It's okay. Jom we are getting late" Rebecca menarik tangan Daria. Daria mengikuti langkah Rebecca yang menarik tangannya.

***

"Assalamualaikum ibu," Afiq bersalaman dengan Puan Razia.

"Waalaikumussalam" Puan Razia memeluk Afiq erat.

"Keluarga Aina kirim salam kat ibu dan walid"

"Waalaikumussalam. Macam mana keluarga sana? Okay ke?"

"Alhamdulillah ibu. Diorang baik sangat. Abah dengan umi sporting betul. Diorang terima abang dengan baik even sebelum ni diorang tak kenal pon abang," Afiq sangat gembira menjafi ahli keluarga Aina. Keluarga itu sangat baik, saling mengusik tapi ikatan kekeluargaan tak pernah renggang. Bukan hanya keluarga baik tapi kawasan perumahan Aina, jiran-jirannya semua baik-baik. Hubungan kejiranan yang kuat, dia teruja sangat ketika berada di sana. Bukan seperti perumahan rumahnya, jiran semua buat urusan masing-masing.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Ibu risau je Abang tak boleh masuk dengan keluarga sana" Puan Razia tersenyum. Alhamdulillah, dia yakin keluarga Aina sangat baik. Menerima Afiq dan melayannya dengan baik walaupun mereka tidak pernah kenal sebelum ini. "Abang dah makan?"

"Makan malam belum lagi. Abang makan sebelum bertolak tadi je," ujar Afiq.

"Alolo kesiannya anak ibu. Abang angkat beg masuk bilik dulu. Bersihkan diri jap lagi turun makan ye. Maklang masakkan tempoyak ikan patin untuk dinner malam ni"

"Sedapnya. Maklang ada ke? Tak nampak pon," ujar Afiq lagi sambil membuang pandang ke sekeliling rumah. Yang dia lihat hanyalah susunan barang hantaran dan ibunya sahaja di ruang tamu.

"Oh mereka semua ke rumah Tok Cik kejap. Ibu dengan walid je ada. Walid solat maghrib tadi". Tok cik merupakan adik beradik kepada neneknya. Tok Cik tinggal di Kuantan, dekat dengan rumah Afiq.

"Mereka semua? Ramai ke ibu?"

"Ye lah semua datang lah kan lusa dah  majlis kamu. Ya Allah anak aku ni"

"Betul jugakkan ibu. Hahaha. Okeylah abang naik mandi kejap. Jap lagi abang turun ye" dia mengangkat bagasinya masuk ke dalam biliknya. Dia berbaring di atas tilam empuknya seketika. Dia memeriksa telefon pintarnya seketika.

+Tengah buat apa?

+Takde buat apa.
+Tengah layan kartun dengan Syafa.
+Awak dah sampai ke?

+Baru je sampai.
Seketika kemudian dia mendial nombor Aina.

"Helo"

Episod Cinta BaruWhere stories live. Discover now