1

13 2 5
                                    

At sunset next year, A blooming spring, a midsummer night’s dream.

Feeling fall, then winter’s snow Four times a year, spring comes again.



"Terima kasih, makcik," ucap Youngbae sebaik sahaja makanan yang dipesannya tiba. Remaja itu segera membayar harga dan lekas berlalu dari situ dengan segera.

Suasana hospital pada pagi itu agak padat dengan kedatangan ahli keluarga pesakit yang datang menjenguk. Ada yang datang untuk memeriksa kesihatan secara harian.

Langkah Youngbae terhenti pada pintu wad 18. Dengan menghela nafas perlahan, remaja itu masuk dan mengukirkan senyuman manis ke arah seorang lelaki sebayanya yang masih tidak membuka mata di atas tilam.

"Seungri ya,"

Youngbae menaruh plastik makanannya di atas meja dan menarik kerusi berhampiran.

"Kau sihat?" Youngbae bertanya seperti hari-hari sebelumnya. Meskipun dia tahu jika soalannya itu tidak akan dijawab, dia akan bertanya juga.

"Aku ada beli makanan. Tapi, aku rasa aku makan seorang diri lagi. Kau temankan aku ya?"

Youngbae tersenyum lagi. Dia membuka plastik makanan yang dibeli dan mula menyantap. Sesekali dia menoleh ke luar tingkap yang memaparkan debunga sakura yang jatuh.

Sekarang, sudah pun masuk musim bunga. Meskipun orang kata musim bunga adalah musim yang indah tapi bagi Youngbae tetaplah hampa.

Kerana, Seungri masih belum sedar.

Bunyi deringan telefon menyedarkan Youngbae dari lamunannya. Sambil meletakkan makanannya di atas meja sebelah, dia mengangkat telefonnya.

"Hello. Kenapa?"

"Seungri dah sedar ke?"

Youngbae tersenyum tipis mendengarkan pertanyaan itu. Bahkan hampir setiap hari, setelah Seungri disahkan koma selama empat tahun yang lalu, Jiyong akan bertanyakan hal yang sama.

"Kau tak nak datang sini? Dah lama kau tak datang," soal Youngbae sesekali menggaul makanannya dengan sudu plastik.

"Kau tahu alasan aku kan?"

Youngbae menghela nafas. "Datanglah. Mana tahu kau datang, dia sedar?"

Terdengar suara kekehan miris.

"Datanglah. Petang ni Daesung dan Seunghyun nak datang. Kalau kau nak kau boleh datang sekali,"

"Nanti aku fikir balik,"

"Yalah,"

Panggilan diputuskan oleh Jiyong membuatkan Youngbae sekali lagi menghela nafas.

"Sampai bila kau nak menghindar dari jumpa Seungri pada musim bunga ni?"

Youngbae kembali menatap wajah Seungri yang terlihat damai terlena di alam koma. Wajah itu banyak menceriakan mereka berempat dan menjadi anggota yang sangat berwarna.

Kau sihat di sana? Cepatlah sedar. Ada banyak kisah empat musim kami mahu ceritakan kat kau.

****

Jiyong menatap nanar ke arah skrin telefon wallpaper miliknya yang memaparkan lima pemuda yang terlihat akrab di sana. Gambar itu diambil pada empat yang lalu, sebelum Seungri disahkan koma sehingga kini.

Semuanya itu tidak akan berlaku jika...

Jiyong menggeleng seraya memegang kepalanya. Air matanya jatuh perlahan mengalir pada pipi.

Peristiwa itu membuatkan dirinya bersama empat rakannya kacau. Kacau kerana salah seorang daripada mereka yang masalahnya, mereka terlepas pandang. Seharusnya, sebagai orang yang paling berpengaruh antara mereka, Jiyong harus menyedari keadaan.

Tapi, tidak. Dia terleka dan dikelabui.

Dia kembali menyandarkan tubuh pada sofa yang didudukinya, dan menatap miris ke arah luar tingkap. Dedaun bunga mula tumbuh. Indahnya itu iya, tapi tetap menyakitkan.

Jiyong jadi membenci musim bunga. Dan tiga musim yang lain. Rasanya hambar. Tidak bermakna.


Next?

Still LifeWhere stories live. Discover now