𝟬 | 𝟬

342 25 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Short Prologue


"Romeo!"

Terpikan nyaring gadis muda membuatkan dia terus menoleh ke sisi. Gadis itu datang menghampirinya dengan senyuman yang ceria. Anak mata jatuh pada paper bag yang berada dalam genggaman gadis muda itu. Hujung bibir terangkat naik melihat wajah tersebut.

"Hi Romeo," sapa Iris.

Sang jejaka menggeleng kecil apabila mendengar gelaran yang diberi itu. Romeo? Tidak pernah diberi orang. Melihat Iris mengambil tempat bertentangan dengannya, netra mata menatap wajah cantik itu.

"Awak dah makan?" soal si gadis, ceria.

Hanya menggeleng, anak matanya tidak lepas memandang wajah Iris. Buat kali ini sahaja, izinkan dia menatap Iris sepuas hatinya. Ya, buat kali ini sahaja...

"Kenapa pandang? Suka saya eh?" tambah Iris.

"Suka," balasnya sambil mengangguk.

Melihat Iris yang sembunyi senyum, dia juga turut tersenyum. Mungkin dia akan rindukan senyuman itu nanti? Sudut hatinya berharap agar waktu berjalan dengan lambat tika ini. Dia masih belum bersedia untuk melepaskan Iris pergi.

"Romeo... awak ni dah kenapa? Nak cakap apa-apa ke? Janganlah pandang saya macam tu," marah Iris. Seganlah jika si Romeo asyik merenungnya sahaja. Kalau dibuatnya hingus terkeluar? Malulah dia. Bukan setakat malu, jatuh pula saham dia nanti.

"Kau dah makan?" tanya jejaka tersebut.

Iris mengangguk laju, mengiyakan. Wajah disebalik topeng muka berwarna hitam itu tidak lepas dari pandangan matanya. Rambut yang sedikit terjuntai ke hadapan itu menarik perhatiannya.

Si jejaka menarik sesuatu keluar dari poket baju berhud miliknya. Iris terus menerus memerhati segenap perbuatan jejaka itu. Tampaknya dia sedang memegang sesuatu; di dalam genggamannya. Tidak membuka mulut, anak matanya terbuntang luas apabila jejaka itu menghulurnya sesuatu.

Seutas rantai leher berwarna silver. Terdapat corak yang berada di bahagian tengahnya. Mariposa? Iris tersenyum nipis. Matanya kembali memandang wajah tersembunyi milik si Romeo.

"What is... that?" Iris menyoalnya, ragu-ragu.

"Rantai basikal," perli si jejaka.

Iris menjeling halus. Dia mengeluh pendek lalu memandang kembali wajah jejaka tersebut. "Untuk saya ke?" tambahnya lagi. Kalau bukan untuknya, untuk siapa lagi? Soal Iris, sendirian.

Menghiraukan soalan Iris, si jejaka pun bangun dari tempat duduknya. Pandangan keliru Iris turut dihiraukannya. Membuka langkah, dia pun mengambil tempat bersebelahan dengan gadis itu.

Rambut panjang milik Iris, diusapnya lembut. Netra kelabu miliknya menikam anak mata hazel kepunyaan gadis itu. Jelas terpancar riak tertanya pada wajah Iris, namun dia hiraukan sahaja.

"Awak ada nak cakap apa-apa ke?" teka Iris. Dia belum bodoh lagi untuk memahami tingkah laku milik jejaka itu. Walaupun baru sahaja mengenali si Romeo, tapi dia rasakan seperti lelaki itu mempunyai sesuatu untuk dikatakan. Mungkin?

Si jejaka membuang keluh, dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Iris. Seutas rantai yang berada di dalam genggamannya itu dibawa ke jinjang leher Iris; sebelum dia memakaikannya.

Kening berkerut apabila melihat rantai yang dipakaikan oleh si Romeo. Jemari halus memegang corak Mariposa di bahagian tengahnya. Bertambah kerutannya tatkala melihat dua abjad pada kepak rama-rama tersebut.

I dan... H? Kepala diangkat untuk memandang si Romeo.

"Hayden," balas jejaka itu. Dia bagaikan sudah tahu apa yang bermain di fikiran Iris.

Buat pertama kalinya... dia tahu akan nama jejaka itu. Jejaka yang digelarnya sebagai Romeo. Dialah yang menyelamatkan Iris ketika diganggu oleh beberapa orang lelaki jalanan. Dia jugalah yang menjadi punca semangat Iris untuk terus hidup. Ya, dia.

"Kenapa tiba-tiba?" soal Iris, keliru.

"Aku dah nak balik," ujar Hayden sambil tersenyum. Walaupun tidak nampak akan senyuman lelaki itu, Iris peka akan anak matanya. Balik? Iris tidak salah dengar, kan?

Menggeleng perlahan, Iris mengerutkan dahinya. "Saya tak faham," balasnya.

"Malam ni aku balik ke Milan, kau jaga diri."

Iris bagaikan terdiam seketika. Tubuhnya mengeras, bibirnya terasa bagai digam kuat. Haha, mungkin lelaki itu sengaja bergurau senda dengannya? Iris cuba untuk memujuk hatinya. Tidak, Hayden bukanlah seorang yang suka bergurau. Jadi, dia serius? Iris bingung.

Melihat Iris yang diam tidak berkutik, Hayden turut terasa berat hati. Dia juga tidak mahu pergi dari sini, jauh dari Iris. Walaupun perkenalan mereka selama satu bulan, jujur, dia sudah jatuh sayang pada gadis itu. Perlahan, jemarinya menarik pelitup muka berwarna hitam itu dari wajahnya.

Topi hitam yang tersarung kemas di kepalanya, dicabut. Tanpa membuang masa, topi itu segera disarungkan pada kepala Iris. Gadis itu sedikit terkejut melihat wajahnya buat pertama kali.

"Ingat muka ni. Iris my Mariposa, aku janji akan kembali. Tunggu aku, ya?"

Iris Leanna | OGWhere stories live. Discover now