"Aku?!....ambil shift kau?"matanya membuntang tidak percaya."Yess...please yoon.Alah seminggu je,kau jangan risaulah...lepas aku balik kampung nanti aku ambillah shift malam tu balik ok?"
Yena cuba memujuk rakan sekerjanya itu untuk menggantikan shift malamnya sementara dirinya yang mahu pulang kekampung halamannya yang terletak di Busan.Hanya yoon sahaja yang boleh menggantikan shift tersebut.
"Tapi asal aku pulak yang kena?Aku manalah pernah ambil shift malam sebelum ni...kau tak try tanya staff lain ke?"soal yoon cuba berdalih.
"Dah tapi diorang tak boleh ganti shift malam aku sebab diorang kan dah ada rumah tangga.Petang kerja,malam urusan keluargalah.Dan kau je yang boleh tolong aku sebab kau tu single..tak sibuk sangat"
Yoon mencebik.Boleh pulak minah ni bawak perkataan single kat sini.
Cehh..
"Boleh eh yoon?Seminggu je...tak lama pun...Ok?"Yena menarik tangan yoon lembut lalu mengusapnya perlahan.
Cuba untuk memikat hati yoon yang sekeras ais batu itu.
"Hmm...yelah-yelah.Seminggu je tau"
Yena terkejut lalu bersorak riang.
"HAH SERIUSLYYY?!OMG YEAAYYY!!Thanks yoonn...sayang kauuu sangattt"yena terus memeluk yoon erat.
"Ish lepaslah bongokk...tak malu ke peluk aku depan pelanggan macamni...ish dah tepi"
Yoon terus beredar dari situ lalu menyambung kerjanya semula manakala yena masih lagi tersenyum-senyum gembira.
-
Seperti yang dijanjikan,malam ini adalah malam pertama shift malam untuk yoon.Sebelum ini Yenalah yang ambil shift setiap malam,tapi ini dia nak balik kampung terpaksalah beri shift itu pada yoon.
Yena pun dah bertolak naik bas pulang kekampungnya.Jadi tepat pada pukul 8:00 malam,dia terus bertolak ke Starbuck dimana tempat dirinya bekerja.
Dia sudah bekerja disitu hampir 1 bulan.
Sesampainya dia disana,Yoon terus memarking kereta hondanya lalu memasuki cafe starbucks.
Jimin disapa.
"Weh jiminn...aku dah sampai"ujar yoon lalu terus masuk keruangan kaunter.
"Ha sampai pun minah lambat ni...aku tunggu kau dari tadi lagi tau"rungut jimin lalu terus menanggalkan apron unggunya untuk pulang.
"Eh kau...sedap mengata aku minah lambat kan.......ni...kau tu dah nak balik ke?"
"Yelah...shift aku kan dah habis dari pukul 7:45 tadi.Sekarang apa lagi,balik tidur...huarghh dah mengantuk teruk dah ni.."jimin mula keluar dari ruangan kaunter tersebut.Beg galasnya dicapai.
"Kau biar betul...takkan aku sorang-sorang je kena kerja malam ni?"
"Ha yelah."
Yoon tergamam.
"Weh seriuslahh...Ish jimin kau temanlah aku..."
Jimin mencebik.
"Ceh Kau ni...jangan jadi penakut sangat boleh tak?Kau tu duduk dalam kedai.Bukannya luar kedai,nak takut buat apa.Sat lagi ada pelanggan datang minum,makan kat sini tak lah kau rasa takut sangat...dah malas nak layan kau.Aku balik dulu."ujar jimin lalu terus berlalu pergi meninggalkan yoon seorang diri di cafe itu.
Suasana tiba-tiba menjadi amat sunyi setelah kereta milik jimin keluar daripada kawasan cafe.
Ketika itu tiada seorang pun yang berada dicafe tersebut membuatkan dirinya berasa takut dan seram sejuk.Sudahlah suasana pun sunyi.Tiada kereta lalu lalang.Padahal baru pukul 8:30.
"Haih daripada aku duduk tercegat dekat sini...baik sapu lantai"ujar Yoon lalu lekas ke stor untuk mengambil penyapu.
Untuk menghilangkan rasa takut dan sunyi,yoon memasang radio.Volume radionya sangat kuat menyebabkan satu cafe itu bergema dengan lagunya.
Sambil-sambil itu dia menyapu lantai yang kotor.
Mulutnya terkumat kamit menyanyikan lirik lagu tersebut.
"I'm so sick of this Fake love~🎶Fake love~Fake love"
Badannya sedikit terhuyang-haying menghayati lagu tersebut.Seketika juga dia menari kekiri dan kekanan untuk menghiburkan hati.
Namun disebalik kelakuannya itu,ada yang sedang memerhatikannya dari jauh sambil mengukir senyuman yang mengerikan.Mulutnya mengungkapkan satu patah perkataan sambil matanya tidak henti-henti merenung yoon.
"Cantik...."
To Be continue...
Hehe macam mana untuk permulaan cerita ni?Harap-harap tak hambar lahh🙏Dan jangan lupa untuk votee oky....kalau ada yang sudi vote.Lebih semangat nak update❤🌻Thank you
YOU ARE READING
BE YOUR SIDE || JJK
Short Story"Entah kenapa,sejak dua menjak ni aku rasa macam kegiatan aku dipantau seseorang....macam ada yang memerhati...."