Jimin's POV
“Bye, babe! Jangan lupa call tau!” jerit Tae dari dalam kereta.
“Yah, tak payahlah jerit! Saya keluar dari kereta pun belum. Apa lah awak ni” Jimin berkata sambil ketawa. Tae tersengih.
“Saja je nak jerit”. Lawak Tae, lawak.
“Ingat tau. Jangan lupa call” pesan Tae sekali lagi.
“Ya, Taehyung. Saya akan call awak. Jangan risau” Jimin angguk. Risau sangat lelaki di sebelahnya itu. Bukannya dia tak balik rumah nanti.
“Bye, hati-hati” kata Taehyung lalu mencium dahi licin Jimin dan Jimin pula membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi dan juga bibir Taehyung.
“Bye bye! I love you” kata Jimin. “Love you too” balas Taehyung dengan senyuman.
Jimin melambai tangannya ke arah Taehyung dan Taehyung pun mula memandu meninggalkan kawasan universiti itu untuk pergi ke tempat kerjanya.
Jimin pun melangkah masuk ke jalan utama untuk masuk ke universiti itu.
“Jimin! Sini!” jerit seseorang dengan lantang dan kuat sampai satu universiti tu boleh dengar.
Langkah kakinya terhenti. Sudah tahu gerangan siapa yang menjerit sekuat hati itu. Satu tangan merangkul bahu Jimin. Jimin mengeluh seketika.
“Hai, Hoseok hyung” Jimin senyum kecil menampakkan eye smilenya.
“Jom, masuk kelas sama-sama” ajak Hoseok. Hoseok berumur 27 tahun dan ini tahun ke lima dan tahun yang paling akhir belajar di sini.
Jimin mengangguk laju. Inilah rutin hariannya sebaik saja sampai ke universiti. Kadang-kadang, dia akan ke kafeteria dahulu sementara menunggu waktu kelas tiba jika dia sampai terlalu awal.
Selalu saja melihat rakan-rakan yang lain keluar masuk kafeteria atau mana-mana dewan kuliah. Tetapi kali ni, laluan jalan utama kosong dan tiada satu pelajar pun yang lalu-lalang di situ. Jimin mengerutkan dahinya lalu mengangkat bahu tanda dia tidak kisah.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dewan kuliah untuk kelas pertama, semua pelajar kelihatan duduk diam di tempat masing-masing dengan pen ditangan. Semuanya kelihatan...... Takut? Kenapa dengan semua orang ni? Senyap je, selalunya bising.
Jimin hanya tidak buat endah. Matanya meliar mencari tempat duduk kosong. Dia mengambil tempat di hadapan Hoseok iaitu baris keempat dari atas. Buku dikeluarkan dari beg.
(Btw, keadaan dewan kuliah tu macam yang tangga tu tapi kerusi yang dah siap dengan meja sekali)Tidak lama selepas itu, seorang pensyarah lelaki masuk dengan buku serta beg yang disandang pada bahu. Semua pelajar mengucapkan selamat pagi dan menunduk memberi hormat.
Hoseok menepuk bahu Jimin dan menunduk untuk membisik sesuatu di telinga Jimin. “Jangan pandang belakang. Apa-apa pun jangan pandang belakang”.
Jimin mengelipkan mata beberapa kali sebelum meneguk air liur lalu menganggukkan kepalanya.
Time Skip (2 jam kemudian)
“Baiklah kelas! Kelas tamat. Apa-apa yang kamu semua tak faham atau perlukan bantuan tentang kerja kamu, silalah berjumpa dengan saya. Terima kasih” kata Tuan Ryu sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut dengan tergesa-gesa.
Jimin berasa pelik lagi. Kenapa semua kelihatan takut? Ada apa-apa jadi ke hari ni? Dengan itu dia pun cepat-cepat mengemas buku dan barangnya. Bukan apa, cepat-cepat pun nak pergi kafe. Dari tadi perutnya berbunyi. Hehe.
“PARK JIMIN!” jerit seseorang agak kuat sehinggakan pelajar yang sedang mengemas buku juga terhenti. Begitu juga dengan Jimin yang perbuatan memasukkan buku ke dalam beg terhenti. Hoseok menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
YOU ARE READING
My Life Getting Darker- 뵈민 (Vmin)
RandomPark Jimin is a student. He is stuck in between his love and his life. "Let's say that we're in relationship. What will you do?" - Jimin "Jangan menangis okay? Semuanya akan kembali seperti biasa"- Taehyung "Babe, what are you doing?" - Jimin "Baby...