─── ・ 。゚☆: *.☾︎ .* :☆゚. ───
"Keteng!"
"Keteng!"
"Keteng!"
"Keteng!"
"Bising siak handphone ni. Ada jugak aku tanam dalam kubur nanti," Amyna yang mamai mencapai telefon bimbitnya lalu mematikan telefon selepas melihat angka 02:27. Tidak langsung dihiraukan 14 teks mesej yang diterima daripada WhatsApp oleh Emma.
"Goodnight baby boo. Siang nanti aku hidupkan balik," kata Amyna dengan mabuknya lalu kembali beradu.
》* 。 • ˚ ˚ ˛ * 。° 。 • ˚《
『 𝑴𝒊𝒎𝒑𝒊 𝑨𝒎𝒚𝒏𝒂 』
┌─── ・ 。゚★: *.☾︎.* :☆゚。・ ───┐
Angin yang membelai lembut rambut paras bahu Amyna serta menampar lembut pipinya menambah rasa kedinginan di tengah hari yang terik. Suasana pantai membuatkan fikiran Amyna tenang. Sayup-sayup kedengaran suara kelelakian yang memanggil nama Amyna, "Amy sayang, oh Amy sayang! Di mana kamu?"
Bagaikan tersentap, Amyna terus sahaja menoleh kearah suara tersebut. Wajah lelaki itu samar-samar, hanya jelas kelihatan tinggi yang berbeza dengan mana-mana lelaki yang kerap dia temui di sekolah.
"Aku ada pakwe ke sampai panggil sayang-sayang ni?" bingung Amyna tetapi masih melihat larian lelaki tersebut sehinggakan...
"Ai ya yai, I'm your little butterfly,"
└─── ・ 。゚★: *.☽︎.* :☆゚。・ ───┘
Amyna terus tersedar daripada tidurnya. Telefon pintar pertamanya yang masih sihat walafiat digunakan sebagai penggera dan mendengar lagu kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja termasuk tandas.
"Subuh dah ke?" soalan bengong pertama Amyna bertanyakan pada diri sendiri sebelum melihat mukanya yang seperti masya-Allah, beruk pun terkejut tengok. Amyna segera ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dan bersiap-siap untuk solat subuh berjemaah bersama keluarganya.
"Oh, homework math yang Emma nak. Lepas subuhlah aku hantar. Aku hidupkan handphone dulu," fikir Amyna sebelum bersiap memakai telekung dan turun ke bawah.
『 𝑾𝒉𝒂𝒕𝒔𝑨𝒑𝒑 』
┌─── ・ 。゚★: *.☾︎.* :☆゚。・ ───┐
↶*ೃ 𝐄𝐦𝐦𝐚 ✧˚
[27/05, 23:29] Emma ♡︎: myna
[27/05, 23:29] Emma ♡︎: kau okay tak ?
[27/05, 23:29] Emma ♡︎: asal call mati terus tadi
[27/05, 23:30] Emma ♡︎: kau tertidur ke ?
[27/05, 23:30] Emma ♡︎: nanti send jawapan math tau
[27/05, 23:30] Emma ♡︎: kalau dah tidur good night
[27/05, 23:35] Emma ♡︎: ouh btw esok aku rehat dengan hilman
[27/05, 23:35] Emma ♡︎: kau okay je kan sorang ?
[27/05, 23:35] Emma ♡︎: risau kau cari aku tak jumpa
[27/05, 23:35] Emma ♡︎: kelas before rehat kelas elektif↶*ೃ 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 ✧˚
[28/05, 02:18] Aidan ✈︎: Hai
[28/05, 02:18] Aidan ✈︎: Cikgu Halimah suruh contact kau
[28/05, 02:18] Aidan ✈︎: Btw aku aidan irfan
[28/05, 02:18] Aidan ✈︎: Anak raja yang nak sesat dalam hati kau└─── ・ 。゚★: *.☽︎.* :☆゚。・ ───┘
""Tak sampai sehari declare dah dating," sabar Amyna sabar. Doakan kebahagiaan mereka biar sampai ke syurga.
"Lah pisyang. Aku kena makan sorang," Amyna kembali merungut.
"Eh, aku nak hantar homework," Amyna segera mengambil gambar tugasan Matematik Modennya dan dihantar kepada Emma.
