[𝙸𝚃𝚂 𝚈𝙾𝚄𝚁 𝙵𝙰𝚄𝙻𝚃]

222 62 32
                                    

______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

______________________________________

"Park Jihoon,cari seorang hacker.Suruh dia godam seluruh data sekolah tu.Dapatkan maklumat yang aku boleh guna untuk ugut dia.Pasal duit biar aku uruskan"

"Baik Tuan"

"Oh ya,satu lagi.Kau ingatkan dia.Kalau pihak berkuasa dapat tangkap dia, jangan sesekali sebut nama aku.Faham?"

"Ya Tuan"

"Taksangka mudah betul nak jatuhkan orang tua ni"

Ruto tergelak sekilas mata memandang susuk tubuh Jeongwoo yang sedang merangkak mencuba untuk melarikan diri.

"Jeongwoo nak pergi mana~"

Sengaja dinadakan.

"Ruto,tolong izinkan aku untuk hidup.Aku tahu aku bersalah tapi tolonglah beri peluang untuk aku berubah"

Jeongwoo sedaya upaya cuba untuk merayu namun rayuannya tidak diendahkan.

Ruto tersenyum melihat Jeongwoo yang cuba menjauhkan diri darinya.Lantas kapak yang berada di tangannya dihayunkan lalu mendarat dibahu kiri Park Jeongwoo.

"ARGHHHHHHHHH SAKIT!"

"Kan aku dah cakap jangan cuba nak larikan diri.Jadi sekarang kau terimalah akibatnya kerana cuba lari dari Neraka!"

Tubuh lelaki itu diheret masuk semula ke bilik bawah tanah.


































"Kenapa tiba-tiba kau nak jumpa aku"

"Kau dah tahu kan tentang cerita tu"

"Cerita apa?"

"Haru dah mati!baru saja 2 hari lepas.Penyakit dia bertambah teruk lepas kena buli dengan kau dan Jeongwoo"

"Kalau dia matipun kenapa?bukan masalah aku"

"Yoon Jaehyuk,mustahil kau dengan Jeongwoo langsung takde rasa serba salah!sekurang kurangnya pergilah minta maaf pada keluarga dia"

"Kau siapa nak arahkan aku.Kau kena ingat,selama ni mangsa aku ialah kau.Disebabkan budak berpenyakit tu dah takde,bila bila masa saja kau boleh ambil 'jawatan' tu semula"

Yoon Jaehyuk mencengkam bahu Yedam lalu menolaknya sehingga terjatuh.

"Aku tahu,Ruto takkan lepaskan korang macam tu saja.Mesti dia akan rancang sesuatu.Oh ya,Jeongwoo pun dah lama takdatang.Who knows,mungkin dia dah kena bunuh dengan Ruto?"

"BAIK KAU DIAM DAN BERHENTI MEREPEK SEBELUM AKU-"

"Kenapa?salah kah apa yang aku cakap?kau dengan Jeongwoo memang layak untuk mati pun.Dasar saitan bertopengkan manusia"

"Bang Yedam aku cakap diam!!"

Lantas kepala remaja itu dihentak ke dinding

"Huh,nampak?kau memang gila Yoon Jaehyuk.Gila sebab kurang perhatian dari ibu bapa.Maklumlah,kerja lagi penting daripada anak sendiri kan"

"Aku cakap diam!!"

kerana terlampau mengikutkan emosi tanpa sengaja, Yoon Jaehyuk menolak Bang Yedam dan menyebabkan remaja itu hilang keseimbangan lalu terjatuh dari tingkat 3.

Jeritan pelajar membuatkan Jaehyuk bertambah cemas.

"A-aku takbunuh dia,semuanya tak disengajakan!!"

Belum sempat Jaehyuk membuat apa apa tindakan, mulut nya ditekup oleh seseorang.Kepalanya mula berasa pening.Dirinya perlahan-lahan jatuh kebawah dan semuanya menjadi gelap..

TBC•

I'm Your Hell ✔︎Where stories live. Discover now