♡︎ 𝕮𝔥𝔞𝔭𝔦𝔱𝔯𝔢 49 : Few Years Later... ♡︎

1.3K 59 1
                                    

" Will you be my pumpkin , forever ? "

Beberapa tahun kemudian...

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah hampir 4 tahun aku bergelar isteri kepada Syed Uzair Qhalif atau lebih tepatnya, Mrs. Uzair.

Aku macam biasa. Habis sekolah menengah, sambung study dekat Universiti yang tak berapa jauh dari sekolah. Jauh tak jauh, hampir dua jam juga lah perjalanan.

Family aku still gempak macam biasa. Aysar dengan Aymar dah dapat sambung belajar kat luar negara. Setahun berapa kali jer balik sini. Ayras dah sambung study, kebetulan sama U dengan aku.

So setiap pagi aku akan ambil dan hantar dia sekali. Aylen dah makin membesar dan nampak macho. Dia sekarang last year dekat sekolah Raja Aye.

Family mertua aku pun sama. Dato' Uwais dengan Datin Qhairaa nampak muda. Well, tetap cantik dan hensem. Umar dah kahwin dengan Fina and diorang dapat babygirl seorang. Tu tengah on the way yang kedua pulak.

Umair still single and masih berkerja di ofis Dato' Uwais sama macam Uqail. Uzairi sambung study and dia study luar negara juga.

Uzair ?

Laki aku makin handsome dan bergaya tau. Biasa lah, kita sebagai bini mesti pandai jaga laki. Biar helok rupa tu, sedap mata kita memandang.

But sekarang Uzair takde kat Kuala Lumpur.

Guess what ? Uzair dapat sambung belajar dekat Kedah !

Oh my god aku tak sangka yang Uzair akan dapat Universiti favourite dia. Dia kata memang dia dah lama plan nak belajar sana. Jadi aku sebagai isteri solehah, bagi jer lah.

Nak halang kenapa, dia pergi study bukan cari madu untuk aku.

Tapi tu lah, terseksa jiwa raga aku sebab rindukan dia tiap masa. Mampu video call dari jauh jer.

Aku ingat lagi masa hari pendaftaran ke Universiti. Kebetulan aku dan Uzair tarikh daftar sama. Aku sanggup call pihak U kata kononnya ada kecemasan dan minta ditangguhkan ke hari lain semata-mata nak hantar Uzair.

Kau tahu tak aku punya rindu tu, sampai demam seminggu. Hoodie Uzair yang banyak-banyak dalam closet tu aku ambil dan letak atas katil. Lena malam aku tidur walaupun Uzair takde kat sebelah.

Sesak dada aku tahan rindu tiap hari. Lagi-lagi lately ni Uzair makin sibuk sebab ni tahun terakhir dia. Jarang call and message, tapi aku faham. Dia kata banyak projek masuk sebab yelah last year kan.

Tapi jangan risau, aku ada mata-mata kat sana. Hah, nak tahu siapa ?

Of course Nahdan, Farran dan Hadwan !

Diorang pun study sana dan satu Universiti. Katanya memang dah merancang lama nanti nak satu Universiti. Sekali rezeki dapat Universiti sama. Kalau Uzair buat hal, adalah yang call aku bagitau.

"Hey, termenung lagi. Ingat suami ke ?" tegur Hanna lalu menolak bahu aku.

"Biasa lah, macam kau tak tahu member kau ni," celah si Najwa.

"Korang ni kan, suka usik dia. Dia tengah teringatkan Encik Suami tu," sampuk Aifaa pula.

Mereka bertiga tergelak bersama.

So ni aku kenalkan, Hanna, Najwa dan Aifaa. Mereka bertiga ni kawan aku merangkap tunang si tiga ekor member Uzair tu.

Actually aku tak kenal pun diorang. Diorang yang tetiba tegur aku. Aku okay jer alone but suddenly they tegur aku. Then kitorang jadi kawan.

Hanna tunang Nahdan, Najwa tunang Farran dan Aifaa tunang Hadwan. Diorang mula-mula couples jer. Tapi bila tahu yang si tiga ekor tu nak belajar jauh, berdesup minah ni hantar rombongan meminang.

Dah terbalik. Katanya nak lock awal-awal. Senang diorang nak spy satu-satu. Kalau ada yang buat hal, habis lah kau.

"Korang ni kalau tak usik aku tak sah, kan ? Mencik lah macam ni," rengekku.

"Eleh, dah ingat suami tu ngaku jer lah. Kitorang panggil banyak kali tak dengar," ujar Aifaa.

Aku mencebik. Panggil banyak kali sangat, aku tak dengar pun.

"Dah lah, bila nak masuk kelasnya ? Kelas petang nak mula kejap lagi," soal Hanna.

Hanna ni memang berguna sebagai 'alarm' kitorang. Selalu ingatkan bila kelas dan assigments yang kena siapkan.

"Jom lah pergi sekarang," ajakku mengemas barang.

"Ha, jom-jom,"

Aku menggalas beg di bahu lalu buku dipegang di tangan.

Drrtt drrtt

Phone yang aku vibrate di dalam poket berbunyi menandakan ada message masuk. Cepat-cepat aku seluk poket untuk mencari phone.

Ingatkan Uzair yang message, tapi hampa bila aku dapat text dari unknown number. Number yang aku tak save langsung.

Dia hantar satu gambar pada aku dengan caption,

Uzair lebih layak dengan aku ,bukan kau 😏

Membulat terus mata aku membaca ayat tersebut. Dengan pantas aku buka gambar yang dihantar.

Gambar Uzair sedang duduk berduaan dengan seseorang dan aku pasti ianya perempuan. Sebab kalau laki tak mungkin dia hantar message pada aku.

Aku cuba buka dan zoom in gambar tu sampai jelas keihatan wajah perempuan. Tak nampak wajah perempuan tu, tapi aku kenal susuk tubuh itu.

"Sandra ?"

🎭 ᴛᴏ ʙᴇ ᴄᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...

Mrs. Uzair Qhalif [C]Where stories live. Discover now