"gandum.. gandum.. mana kau” gumam Hoomin sambil matanya fokus memandang rak-rak di pasaraya itu
“hah tu!” tunjuk Jimin mereka bertiga mengambil 5 peket gandum
“k dah ada semua. Sayur je belum. Kena pergi pasar” ucap Taehyung
“kat sini kan dah ada. Kenapa kita nak bazirkan masa?” soal Hoomin
“Jin Hyung nak yang fresh. Jom” Jimin terus menolak troli ke kaunter bayaran bersama Taehyung
“haish diorang ni” bebel Hoomin sambil mengikut kedua lelaki tersebut
***
Hoomin menarik nafasnya lalu menghembus nya. Sesungguhnya dia amat geram bercampur malu sekarang. Patutlah Jimin beria nak datang pasar, rupanya nak tengok awek-awek. Bukan sahaja gadis, makcik pun digoda nya
“Jimin Oppa ni, semua perempuan dia nak try. Haish jomlah kita tinggalkan dia. Biar balik jalan kaki. Perangai memalukan betul” bebel Hoomin sambil memerhatikan Jimin sedang menggedik dengan seorang Ahjumma. Sakit pulak matanya tengok
“ada sebab tau Jin Hyung suruh Jimin datang beli barang kat pasar” ucap Taehyung
“sebab?” soal Hoomin pelik
“guys~dapat diskaun” Jimin tersengih sambil membimbit sayur - sayur dan daging
“berapa?” tanya Taehyung
“40%” Jimin tersengih bangga
“tschh sanggup Oppa goda orang tua semata-mata nak diskaun? Eii memalukan” kutuk Hoomin
“eleh memalukan konon. Sayur dengan daging ni kau jugak yang makan nanti” balas Jimin
YOU ARE READING
[ C ] 7 'Express' Brothers : BTS : 방탄소년단
FanfictionIngat bila mak kau kahwin lagi, kau ingat akan dapat bapa tiri je, rupanya kau dapat 'extra package' sekali.