𝖕𝖗𝖔𝖑𝖔𝖌

19 1 0
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌

Nafas yang menderu diikuti dengan jantung yang saling mengepam disempitkan lagi dengan  atmosfera yang semakin gelap. Mata lekap memandang susuk tubuh yang berada di hadapannya. Pedang yang dipegang oleh lelaki itu dengan hujung pedang ditujukan ke arah tekaknya.

"Such a pitiful kitten."

Sebaris perkataan mengejek dirinya yang lemah.

Senyuman sinis yang terlakar di muka lelaki itu jelas dilihat olehnya. Tanpa aba-aba, tekaknya terkena hujung pedang lelaki itu menyebabkan dia tersentak kesakitan. Cecair merah pekat itu mula mengalir seperti jatuhnya air matanya.

Tubuh kecil itu terundur beberapa tapak ke arah belakang. Tidak semena-mena rambutnya dikuak ke atas. Dia mula mencapai tangan lelaki itu memohon melepaskannya. Tetapi dia hanyalah seorang budak, tiada tandingan dengan kudrat sang lelaki itu.

Tangisannya mula bergema. Bagaikan mahu terputus urat kepalanya. Sakit hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tiada simpati.

Malah dikuakkan lagi ke atas dan dilambungkan pula tubuhnya seperti dia hanyalah satu permainan. Terlentang tubuh kecilnya di atas permukaan yang berlumpur itu. Darah mula membuak-buak mengalir laju. Tangannya mula menyentuh kepalanya yang terasa berdenyut selepas perlakuan keji lelaki itu.

Darah itu tidak berhenti mengalir, matanya mula kabur. Terasa awan-awan hitam mengerumuni jasadnya yang semakin lemah.

Saat itu, matanya menangkap susuk tubuh yang sangat dikenali diheret oleh sang lelaki tadi. Tubuh itu dilempar ke arahnya. Air muka melukis kepedihan yang maha dalam. Dia cuba menggagahi badannya mendekati susuk tubuh itu. Tubuh yang dipenuhi dengan bekas tusukan pedang itu dipandang hiba. Dia memeluk erat tubuh itu, darahnya mengalir di atas wajah itu. Dia cuba mengelap wajah itu, memandang wajah itu. Tangannya naik mengelus wajah itu. Dadanya terasa memberat apabila mengenangkan keadaan itu. 

Sepasang kasut hitam dihadapannya menghentikannya dalam menangis. Dengan berani, dia mengangkat kepalanya dengan mata tepat memandang wajah sang lelaki kejam itu. Sang lelaki kejam itu lantas mengukirkan senyuman sinis. Pandangan benci kepada sang lelaki kejam itu  bergelombang di dalam anak matanya. 

"Come on kids, you don't have anything to save yourself." 

Perkataan yang keluar dari mulut sang lelaki itu hanya dia diamkan sahaja.

Bagaimana kanak-kanak kecil sepertinya dapat mempertahankan dirinya dengan tangan kosong. Kekuatannya tiada, dia terlalu lemah. Di atas buana ini, dia mampu serahkan kepada Tuhan. Di manakah manusia berperikemanusiaan yang mahu menyelamatkannya dalam keadaan begini. Keadaan huru-hara oleh sang prajurit yang memberontak.

Sang lelaki yang melihatnya ketika itu mula mengambil kesempatan. Pedang yang berada di dalam genggamannya diarahkan kepada kanak- kanak itu. Pedang itu diangkat ke langit, tidak sabar mahu menghabisi nyawa yang tidak bersalah, nyawa kanak-kanak kecil.

Dan disitu dia mampu menutup mata, bagaikan lenyapnya harinya kemudian. Satu senyuman mengukir di bibirnya, senyuman kelat yang mampu menghiasi kelam hidupnya.

ZAPP!!

Darah memercik ke arah wajahnya, serta merta dia membuka luas matanya. Apa yang berada di hadapannya, mula menghenyak tubuhnya sebaik sahaja matanya diperlihatkankan dengan tubuh tanpa kepala. Sang lelaki kejam itu sudah mati, mati dibunuh, dibunuh di hadapannya.

Di satu sudut,matanya menangkap seorang wanita bersama dengan lelaki yang membunuh sang lelaki kejam tadi. Wanita itu mula menghampirinya, tangan wanita itu bagaikan mahu disambut. Dia mahu menjauh, terasa dirinya masih diancam.

"Trust me, i will not hurt you. I promise,"  Wanita itu mengukir senyuman kepadanya.

Bagaimana dia mahu mempercayai wanita di hadapannya. Dia lelah dengan permainan dunia, kakinya terlalu lemah untuk bangkit semula. Dalam waktu yang sama, matanya menangkap beberapa orang berkuda bersama pedang sedang menghala ke arah mereka. Lelaki bersama dengan wanita itu mula mengambil kudanya, lalu menunggang kuda . Ketika itu, salah seorang daripada mereka melepaskan anak panah ke arah sini. Anak panah bak kilat itu sempat dielak oleh wanita itu.

"Lydia, they are getting closer. we need to go now." 

Serta merta itu tubuhnya diangkat lantas ditunggang kuda itu oleh wanita tadi. Dia cuba meronta melepaskan dirinya. Tapi sebaliknya anak mata wanita itu memandang tunak ke arahnya seakan memberinya satu kepercayaan kepada kanak-kanak kecil seperti dia. Tubuhnya tadi kian senyap. 

Tangan wanita itu naik menyentuh kepalanya yang cedera parah. Teriakan dari arah belakang memalingkannya untuk melihat keadaan itu. Dalam keadaan itu, perhatiannya teralih ke arah tubuh yang sedang terbaring tidak berdaya di sana. Tubuh itu dipanjang dari jauh. Bagaikan angin yang memintasi pelarian mereka, dia mula memanggil nama itu. Namun hanyalah sia-sia apabila wanita itu tidak menghiraukannnya malah sekumpulan lelaki dari arah sana makin mendekati mereka.

Dirinya semakin lama semakin menjauh daripada tubuh itu. Titisan hujan mula membasahi medan merah itu. Titisan hujan jatuh ke wajahnya mula menangisi nasibnya. Dek hujan yang mula merintih, langit semakin gemerlapan. Susuk tubuh itu mula hilang dari pandangan matanya. Dan disitu ditinggalkan seorang permata yang sangat bermakna dalam hidupnya. Pintu tinggi itu menjadi saksi disebalik kejadian di dalam hidupnya.

.

.

.

.

.......................

there one stories, about young kid

who became the one it

the weakness become strength,

the begins story become a long adventure

......................................................

.

.

.

.

The begins story with

"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

m͟a͟r͟c͟i͟a͟Where stories live. Discover now