Goodbye now to my beloved
young daysOur beautiful spring summer
fall winter.Musim bunga menghiasi kota Seoul dengan pelbagai jenis bunga bermekaran. Daesung dapat melihat beberapa kanak-kanak yang memetik pelbagai jenis bunga di pinggiran jalan dari tingkap biliknya. Bahkan deretan tepi jalan dipenuhi dengan debunga sakura yang gugur dari pohonnya.
Daesung mengakui, musim bunga adalah musim yang lebih baik daripada empat musim yang lain. Tetapi, dia tidak sepenuhnya mengakui, kerana di sebalik indahnya musim bunga, ada kesedihan yang alami dirinya sehingga kini.
Sambil memegang kayu dram, Daesung mengetuk beberapa dram yang sudah pun menjadi sebahagian dari hidupnya. Dram yang menemaninya sambil melantunkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan bersama empat sahabatnya.
Perlahan-lahan Daesung meletakkan semula kayu dram yang dipegangnya. Dia bangkit dari sana dan mula menuju ruang dapur untuk mengisi perut kosong.
"Eomma? Masak apa hari ini?"
"Lobak kimchi." ujar Puan Kang sambil terus menggaul pes kimchi dan sayur lobak.
"Kamu tak potong rambut? Dah semakin panjang eomma tengok,"
Daesung hanya tersengih. "Ni gaya Daesung sejak dulu, eomma."
"Perbaharuilah gaya tu,"
Daesung hanya menanggapi kata-kata sang ibu dengan senyuman sahaja.
"Nanti kamu lawat Seungri?"
"Itu semestinya." ujar Daesung. "Kenapa? eomma nak kirimkan lobak kimchi lagi?"
Puan Kang menggangguk. "Kalau dia masih tak sedar lagi, kamu berilah kepada jururawat atau pesakit lain di sana. Macam biasa,"
Daesung mengagumi sikap sang ibu. Ibunya sering memberikan buah tangan kepada sahabat mereka, Seungri meskipun sang penerima itu tidak pernah menerimanya secara langsung.
"Baik, eomma,"
****
Seunghyun meletakkan beberapa helai kertas di atas meja. Pandangannya kini dihalakan kepada Jiyong yang sedari tadi hanya mendongakkan kepala menatap syiling dengan badan yang menyandar pada kerusi.
"Kau yakin nak teruskan lirik ni?" tanya Seunghyun sambil jemarinya memutar sebatang pen pada beberapa lembar kertas di atas meja.
Jiyong dan Seunghyun berada di studio milik Jiyong. Tempat lepak mereka sejak sekolah menengah lagi. Jiyong merupakan anak orang kaya dan mereka sangat menyayangi Jiyong. Segala minat Jiyong dalam mendalami muzik disokong kuat sehingga Jiyong meminta sebuah studio sebagai hadiah hari lahir dikabulkan.
Jiyong memejam mata sejenak. "Aku rasa... macam tak berminat nak tulis lirik lagu lagi,"
"Sebab Seungri?" tanya Seunghyun.
Jiyong tidak menjawab dan tanpa itu pun sudah memberi jawapan sempurna pada Seunghyun.
"Takkan sebab dia kau nak terus down? Aku akui ketiadaan dia buat sementara memang menyakitkan. Tapi, perlukah kita down juga? Kalau Seungri tengok macam ni, dia takkan tinggalkan kau sesaat pun."
Kata-kata Seunghyun membuatkan Jiyong mengukir senyuman tipis. Seungri, rakan mereka itu sangatlah ceria, suka berjenaka dan sering menghibur mereka dengan tingkah bodohnya.
Haih, rindu betul.
Jiyong sangat rindukan suara Seungri, tingkah perilakunya.
Seunghyun menghela nafas. Dia bangkit dari tempatnya dan menatap Jiyong.
"Jom, temankan aku pergi kafe,"
"Kafe dekat mana?"
Seunghyun menatap Jiyong malas. "Dekat tengah laut,"
Jiyong menggaru kepalanya sembari terkekeh canggung. "Okey,"