Reunion 1 : Pertemuan Semula

2.3K 9 7
                                    

 Ciao!  Hola!  Aloha! Greetings people!

Okay. Beradanya saya di sini kerana ingin memohon maaf atas kesulitan yang di alami semasa menulis cerita ini.

                              ***

“Terima kasih ‘auntie’,”seorang remaja perempuan yang bertocang dua mengambil cawan kotak yang berisi air oren dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

 “Berapa semua ‘auntie’?, seorang lagi remaja perempuan sebayanya bertanya kepada mak cik tersebut sambil mengeluarkan dompetnya dari kocek seluar ‘skinny jeans’nya yang berwarna ungu gelap.

 “Saiki,kau bayarkan untuk aku?”soal si gadis remaja yang bertocang tadi. Riak wajahnya menunjukkan reaksi ‘BAIKNYA KAU !’ kepada rakannya yang bernama Saiki itu.

  “Ya.”Jawabnya sepatah sambil menghulurkan sejumlah wang kepada mak cik penjual itu.

  “Adik ni sekolah menengah di mana?”mak cik tersebut menyoal gadis bertocang dua yang sedang menyedut air minumannya melalui straw.

   Riak wajah gadis tersebut berubah serta merta manakala,rakannya,Saiki pula menghambur tawanya yang tidak dapat ditahan.

“Auntie,sebenarnya kawan saya ni sudah pun lepas SPM, sekarang kami melanjutkan pelajaran di Perancis, negara Eropah yang terletak di nun sana. Kami balik ni pun sebab cuti semester,” terang Saiki panjang lebar.

Matanya jelas berair akibat ketawa yang melampau tadi.

Terangguk-angguk mak cik tersebut mendengar penjelasan dari Saiki,”maaflah dik,mak cik ingat adik ni masih pelajar SMK..”

 Gadis tersebut mengukir senyuman paksa,”tak apalah ‘auntie’ saya ni kan awet muda, nanti bila dah kahwin nanti,suami saya pula dianggap sebagai bapa saya dan begitulah seterusnya..”

“Kau ni Ryu,janganlah makan hati,”Saiki memujuknya semasa mereka sedang  berjalan menuju ke tempat parkir kereta yang terletak di seberang jalan.

“Mana ada aku makan hati,kan aku tengah minum air oren ni,dahlah jom pergi tengok wayang kat CP,” Ryu segera membuka pintu kereta sebaik saja Saiki membuka kunci kereta.

Saiki mengeluh,macam aku tak faham kau tu! Aku dah hidup dengan kau dah beberapa tahun dah..jadi aku taulah perangai kau..luah Saiki dalam hati tapi tak disuarakan kepada temannya itu.

                                ***

Manakala, di 1B pula berlansungnya suatu pertandingan iaitu ‘Eco-friendly Figura for Earth challenge”.

Seorang gadis remaja sedang dipujuk oleh dua orang sahabatnya  kerana baru sahaja kalah dengan musuh ketatnya, Alden.

“Yokiko,sudahlah bersedih tu,masih ada lagi peluang untuk kau kalahkan lelaki tak guna tu!”, kata seorang gadis yang berperwatakan ranggi. Dia yang merupakan juara karate berulang kali tidak pernah merasakan apa itu erti kekalahan sebenar.

“Ryana,kau tak pernah kalah dalam pertandingan mana kau tahu! Betulkan Momo?” Yokiko mencebik.

Yokiko merenung Momo dengan penuh harapan yang dia akan mendapat jawapan sokongan.

“Masalahnya kau tu bukannya kalah,sekurang-kurangnya dapat tempat kedua,tak bersyukur lansung,” getus Momo dalam hati kecilnya.

Sebaliknya,dia mempamerkan reaksi wajah yang manis.

Ryana menyiku Yokiko,”Hei! Aku pernah dapat tempat kedua dan ketigalah beb,sekurang-kurangnya aku bersyukur, taklah *‘sandi’ menonggeng macam kau,”nadanya seakan-akan bangga dengan pencapaiannya kini yang bergelar juara karate berturut-turut dalam sukma dan sukan komanwel.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REUNIONWhere stories live. Discover now