I - 7

21 1 0
                                    

Dia membeku setelah beralih dari katil. Susuk tubuh sedang nyenyak tidur diperhatikan.

Pada masa yang sama, Seungwan tidak mahu mengeluarkan suara kerana bimbang jika orang itu tersedar.

Paling dia risau, jika keluarganya tahu bahawa ada lelaki asing yang tiba-tiba berada dalam kamarnya dan lelaki itu tidur di sebelahnya.

Atas katil.

Lepas itu, dia risau kalau orang kampung akan fikir bukan-bukan pasal dia padahal dia pun sendiri bingung kenapa ada orang asing yang tak pernah dia nampak, muncul dalam biliknya.

Pakaian yang dipakai oleh lelaki itu dilirik.

Dia memakai kemeja berwarna putih, blazer berwarna merah dan seluarnya juga berwarna merah.

Seungwan berfikir sejenak. Dia pernah merasakan pakaian lelaki itu amatlah tidak asing.

Dia pernah melihat, tapi dimana,

" Potret tu.. Hei awak. " Seungwan menyeru si dia yang masih berada dalam alam mimpi.

Tidak boleh jadi ni, hendak memanggilnya akan jadi lebih curiga kerana satu-satunya penghuni bilik ini adalah Seungwan, macam mana pula dia boleh bercakap dengan seseorang ketika dia bersendirian?

Seungwan mendekati katil dan mencapai bantalnya.

Berat sekali bantal itu kerana sarungnya yang tebal.

' Mungkin ini sahaja cara nak kejutkan dia, maaf kalau aku terlalu kasar, aku dah cukup terkejut ni. Aku akan makan ubat penenang setelah ini. '

Disebabkan Seungwan hanya mampu mencapai satu bantal, dia ingin menghempuk individu itu dengan kuat kerana sekali sahaja peluangnya untuk membangunkan lelaki itu.

Seungwan berjalan perlahan ke arah lelaki itu dan sedia, hempukan disasarkan pada kepala lelaki itu.

Tiga

Dua

Satu

" PUKK!! "

Sasaran berjaya. Lelaki itu terbangun kebingungan. Kepalanya disentuh kerana sakit dek hempukan bantal.

" Akh.. " wajahnya amat cemberut, barangkali terasa dipukul lebih dari dua kali.

Seungwan menjauhkan diri. Matanya tidak beralih dari melihat lelaki itu.

Setelah melihat lelaki itu sedar 100%, dia pun mula bersuara.

" Siapa awak? Macam mana awak boleh berada di atas katil ni? "

Lelaki itu memandangnya pula. Dia pun berlari dari katil.

Kini mereka berdua berada di tepi. Hanya katil di tengah-tengah.

" Saya, macam mana saya boleh ada di sini? "

Seungwan mengetap bibir. Dia yang menyoal tapi dia pula disoal balik.

" Awak tanya saya? "

" Ye, saya tanya awaklah. "

" Maafkan saya, ini bilik saya, sejak bila saya tahu macam mana awak masuk? "

" Tapi ni bilik saya. "

" Huh? "

" Ye, betul ni bilik saya. "

Seungwan terdiam. Dia mencari potret itu.

Dicarinya potret di atas katil. Rupanya potret itu masih elok cuma tidak dapat dilihat tadi kerana dihempap lelaki itu semasa dia tidur. Dia memeluk potret itu.

" Nasib baik tak pecah. "

" Eh, kenapa awak peluk potret saya? "

Seungwan kebingungan lagi. Apa dia tidak salah dengar? Potret itu milik lelaki itu? Apa dia tidak cukup dengan adegan filem di dalam mimpinya, tiba-tiba muncul lagi adegan yang ingin menyebabkan otaknya meledak akibat frustasi.

" Berhenti soal saya. Jangan bertanya lagi. Usah menjadi ingin tahu. "

Tiga ayat yang mempunyai maksud yang sama.

