Dua minggu kemudian...
Aaden melangkah masuk ke dalam kelasnya sebelum dia menoleh ke arah Hans yang sedang memandang ke arahnya. Pahal?
Hans menoleh ke arah berlainan sebelum dia menekan-nekan papan komputer ribanya. Hensem betul mamat ni. Tak peliklah kalau semua perempuan minat dia. Mak bapak dia kerja apa agak-agaknya?
"Ferdy! Nah, I ada bawak sushi yang mummy I buat sendiri. Rasalah," kata Fify sambil menghulur sebekas sushi yang dibawa dari rumah khas untuk Aaden.
"Thanks," kata Aaden sebelum menyambut huluran Fify. Bekas bewarna merah itu bertukar tangan sebelum Aaden terus melangkah ke mejanya.
"Weh! Dia ambik weh!," kata Fify kepada Azreen dan Jeni.
Azreen dan Jeni hanya tersenyum lebar melihat kawannya yang kegembiraan itu.
Aaden meletakkan bekas merah itu di atas mejanya sebelum dia memasang airpod miliknya.
Hans melangkah ke arah Aaden sebelum dia hanya memandang ke arah Aaden. Aaden yang menyedari kehadiran Hans itu terus mengangkat keningnya sedikit. Airpodnya ditanggal semula.
"Miss Vivian dah beritahu kau belum yang kau kena reseat paper semula?," tanya Hans mendatar.
"Asal?," tanya Aaden sepatah. Pahal aku kena reseat paper pulak? Aku gagal ke? Takkanlah. Aku bukannya bodoh macam bapak aku.
"Kertas jawapan kau rosak. Kertas kau penuh dengan air kopi. Tak tahu siapa yang buat macamtu. Miss tak sempat tanda lagi paper tu tapi dah rosak. Tu je pilihan yang kau ada," kata Hans mendatar. Dia merupakan ketua pelajar di grade 12 dan merupakan pembantu guru-guru yang mengajar di dalam kelas itu. Dia terpilih menjadi ketua pelajar hanyalah kerana dia pelajar terbaik di grade 12.
Aaden hanya terdiam mendengarkan itu. Kopi? Rosak? Bullshit lah semua ni. Celaka mana yang dengki sangat dengan aku ni?
"Kau okay tak? Nak aku tolong?," tanya Hans perlahan. Niatnya baik untuk membantu Aaden.
Aaden yang mendengar itu hanya merenung ke dalam anak mata milik Hans. Nak tolong? Boleh. Tolong duduk tempat kau jangan nak semak depan aku ni.
Pintu kelas dibuka dari luar sebelum Miss Vivian melangkah masuk dengan buku di tangannya.
"To your seat class!," kata Miss Vivian kuat. Semua pelajar terus mengambil tempat masing-masing termasuklah Hans.
"Ferdy. I'm sorry to tell you this. Awak terpaksa jawab ujian semula memandangkan kertas jawapan awak rosak," kata Miss Vivian kepada Aaden yang sedang memandang ke arahnya.
Satu kelas terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Miss Vivian. Jawab semula?! Gila! Soalan dahlah susah. Macam mana nak jawab semula? Gila. Jawab sekali pun rasa dah nak mati, inikan pula jawab semula.
Zain, Zareef dan Zafriel hanya tersenyum mendengarkan itu. Kertas jawapan rosak? Hahaha padan muka kau.
"Are you okay Ferdy?," tanya Miss Vivian lembut.
Aaden hanya mendiamkan diri.
"Kamu boleh jawab exam dekat dalam studio muzik memandangkan bilik itu tidak digunakan dalam masa terdekat. Kalau boleh, siapkan sebelum waktu break. Can you do that?," kata Miss Vivian lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
[Terbit] The Taste of Revenge Vol 1
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...