─── ・ 。゚☆: *.☾︎ .* :☆゚. ───
『 𝑺𝒖𝒓𝒂𝒕 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒊𝒍𝒎𝒂𝒏 』
┌─── ・ 。゚★: *.☾︎.* :☆゚。・ ───┐
Hi Emma,
I know it kinda weird but haish aku seganlah nak approach kau. Nanti ramai pulak bawak mulut pasal aku, so aku bagi suratlah. Klasik sikit, macam orang dulu-dulu.Okay, back to the point. Sebenarnya, aku suka kau. Terkejutkan? Aku pun terkejut malam tadi mimpi kau, tak pasal-pasal meracau sebut-sebut nama kau. Haish, risau. Kantoi dengan Adib pulak tu.
So, aku rasa, aku rasalah. Tak tahulah kau rasa ke tak. Aku suka kau, dan aku nak jaga kau macam mana aku buat dalam mimpi aku tu. Aku tahu kau pun macam pelik dengan aku. But please, bagi aku jaga kau. Okay?
Sincerely,
Hilman└─── ・ 。゚★: *.☽︎.* :☆゚。・ ───┘
“Lah risau, risau.” Emma melihat pelik dengan tulisan-tulisan tersebut. Mahu percaya tetapi dia sendiri masih ragu-ragu.
“Masanya untuk aku pula berjumpa pakar cinta, muhahahahaha,” gelak Emma sebelum kepalanya ditunjal oleh Amyna. “Kau asal perempuan? Tak padan dengan muka. Muka hodoh, gelak lagi hodoh.”
“Kurang asam punya Amyna.” Emma segera mengeluarkan surat kiriman tidak rasmi yang ditulis oleh Hilman kepadanya. “Sekurang-kurangnya aku ada fan, walaupun seorang.”
“Hilman je. Bukan ketua pengawas kita ke atau apa nama mamat pujaan hati kau, Hariz?” cebik Amyna yang dalam hati tidak berpuas hati kerana crushnya minat Emma si mengong abadi.
“Halah-halah cakap jelah kau jealous kan?” usik Emma lalu mengambil surat tersebut dan menyelitkan surat tersebut kemas dicelah-celah buku nota peribadinya. Member risau surat cinta pertamanya hilang.
“Buat apa nak jealous. Nyampah aku adalah.” Sungguh remuk hati seorang Amyna. Bagaikan kertas tekap yang dironyokan selepas digunakan oleh pelukis pelan selepas lukisannya tidak menjadi.
“Okaylah, aku nak cau lu. Ada appointment cinta dengan Dr. Halimah. Tata.” Emma segera meninggalkan kelas mereka dan berlalu ke kelas sebelah.
Amyna hanya melihat sahaja Emma pergi dengan hati yang remuk, jiwa yang tidak tenteram, bersama sengugut yang mengugut dia untuk membunuh Hilman. Hatinya sakit tetapi dia tidak boleh marah terhadap Emma kerana dia tidak pernah mengatakan perasaannya yang dipendam lama terhadap Hilman. Mahu dimarahkan Hilman juga tidak boleh kerana mana mungkin dia akan bercakap bersama Hilman kerana setiap kali mereka berjumpa pasti ada sahaja pertikaman lidah yang berlaku antara mereka.
“Amy, ada nampak Emma tak? Tadi aku ada pass surat kat dia. Aku harap dia okay je dengan lamaran aku pada dia.” Lagi bertambah remuk hati Amyna.
“Dia pergi kelas sebelah. Ada hal. Tapi aku tengok muka dia happy je tadi. Okay je kot,” balas Amyna acuh tak acuh supaya perbualan tersebut tamat dan dia mampu menenangkan fikirannya.
“Okay, thanks Amy sayang,” Hilman segera meninggalkan Amyna tanpa Amyna sempat membalas kata-kata mahupun sekadar anggukan.
“Nampkanya kita kena move on.” Amyna menenangkan hatinya dan mula membuat latihan Matematik Moden yang diberikan oleh Puan Mimi melalui kumpulan WhatsApp untuk subjek tersebut.
》* 。 • ˚ ˚ ˛ * 。° 。 • ˚《
『 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑨𝒎𝒚𝒏𝒂 』
┌─── ・ 。゚★: *.☾︎.* :☆゚。・ ───┐
✎ᝰ┆ 𝟐𝟕 𝐌𝐚𝐲
Emma tunjuk dia dapat surat cinta dari Hilman and yes it truth cause Hilman datang kat aku semata-mata nak tanya pasal Emma. The only guy that gave me cute nickname will be my best friend boyfriend. Sumpahlah kalau tak nangis, sedih gila nak mati ni. Even most of the time, aku gaduh dengan Hilman je kerja tapi dia tetap baik dengan aku. Well, aku terpaksa berundur dulu. Demi kebahagian Emma dan Hilman. I got many thing to do so I gonna end it here and maybe proceed crying for the whole night.
└─── ・ 。゚★: *.☽︎.* :☆゚。・ ───┘
“Keteng keteng. Telefon, telefon berbunyi, teng, teng. Ada manusia dalam talian, ada manusia dalam talian, ada manusia dalam talian disana.” Remix lagu Wonderpets berbunyi menandakan ada manusia dalam talian yang memerlukan perhatian Amyna. Amyna terus sahaja mengangkat telefon tanpa melihat nama pemanggil.
“Teka berita apa yang aku nak cakap?” kata si pemanggil yang ceria sekali suaranya tetapi menambahkan kesedihan hati Amyna.
“Kau dah tak single selepas 16 tahun single?” teka Amyna tidak benar tetapi masih cerdik.
“Benar itu Myna. Selepas consultation yang berbaloi, dan berkat naik turun hati ini berdegup, aku pun terus teks Hilman dan kami secara rasmi Boyfriend and Girlfriend yang bakal menjadi Bride and Bridegroom dan Husband and Wife.” Impian Emma yang ingin berkahwin awal terasa semakin hampir dengan dirinya. Tersengih-sengih sambil menatap wajah kekasihnya di Instagram.
“Tahniah. Nanti kahwin jangan lupa jemput aku,” balas Amyna biasa-biasa sahaja. Tidak berhak suka atau duka.
“Of course aku jemput. Bukan setakat jemput je, kau memang akan jadi bridesmaid aku sekali,” kata Emma.
“Hehe, ada-ada jelah kau ni,” balas Amyna berbasa-basi.
“By the way, nanti hantar aku jawapan math. Hilman kata tadi dia datang cakap dengan kau, kau on the way nak buat math,” jelas Emma.
“Haah. Nanti aku hantar. Aku ada hal kejap,” lalu Amyna terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan Emma. Mukanya terus disembahkan di bantal busuknya dan air mata mula mengalir derasnya.
“Tapi aku kena hantar kerja math tapi aku nak nangis juga,” ahh sudah Amyna pening. Nangis itu penting. Homework math boleh send esok, lalu Amyna segera berbaring dan membaluti diri dengan selimut.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
YOU ARE READING
Aidan Amyna
Teen FictionBaca jelah aku pun tak tahu aku tulis apa nyah - Font: Serif - TW: bengong sangat - Suka hati kau nak jadikan siapa main characters