BAB 1

20 2 2
                                    

ISNIN hingga jumaat Alisya bekerja di kafe, pada hujung minggu dia akan mengambil upah kerja di perpustakaan.

Itulah kerja yang dilakukan oleh seorang gadis bernama alisya safina

  Umurnya sudah 21 tahun. Mak dan ayahnya sudah tua jadi dia tak mahu menyusahkan orang tuanya lagipun dia gembira apabila ibu ayahnya menggunakan duit hasil dia bekerja.

  Kakaknya masih belajar memerlukan duit yang banyak untuk menampung kehidupannya di sana.Lain pula dengan Alisya yang tidak mahu sambung belajar

Bagi Alisya lagi bagus dia bekerja dapat lah menanggung perbelanjaan harian.

"Urm kenapa aku rasa macam terlupa sesuatu ?"

Sambil menelentang di atas katil dengan kakinya yang berlunjur Alisya berfikir akan sesuatu

"Meow!"

Pandangannya di alihkan ke sisi katil

Kucing jantan berwarna coklat memanjat ke atas katil lagaknya seperti ingin berbual

Automatik bibirnya mengukirkan senyuman

"Aha patut la aku rasa macam terlupa sesuatu rupanya kau ownie hm kau nak dengar tak cerita aku?"

Alisya membaringkan dirinya bersebelahan dengan kucingnya

"Meowwww!" Lagak kucing itu seperti memahami Alisya

"Okay macam ni cerita nya tadi waktu aku kerja ,manager cakap aku dapat bonus bulan ni sebab prestasi kerja aku bagus.katanya siap dipuji lagi oleh pelanggan omg sukanya"senyuman menghiasi wajah Alisya

"Meow meouwww" terkedip-kedip mata ownie melihat Alisya

" Apa boleh buat penat mana pun still kena kerja demi menampung perbelanjaan untuk hidup ye dok ownie?"

Senyuman terukir buat ownie si cinta hati Alisya

Senyuman yang menyimpan segala maksud

"Okay mari sini bantal busyuk" lantas tubuh ownie di dakap oleh Alisya. Ownie memang selalu akan temankan Alisya tidur.kucing ini lah temannya yang paling akrab.

Ownie di peluk erat oleh Alisya, kucing tu selesa sahaja berdamping dengan gadis itu kerana Alisya pasti akan melayannya lembut sahaja.







  AWAL pagi lagi Alisya bangun untuk solat subuh, dia tidak tidur malahan membantu kemas apa yang patut di rumah itu termasuklah memberi ownie makan

"Alisya berapa kali ibu nak cakap,kamu tu kan penat bekerja" sudah banyak kali Puan Larisha menegur anaknya ini

Mana tak nya baru sahaja Puan Larisha mahu mengemas rumah,kebanyakkanya sudah diselesaikan tahu sangat anaknya itu yang buat

"Ala tak susah mana pun"Alisya memeluk lengan ibunya

"Bertuah punya buda-"

" Hm mana ayah ?tak nampak pun?"sengaja bertanya tentang ayahnya supaya mak nya berhenti membebel.

"Oh ayah kamu tu ada kat belakang rumah bersiap nak pergi kebun sayur dia la. Ayah kamu tak nak melekat kat rumah agaknya kebun tu bini kedua dia kut"

Akibat tak tahu nak buat apa dengan tanah pusaka yang diberikan oleh atok Alisya akhirnya dijadikan sebagai kebun sayur.bermacam sayur ditanamnya siap boleh jual lagi sebab tanaman nya subur sangat ,alhamdulilah rezeki

"Amboi mak jeles dengan kebun ke?" Terhibur Alisya

Mak dan ayahnya kalau gaduh pun lawak.dengar ayat yang mereka gunakan untuk menyindir pun boleh buat Alisya terhibur

"Awak ingat abang ni tak dengar ke ?amboi sedap mulut bini kedua ye?kahwin betul-betul nanti ada kena sawan" perli Encik Badrul

Ayahnya selalu pergi ke kebun selepas dia bertolak ke kafe.

Tersengih suka Alisya melihat keakraban ibu dan ayahnya. Alisya tahu ayahnya setia dengan ibu kalau tak kenapa perempuan lalu ayahnya buat muka toya je .lelaki lain kalau nampak perempuan kepala mereka automatik boleh pusing 360 darjah

"Alisya nak pergi kerja dah ke?"soalan Encik Badrul membuatkan Alisya tersedar dari lamunannya

"Haah nak pergi kejap lagi"

"Jaga diri. Ni ada tak duit belanja?"tangan ayahnya menyeluk poket seluar lusuhnya mahu memberikan Alisya duit belanja

Alisya menghentikan perbuatan ayahnya,lagipun berapa sangat la duit yang ayahnya dapat dari usaha kebunnya dan duit pencen

"Eh ada la Alisya kan kerja. Lagi bagus ayah bagi kat kakak dia kan belajar nan.." belum habis lagi perkataan yang mahu dituturkan olehnya namun ibunya laju sahaja mencelah

"Hm betul cakap Alisya bang nanti Alana mesti minta kita kirim duit kan"

Alisya tersenyum hambar.

Alana Raisha adalah kakak kepada Alisya , cita-citanya adalah untuk menjadi doktor. Alhamdulilah kakak nya tak lama lagi mendapatkan medical degree

"Alisya minta diri dulu la ye nak pergi kafe bunga ni takut lambat"

Tangan ibu dan ayahnya di salam penuh kasih sebelum tangan nya mencapai beg totebag silang dan kasut sneaker hitam putih diambil lalu disarungkan.

Pukul 8 pagi,Alisya mula bergerak ke stesen bas untuk ke tempat kerjanya.Tidak la jauh sangat tempat kerjanya.kafe itu mula dibuka pada pukul 9 pagi

Alisya lebih suka naik bas dari grab,boleh jimat duit.sebab tambang bas lagi murah.

Sampai saja di kafe Alisya ke arah lokar pekerja untuk memakai baju rasmi pekerja kafe bunga. Bibirnya tersenyum suka mengingatkan memori semalam. Eii sukanya! Dapat bonus woo aku kaya

Harini dia yang menjaga kaunter. Sebaik sahaja pelanggan masuk Alisya mengukirkan senyuman buat mereka.

"Selamat datang ,jika mahu pesan makanan atau minuman tekan sahaja loceng yang ada di atas meja.pekerja kafe bunga akan datang dengan segera"

Itulah slogan yang harus diucapkan jika dia bertugas menjaga kaunter

pelanggan tu nampaknya lagi muda dari dia membalas sapaannya dengan menundukkan kepalanya sedikit

Alisya masih lagi dengan senyuman di bibir.Matanya melilau ke seluruh kafe ,suasananya santai sahaja sesuai untuk yang suka suasana yang tenang.

GADIS TERINDAHWhere stories live. Discover now