" Tapi saya- "

" Biar saya yang soal awak dulu. Awak ni siapa? Macam mana awak kat sini? Apa bukti itu ini adalah milik awak? Awak hantu ke manusia? "

" Okey, sebelum apa-apa, awak takkan tak perasan muka saya dengan muka orang dalam lukisan tu, sama kan? "

Seungwan pun memandang lukisan itu. Ternyata lelaki itu benar.

Si kacak memang serupa dengan dia.

" Boleh tak, awak duduk dalam bilik ni, jangan keluar. Jangan keluar selagi saya takde bagi apa-apa arahan. "

Lelaki itu mengangguk.

Seungwan keluar dari bilik, sebelum menutup daun pintu, dia menjengah lagi.

" Saya serius ni, jangan keluar sampai saya bagitahu line clear. "

" Okey. " Lelaki itu menunduk.

Seungwan memeriksa setiap sudut rumah itu, namun bukanlah satu rumah itu.

" Tapi sekarang pukul berapa do? Aku rasa awal aku bangun ni. Aku rasa yang lain pun belum bangun dari tidur. "

Ternyata sangkaan Seungwan meleset, terpampang Harlet yang sedang berada di dapur.

" Oh my, awalnya Harlet bangun. "

Hendak berlalu namun dia Harlet sudah perasan akannya.

" Seungwan. "

Seungwan cemberut sebelum memandang Harlet.

" Ya, Harlet. Awalnya Harlet bangun. " Seungwan senyum ketakutan.

" Oh, saya memang selalu bangun awal untuk menyiapkan sarapan. "

Seungwan memandang jam dinding yang dipaku atas peti sejuk.

' Pukul 4 pagi ya. Macam nak sahur aje. '

" Dia dah bangkit. " ujar Harlet dalam nada suara yang seram.

Seungwan terpaku. Harlet sepertinya bukanlah Harlet yang dia lihat seperti biasa.

" Siapa yang dah bangkit? " soal Seungwan walaupun jantung sudah laju berdegup. Dia memohon kepada Tuhan supaya jantungnya berdegup normal, risau, kalau-kalau dia tiba-tiba diserang kesakitan.

" Takde apa-apa, bukan siapa-siapa. Pergi bilik tidur kamu dengan sekarang. Terlalu awal untuk anak muda macam kamu. " Harlet berkata.

Seungwan yang ragu-ragu untuk kembali ke kamarnya hanya menurut kata Harlet, takut pula kalau dia menidak, sesuatu terjadi padanya nanti.

Tibanya di bilik, dia menguak daun pintu bilik dengan perlahan, mencari lelaki itu.

Ternyata lelaki itu sudah tidur terduduk di atas lantai.

" Kenapa ini harus terjadi? " Seungwan mengeluh.

" Baik aku tidur. Anggap saja semua ini hanya ilusi dan imaginasi ku sahaja. Aku tidak ingat apa-apa, aku tidak kenal siapa-siapa. Ini semua mimpi. "

Dia menghampiri katil dan menyelimuti dirinya. Lantaklah apa nak jadi. Harlet yang bersikap aneh, lelaki yang tiba-tiba muncul dalam biliknya,berwajah seperti si kacak.

Dia mengharapkan semuanya adalah ilusinya sendiri.

~~~

7.00 pagi

Jam loceng dimatikan segera. Seungwan bangun dalam keadaan yang masih mengumpul nyawa.

Dia duduk di atas katil lalu matanya ditenyeh untuk melihat dengan jelas. Botol air yang terletak di atas kabinet, dicapai lalu diteguk.

Dia mula melihat sekeliling. Ternyata dia memang sendirian.

" Hahah, mimpi yang pelik. Aku dah agak aku cuma berilusi. " Seungwan mengambil pakaian dan tuala untuk dia terus mandi.

Ketika dia menutup pintu bilik, keadaan rumah riuh dengan bunyi kutleri berlaga dengan pinggan, selain itu juga suara orang sedang berbual dan tertawa. Barangkali sedang menyediakan sarapan.

----Bersambung----

IncarnationWhere stories live. Discover now