Part 2

14K 49 0
                                    


"Selamat pagi... Ustazah!" Seorang pelajar perempuan mengetuai ucapan selamat, diikuti seluruh kelas.

"Selamat pagi semua..." Aku senyum. Walaupun hatiku masih gementar, aku meneruskan kelas itu sebaik mungkin. Aku sebenarnya sangat risau kerana guru baru tidak sepatutnya mendapat Tingkatan 5 untuk kelas mereka. Tetapi oleh kerana guru Pendidikan Islam kurang, aku dipilih untuk menjaga Tingkatan 5, mujurlah kelas 5 Anugerah ini merupakan kelas yang paling depan.

Kelas hari itu berjalan dengan lancar, sesi perkenalan mengambil satu waktu daripada dua waktu kelas Pendidkan Islam hari itu. Semuanya kerana mereka kebanyakannya banyak celoteh, dan si lelaki pula kuat mengusik. Walaupun aku perasan ada seorang pelajar lelaki yang tidak banyak bercakap, tetapi aku perasan dia selalu melihatku.

Mungkin dia sekadar malu atau memang jenis yang senyap.

************

Beberapa minggu kemudian, aku dipanggil ke bilik Kaunseling. Cikgu Syawal, ketua kepada Biro Kaunseling itu mahu bertemuku. Aku yang boleh kata sudah biasa dengan persekitaran sekolah itu datang ke bilik Cikgu Syawal di dalam bilik Kaunseling itu. Biliknya amat kemas sekali, dan aku disambut bau lembut Lavender yang datangnya dari pewangi udara di tepi almari.

"Ustazah Nawal... Terima kasih sebab sudi datang... Meh duduk..." Ajak Cikgu Syawal. Aku senyum menerima pelawaannya itu lalu aku mengambil duduk.

"Macam mana sekolah ni...? Harapnya Ustazah taka da masalah?" Soal Cikgu Syawal yang bagiku agak segak itu. Namun sebagai seorang Ustazah, aku harus mengetepikan semua anggapan begitu. Tidak terlalu melayan.

Aku menggeleng kepala. "Syukur semuanya baik baik sahaja Cikgu..." Jawabku.

"Baguslah... Sebenarnya ada hajat saya panggil Ustazah ke sini hari ini..." Kata Cikgu Syawal.

"Kenapa Cikgu?" Soalku, mendengar nadanya serius.

"Ustazah yang kamu ganti tu, yang kelas 5 Anugerah itu... Sebenarnya salah seorang guru kaunselor kami juga..." Jawab Cikgu Syawal, dan aku seperti tahu ke mana arah perbualan ini akan pergi.

"Okay..." Kataku perlahan, tanda yang aku mendengar.

"Jadi... Kami berharap supaya Ustazah dapat isi tempat kosong tu buat sementara... Sampai Ustazah Huda pulang dari cuti bersalin... Boleh?" Dah agak...

Aku membuat wajah risau. "Tapi Cikgu... Saya tak ada background psychology atau... Counselling... Yang saya ada cumalah yang basic basic je..." Kataku. Hanya satu subjek tentang itu diajar di fakulti dahulu. Yang lainnya fokus tentang Aqidah, Tajwid, Tauhid dan pelbagai lagi.

"Saya tahu... Tapi Ustazah jangan risau... Lagipun masalah pelajar sekolah ni yang biasa biasa je... Putus cinta... Keluarga sikit... Kalau kamu terjumpa kes yang berat atau kamu rasa tak boleh handle kes tu, inform dekat saya, saya akan bagi pada cikgu lain..." Jawab Cikgu Syawal.

Aku menarik nafas dalam sebelum melihat wajah Cikgu Syawal yang sedikit berusia itu. Berharap. Aku sedar aku adalah tenaga pengajar yang baru, maka aku diberikan tugas yang orang lain tak mahu. Jika aku tolak, pasti mereka akan kata aku mengada ngada atau lembik.

Takpelah Nawal.. Anggaplah ini pengalaman. Aku berfikir. Perlahan aku mengangguk.

"Baiklah, Cikgu..." 

USTAZAH NAWALWhere stories live. Discover now