𝓑𝓪𝓫 3

126 21 19
                                    


"Umi, kalau Adam bagi sikit popcorn ni dekat Humaira boleh tak?" tanya Adam sambil memegang balang yang penuh dengan popcorn karamel.

Makcik Irina ketawa kecil. "Haih, itu pun nak minta izin dengan umi ke? Bawa saja lah."

Adam tersengih.

"Hehe, sebab Adam takut umi marah," kata Adam sambil menggaru hidungnya.

"Bagi je lah... Umi tak marah pun. Bagi semua pun tak apa. Macam lah umi tak boleh buat lagi. Bahan pun ada. Kalau takde, boleh beli barang lagi," ujar makcik Irina sambil tersenyum. Mendengar kata-kata uminya, senyuman Adam semakin lebar.

"Terima kasih, umi!" Adam terus mencium pipi makcik Irina.

Makcik Irina hanya ketawa kecil. Anak bongsunya memang manja, kalah kakaknya!

"Pergi ambil beg dalam bilik. Kejap lagi van sekolah sampai," pesan makcik Irina sambil menepuk bahu Adam.

Adam mengerling jam tangannya sebelum bergegas ke biliknya untuk mengambil beg sekolah.

Tidak lama selepas itu, van sekolah muncul di hadapan rumah mereka.

Pin! Pin!

"Adam! Cepat, van dah sampai!" laung makcik Irina dari luar bilik Adam.

Adam keluar dari bilik sambil membawa balang popcorn, lalu memasukkannya ke dalam beg kertas berwarna coklat.

"Adam pergi dulu ya, umi," ucap Adam sambil mencium tangan makcik Irina.

"Ya, jaga diri baik-baik," pesan makcik Irina. Adam mengangguk dan melangkah keluar dari rumah.

"Bye," makcik Irina melambai tangan ke arah Adam.

Adam tersenyum dan membuka tingkap sedikit. "Bye, umi," balasnya.

Setelah van sekolah hilang dari pandangan, makcik Irina masuk semula ke dalam rumah.

***

"Itu crush nerd kau," Adeela menolak bahu Humaira perlahan bila dia nampak Adam sedang berjalan ke arah mereka.

Humaira tersentak dan segera menoleh, lalu tersenyum lebar.

"Adammm!" jerit Humaira sambil melambai tangan ke arah Adam. Adam melihat dan turut melambai balik.

Adeela hanya menggeleng. Budak tengah angau, biarkanlah.

"Hai Adeela, hai Humaira," sapa Adam dengan senyuman terukir.

"Kau bawa apa tu?" tanya Humaira apabila dia nampak beg kertas berwarna coklat di tangan Adam.

"Oh, ni popcorn. Saya tak tahu sama ada awak suka atau tak, tapi popcorn ni umi saya yang buat. Kalau awak nak, ambil lah," kata Adam sambil menggaru kepala. Malu.

Humaira pun apa lagi, tersenyum suka. Dia angguk laju.

"Eh, kau ni... Popcorn ni favourite aku tau?" kata Humaira sebelum mengambilnya. Adeela memutarkan bola matanya. Sejak bila minah ni minat popcorn? Crush bagi, terus suka, ya?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CRUSH AKU SI BUDAK NERD! Where stories live. Discover now