"Sapa pulak mamat Aidan bertuah sangat ni," Amyna petak lalu meneruskan perbincangan dalam kepala di dalam bilik mandi.
『 𝑾𝒉𝒂𝒕𝒔𝑨𝒑𝒑 』
┌─── ・ 。゚★: *.☾︎.* :☆゚。・ ───┐
↶*ೃ 𝐄𝐦𝐦𝐚 ✧˚
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:15] Amyna ✩: 🖼️ Photo
[28/05, 06:47] Amyna ✩: Aku okay je, dah ngantuk, so tertidur.
[28/05, 06:47] Amyna ✩: Okay je, lagipun aku ada nak jumpa orang masa rehat nanti juga.
[28/05, 06:47] Amyna ✩: Jumpa kat sekolah nanti.↶*ೃ 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 ✧˚
[28/05, 06:43] Amyna ✩: Hii.
[28/05, 06:43] Amyna ✩: Ye ke Cikgu Halimah suruh text aku.
[28/05, 06:44] Aidan ✈︎: Yelah
[28/05, 06:44] Aidan ✈︎: Kau tak percaya, rehat nanti aku angkut kau pergi jumpa Cikgu Halimah
[28/05, 06:44] Aidan ✈︎: Kau kelas mana?
[28/05, 06:44] Aidan ✈︎: Nanti aku datang kutip
[28/05, 06:45] Amyna ✩: 4 Al-Biruni.
[28/05, 06:45] Amyna ✩: Nanti kutiplah, macamlah kau kenal aku.
[28/05, 06:45] Aidan ✈︎: Aku kenal kau
[28/05, 06:45] Aidan ✈︎: Kau yang tak kenal aku
[28/05, 06:45] Aidan ✈︎: Aku pasti pasal tu
[28/05, 06:46] Amyna ✩: Suka hatilah.└─── ・ 。゚★: *.☽︎.* :☆゚。・ ───┘
"Pelik-pelik jelah mamat Aidan ni," Amyna terus bersiap-siap dan turun ke bawah untuk mengambil sarapan lalu berjalan kaki ke sekolah yang hanya terletak lima minit berjalan daripada rumahnya.
"Bye ibu, bye ayah," Amyna menyalami kedua ibu bapanya sebelum bergerak ke pintu. Kasut yang haram untuk dibawa ke sekolah di sarungnya dengan bahagia.
"Belajar elok-elok sayang," ucap Puan Dahlia di muka pintu. Melihat sahaja pemergian Amyna.
"Dah besar dah anak kita bang," ujar Puan Dahlia kepada Encik Azmi yang muncul di sebelahnya.
"Awak ni kenapa? Macam anak kita nak pergi jauh je," pelik Encik Azmi melihat gelagat isterinya pagi ini.
"Memanglah dia nak pergi jauh nanti. Abang ni lupa ke apa yang kita bincang minggu lepas?" hairan Puan Dahlia dengan ingatan Encik Azmi yang semakin merosot.
"Kita ni makin tua sayang. Semalam saya tidur dengan awak ke dengan kucing pun saya tak ingat," gurau Encik Azmi.
"Punyalah cantik-cantik saya setiap malam, dia tidur dengan kucing. Ada juga malam ni saya kunci pintu tak bagi dia masuk tidur bilik nanti," garang-garang manja Puan Dahlia melayan karenah suaminya yang biul di pagi hari.
"Haish, rugilah saya macam ni. Saya masuk awal-awal lagi sebelum awak masuk biliklah nanti," risau Encik Azmi dengan ugutan isterinya.
"Tahupun. Dahlah saya nak siapkan makan tengah hari," ujar Puan Dahlia lalu meninggalkan suaminya. Encik Azmi segera ke halaman rumah untuk membersihkan kereta dan motorsikal di samping menyiram tanaman mereka.
"Besar dah Amyna sampai ada yang nak masuk meminang dah," bisik Encik Azmi sambil-sambil menyiram pokok.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
![](https://img.wattpad.com/cover/306013270-288-k753964.jpg)
YOU ARE READING
Aidan Amyna
Teen FictionBaca jelah aku pun tak tahu aku tulis apa nyah - Font: Serif - TW: bengong sangat - Suka hati kau nak jadikan siapa main characters