KDA? 4

0 0 0
                                    





***********************************

Memang sudah ditakdirkan hanya untuk bertemu, bukan hak aku lagi untuk memaksamu mencintaiku

*************************************






"Lembut tangan you,"

Aku tersentak. Apahal mamat ni?

"Sorry," sekali lagi dia meminta maaf.

Aku mengangguk kecil. Tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup kencang. Perasaan tidak enak sudah mula menyelubungi diri.

Segala fikiran negatif aku sangkal cepat.

"Jom order, you nak makan apa?" soal Farez.

Mata aku masih ralit melihat menu yang berada di tangan.

Semua nampak menarik, tapi mahal.

Bukan aku orangnya yang suka membazir.

"Saya nak rasa sup ayam dekat sini boleh?" aku menyoal Farez yang leka memandang aku.

Terkejut apabila mata koko cair miliknya menikam aku tajam.

"Farez," aku memanggilnya sekali lagi.

"Ya," sahutnya sekaligus mengalihkan pandangan.

"Kita order menu A boleh?"

"Up to you, babe" jawab Farez kemudiannya tersenyum lebar.

Sabar Farez sekejap lagi kau dapat rasa jugak perempuan ni. Bisik hati Farez. Air liurnya di telan kasar.

"Abang, bagi kami set A, macam biasa" order Farez. Matanya tidak berkelip memandang pelayan tersebut sehinggalah lelaki itu pergi dari situ.

"Farez, can we just go straight to the point?" soal aku ingin secepatnya menghabiskan pertemuan pada malam ini.

"Yeah, why not?" lelaki itu masih tersenyum nipis.

"Betul ke awak setuju nak kahwin dengan saya tanpa cinta?" tanya aku tanpa berbasa basi.

"Siapa cakap?" Farez tersenyum senget.

"Im gonna make you falling for me," ujar Farez perlahan.

'Especially with my body,' sambung lelaki itu di dalam hati. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Can you give me a chance?" tangan Farez bergerak menyentuh tangan aku.

"Tak payah laa pegang-pegang!" jerkah aku sedikit kuat.

Farhan yang berada tidak jauh dari situ berpaling ke arah suara itu. Urat timbul di bahagian dahinya. Tegang.

"Okay, easy. Sorry," Farez mengalah. Dia perlu bertahan untuk seketika.

Keadaan sepi sehinggalah pelayan datang membawa pesanan.

"Kita makan dulu. Pastu I hantar you balik," pelawa Farez.

Kahwin Dengan Aku?Where stories live. Discover now