Bab 1

20 3 3
                                    

Keadaan di cafe Jurjani Kuliyyah Econs sangat sesak dengan hiruk pikuk pelajar-pelajar yang baru habis kelas 12 tengahari hingga 1 petang. Nasib aku dah habis makan, ikutkan dah sedap dah ni kalau dapat tidur 3 jam dekat bilik sebelum masuk kelas online pukul 5 petang sekejap lagi. Ini semua sebab tunggu seseorang yang aku gagahkan juga mata dan badan menunggu dia.

"Aizat! You have to help me. My crush tak reply my whatsapp."

Panjang umurnya and there she goes again, kawan baik aku, Sofeana Arabella. Setiap kali jumpa atau cari aku, tak sebab lelaki atau shopping. Dua tu je. Aku dah penat jadi penasihat tak berbayar untuk dia tetapi apa boleh buat kalau dah sayang. Sayang sekali, cinta aku bukan tepuk sebelah tangan, nak angkat pun tak boleh.

Mesti hairan bin ajaib kenapa aku pasrah sangat. Tengok sahajalah gadis di hadapan aku ini. Terlampau selesa dengan aku sampai semua kisah ex boyfriend and potential boyfriend dia cerita dekat aku. Nampak sangat aku ni 'gay friend' dia. Gay friend bukanlah bermaksud aku gay, cuma istiah yang digunakan bila perempuan terlampau selesa berkawan dengan kau dan tiada langsung perasaan suka akan hadir dalam persahabatan tersebut.

"Siapa? Izzat from ENGINE tu ke?"

"Tak, I dah give up yang tu, lepas tau dia ex Raihan. So not my style la nak try ex coursemate I. Rasa mual sikit. I jumpa crush baru and dah in talking stage for like 2 weeks. Tapi dah 3 hari tak reply my whatsapp!! You rasa dia tak suka I ke? I ni annoying ke?"

Nampak tak? Semudah satu dua tiga perasaan sayang lahir dalam diri dia untuk orang lain dan bukannya aku. Ceh, bitter pulak aku ni. Takpela, sayang kan tak semestinya memiliki.

"Tak, you tak annoying. It was all him. Dia tak minat nak kawan dengan you."

"Ya ke? You rasa macam tu?Aiyo, another crush that crushes my heart. Penat la jadi single ni!"

Eh eh dia ni ada aku cubit pipi tu karang. Baru single sebulan dah dramatik. Aku ni single 23 tahun dan 3 tahun tunggu dia pun masih mampu bersabar.

"Sofea. Take some break la, one month baru. You need to focus on yourself."

"Ya la, tapi I bosan. I nak keluar pergi date macam kawan kawan yang lain. I nak nampak normal di mata orang lain."

"Susah sangat ke hidup single? I ni apa? Alien? Tak normal?"

"Alah, you lain. exceptional cases sebab memilih sangat."

Ouch. If only you knew.

"Takpelah, jom la kita pusing- pusing kuliyyah lain mana tahu ada yang you berkenan."

"Hehe thank you, Aizat. Sebab ni la I sayang you."

Ya, sayang sebagai seorang kawan. Baiklah.

 Dah 1 jam berjalan, gadis di sebelah aku ini macam tak ada perkataan penat dalam kamus hidupnya. Walaupun peluh mula merenik di hujung dagunya, masih bertahan pusing kampus untuk cuci mata. Mata aku tertancap ke arah gerai buah dan kaki aku terus melangkah ke arahnya dan membeli 5 potong buah tembikai. Selesai membeli, aku mencari kelibat gadis tersebut yang memakai blaus biru cair, skirt dan shawl cream. Ya rabbi, ke mana sahaja la dia ni menghilang.

Tiba-tiba, mata aku tertancap akan seorang jejaka tinggi lampai, baju kemeja kotak-kotak dan terdapat vape yang digantungkan di lehernya. Ya Allah, mamat mana pulak dia try ni? Laju kaki melangkah dengan penuh kerisauan.

"Uhuk uhuk.. Sofea.." Aku buat-buat batuk untuk memberitahu kehadiranku di situ.

"Aizat!! Kenalkan this is my best friend, Aizat. Ini pulak Zam, kawan baru I."

"Hi, Aku Aizat Hakimin." Aku menghulurkan tangan sebagai sekadar untk berbudi bahasa.

"Ouh hi...aku Zam," ujarnya tanpa menyambut tangan aku untuk berjabat tangan tetapi sempat menghisap vape di leher. Biadab sungguh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Daylight Where stories live. Discover now