Setelah menunggu lama beberapa minit kemudian,akhirnya datang juga seorang costumer ke cafe tersebut menyebabkan yoon berasa sedikit lega.
Terus Yoon perlahankan suara radio dan menyapa wanita yang sudah kelihatan sedikit berumur itu.
"Selamat datang...puan nak order apa ya?"soal yoon dengan ramah sekali.
"Err...apa minuman yang paling sedap kat sini ye?Maklum lah saya ni tak pernah datang beli dekat sini lagi..."ujar wanita tua itu sambil tersenyum.
"Minuman yang paling sedap dekat sini...salted caramel mocha.Puan nak cuba?"soal yoon.
"Ah boleh juga...satu ye"
Yoon mengangguk kecil lalu terus melakukan kerjanya membuat air salted caramel mocha yang dipesan oleh wanita tua itu sebentar tadi.
Dia terus membancuh air mocha dengan amat teleti sekali.Susu yang telah disejat dituangkan kedalam gelas plastik.
"Cik ni....dah lama ke kerja dekat sini?"soal wanita itu pada yoon.
"Ah ye...boleh tahan lama lah jugak.Dalam satu bulan macam tu"
"Ohhh"balas wanita itu.
Yoon terus melakukan kerjanya dengan penuh tekun membuatkan wanita tua itu melihatnya dengan sungguh kagum.
"Kamu ni kerja sorang-sorang je ke?"
"Ye...saya sorang je tengah kerja sekarang ni"
Wanita itu mengangguk tanda faham.
"Berani betul perempuan cantik macam kamu ni kerja sorang-sorang dekat cafe ni...yelah risau aja takut-takut ada yang mengganggukan.."ujar wanita tua itu.
Yoon tergamam.
Selepas beberapa minit kemudian akhirnya air yang dipesan oleh wanita tua itu tadi siap dihidang.
"Nah puan..Harganya RM 13.50"
Wanita tua itu terus menghulurkan uang pada yoon lalu beredar pergi.Namun sebelum dirinya beredar dari situ dia ada pesan suatu pesanan pada yoon.
"Hati-hati ye...bahaya gadis cantik macam kamu ni kerja sorang-sorang.Ini pesanan je tau.Supaya kamu lebih berhati-hati"ujar wanita itu lalu beredar pergi.
Yoon mengangguk kecil.
Namun seketika dirinya rasa takut dengan apa yang diungkapkan oleh wanita tua itu tadi.
Bagaimanakah kalau ada penculik datang?Atau ada perompak ke???
Haihhh buntu rasanya.
Namun hatinya tetap cuba untuk bertenang dan memikirkan hal yang positif.
-
"Haih hari ni kurang pelanggan datang"keluh yoon lalu mencapai handphonenya.
Mesej dibuka.
Lalu terus jarinya menaip sesuatu di keybord...
____
Yoon mengeluh.Seronoklah yena boleh balik kampung.Aku kat sini ni...kerja.Yoon terus meletakkan phonenya diatas meja semula.Dia memandang sekeliling kedai.
Kosong.Tiada pelanggan pun.
"Haih...baik aku sambung sapu kedai."ujar yoon sejurus itu mengambil penyapu yang bersandar didinding.
Setelah itu dia keluar dari ruangan kaunter lalu membersihkan sampah-sarap dan kotoran debu yang berada dibawah meja.
Namun secara tiba-tiba,dia merasakan seseuatu yang sangat aneh dimana dia merasa dirinya direnung seseorang.
Tapi dia menghiraukan saja firasat itu lalu sambung menyapu lantai.
'Firasat aku je kot' ujarnya.
Namun sewaktu dia mahu mengambil mop di sandaran dinding.
Tiba-tiba dia melihat satu susuk tubuh tegap melihat kearahnya.Tapi wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh hoodie hitam.
Yoon tergamam.Dia terus merenung lelaki itu.
Dan secara tiba-tiba lelaki tersebut mengangkat tangan kirinya lalu melambai-lambai kearah yoon.
Dapat dilihat dari jauh lelaki itu sedang tersenyum sinis kearahnya.
Setelah itu yoon terus berlari masuk keruangan kaunter semula akibat ketakutan.
Hatinya berdegup kencang.Dia lekas bersembunyi dibawah meja kaunter.
"S...siapa tu"ujar yoon perlahan.
Tiba-tiba dia terdengar pintu cafe dibuka seseorang.
Yoon cemas.Takut-takut lelaki tadi masuk kedalam kedai.Dia terus berdiam diri,kaku dibawah meja kaunter.
Dan secara mengejut seseorang menyapanya dari atas.
"Cik?"
Yoon terkejut.Lalu berpaling menghadap suara itu.Ternyata suara itu bukanlah daripada lelaki berhoodie itu.
Lekas-lekas yoon bangun.Dan tunduk hormat pada lelaki berkemeja itu.
"Kenapa cik duduk bawah kaunter tu?Ada perompak ke?"soal namjoon.
"Ah tak...s..saya saja je duduk bawah tu"dalih yoon.
"Yeke?Saya tengok muka awak ni nampak pucat semacam...ada apa-apa ke?"soal namjoon lagi.
Yoon tersenyum tawar.Matanya memandang semula kawasan dimana lelaki berhoodie hitam itu berada namun...
Tiada orang disana...
To be continue
Gonna publish part 3 soon..cause its still in process so wait for it ok.Thank you🌻❤
YOU ARE READING
BE YOUR SIDE || JJK
Short Story"Entah kenapa,sejak dua menjak ni aku rasa macam kegiatan aku dipantau seseorang....macam ada yang memerhati...."