🌷

43 4 0
                                    

She's independent,
yet she still missing a part of puzzle
in her heart,
cuz the last piece of puzzle is already in somebody hands,
till that she can't complete the puzzle,
unless meeting the owner of the hand .

------------

Aku tersenyum merenung langit. Langit yang gelap namun dihiasi dengan beberapa butir bintang membawa ketenangan di dalam dirinya.

Adakah langit mempunyai nasib sepertinya? Cantik , namun tidak lengkap tanpa bintang. Cerah, hanyalah kerana kehadiran bintang.

pfft..dah kenapa aku merapu malam- malam buta ni. Aku menggeleng-geleng kepala seraya ketawa seorang diri memikirkan diriku yang memang aneh dan unik sejak dulu.

" Aleeya !! " Sayup-sayup kedengaran suara memanggilku dari jauh.

Aku masih tidak puas menatap ke langit. Suara yang memanggil tidak diendahkanku kerana sudah dapat menggagar gerangan pemanggil.

"Kau baring apa lagi kat rumput tu ?? Kitaorangg dah nak start firecamp ni kak oiii . Semua tengah tunggu kau je !! " laung rakanku.

"Hah??!! Yang semua tunggu aku apahal ? Start jela weh tanpa aku" aku dengan malas membangunkan diri.

Aku ni bukannya orang baik tapi aku juga tak nak kejam biar orang tertunggu- tunggu aku.

" Ha baiklah otw lah nii " laungku.

-----------------

"Laila, Truth or dare? "

Laila berfikir sejenak.

"Truth !!"

" Apa perkara paling nakal kau pernah buat waktu sekolah ? " tanya Husna diikuti gelak tawa yang lain.

" Bakar report card aku dalam bilik guru, last-last report card satu kelas terbakar. " Laila tersengih.

" Weh kau serious lah !! " Semua memandang tidak percaya.

Laila mengangguk.

"Waktu tu malam, aku curi-curi masuk . Gelap sangat tak nampaklah waktu tu. "

"Teruk sangat ke markah peperiksaan kau? " tanya yang lain.

Semua mengangguk setuju.

Aku juga mengangkat kepala kerana berminat ingin mengetahui. Sebagai pelajar-pelajar dari Universiti Malaya( UM),  kami semestinya berasa terkejut memandangkan kami masing-masing seorang yang boleh dikatakan bijak dan genius dalam pelajaran.

"Mana ada teruk. Aku ingat lagi waktu tu aku dapat semua 90 ke atas kecuali untuk subject Matematik dapat B je. My mom seorang yang strict, kalau dia tahu dapat B, memang teruk aku kena nanti. Tapi nasib tak menyebelahi, walaupun report card dah terbakar, guru tetap berjumpa semua ibu bapa untuk berbincang tentang markah peperiksaan. And guess what, ofc my mom marah and end up ayah I yang kena bela I. Tapi tu kira okay sebab no one tahu yang I yang bakar. Ramai orang ingat tu kecuaian guru lupa tutup candle pewangi hari itu."

Kami mengangguk memahami.

Aku turut bersimpati. Sebagai seorang yang bijaksana, semua orang memang menaruh harapan tinggi terhadap kami. Sekiranya kami gagal sekali, orang akan sangat terkejut dan kami pula berasa malu kerana tidak mencapai expectations orang. Namun itulah hidup, kita tidak perlu menghiraukan pandangan orang, biarlah dorang nak kata apa pun, hidup kita, kita yang tentukan.

"Baiklah next, zali !! Truth or dare? " tanya Laila.

"Anak jantan mestilah dare !! " Sahutnya berani.

Semua memberikan tepukan padu.

"Ketuk ketampi 20 kali. " arah Laila

"Hah? Itu zaman sekolah lah kak oi !! Kita ni dah semester akhir universiti kot." bebel Zali.

Keadaan riuh rendah, berbeza pulak dengan aku. Aku hanya tersenyum perlahan dan kembali termenung.

"Okay Aleeya. Truth or dare? " Tanya Zali kepadaku.

Aku tersedak. Eh bila masa turn aku ni? Oh, mungkin kerana aku termenung sampai tak ingat dunia. Tu tak perasan Zali dah pun menghabiskan Ketuk ketampi ke-20 nya. Walaupun dalam hutan, masih dapat dilihat jelas muka kemerahannya.

"Erm dare. " jawabku simple.

Semua hanya terdiam. Lama mereka memikirkan cabaran apa yang perlu diberikan kepadaku.

Aku hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Kami takde idea dah lah Aleeya. Apa kata kau pilih truth " Kata Husna.

Aku hanya mengangkat kening tanda bersetuju.

" Betul ke kau tak pernah ada boyfriend?" pertanyaan Zali membuatkan semua mata tertumpu padaku.

Aku terdiam. Tidak menyangka dalam banyak banyak pertanyaan, itu yang akan dituju kepadaku.

Aku menggeleng seraya berkata,
" Haah tak pernah . "

Semua memandang tidak percaya.

"Tapi kau lawa kot. Satu kampus kenal kau, private girl yet mysterious .. " Amir tersengih menyampuk.

" Macam tipu je !! Mesti dah ramai cuba confess kat kau Aleeya, takkan semua kau reject?? "

"Hurm baik bagi lawa kau kat aku TT "

"Media social pun kau tak ada.. tak post ke muka kau yang lawa tu? "

" Kau suka lelaki yang macam mana? "

Dan pelbagai soalan lain bertubi tubi ditanyakan kepadaku.

"Kalau macam tu, crush? Kau mesti ada crush kan? Cuba bagi hint sikit siapa crush kau.. " tanya pelajar perempuan yang lain.

Semua terdiam menunggu jawapan dariku.

"Aku... aku menunggu seseorang. "

When the flowers blossomWhere stories live. Discover now