Bab 2

3.2K 413 44
                                    

JAM tepat menandakan pukul 6 petang. Bengkel sudah siap dikemas. Peralatan semua disimpan ke tempat yang selamat. Setelah bengkel motosikal dikunci, dia dan Jihan berjalan menuju ke tempat parkir. Sekilas Jina menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangan. Kalau nak diikutkan masa, dia perlu bersiap cepat. Yalah, nak makeup lagi, nak pakai baju lawan lagi. Semua itu mengambil masa hampir sejam!

Dia tidak mahu buat Tengku Hayyan menunggu lama.

"Jihan! Bolelahlah bagi aku pinjam barang makeup dengan baju kau. Tak lama pun. Aku janji nanti aku pulangkan dengan baik." Rayu Jina buat sekian kalinya. Daripada tadi dia memujuk Jihan tetapi wanita itu tetap berkeras tidak membenarkan dia untuk meminjam. Katanya, Jina sering merosakkan baju kesukaannya. Barang yang diberi pinjam selaku tak dijaga dengan baik.

"Aku tak nak percayakan kau kali ni! Kau ada duit kan? Belilah!" Balas Jihan.

Jina merengus perlahan.

"Alaa... aku bukan pakai selalu pun baju cantik macam tu. Kalau aku pakai pun, pakai sekali aje. Baik aku pinjam baju kau! Bolehlah Jihan!" Rungut Jina dengan tayang muka comelnya. Mata dikelip berkali-kali sambil bibir mencebik serupa minta penampar.

"Ish, kau ni... baju aku yang cantik-cantik semua dah rosak disebabkan kau tahu tak? Kau ingat tak pakaian mahal yang aku bagi kau pinjam dahulu tu? Apa dah jadi? Koyak rabak kau kerjakan!" Jihan mula mengungkit kembali kisah beberapa tahun yang lalu. Bak kata orang, kisah dahulu biar dijadikan sejarah. Ha, memang sejarah pun! Satu-satunya baju mahal yang dia beli menggunakan duit tabung ayamnya hancur begitu sahaja pabila diserahkan ke tangan Jina.

Siapa sahaja takkan trauma untuk beri peluang kedua? Jikalau terkoyak sedikit tak mengapa, ini baju dah serupa tarzan celah mana mahu diperbetulkan? Bagi orang tukang jahit pun dia boleh pitam kalau tengok!

Jina gigit bibir. Dia sendiri tak nafikan itu memang kesalahan daripadanya. Tapi nak buat macam mana? Kebetulan, pada hari itu dia dikejar anjing liar. Nak tak nak, kena buka langkah besar untuk pecut! Mana tak koyak? Tapi dia tetap bayar ganti rugi. Bukannya lepas tangan seperti orang yang tak tahu rasa bersalah.

"Eh aku ganti kut duit baju tu!" Jina sama mengungkit.

"Memanglah kau ganti. Tapi baju tu susah nak dapat!"

"Alaa... Jihan. Aku janji, kali ni memang betul-betul janji yang aku akan jaga baju kau elok-elok. Aku akan pastikan dari hujung baju sampai hujung lengan baju tu bersih tanpa ada satu pun kekotoran yang melekat." Ujar Jina menabur janji sambil mengangkat sebelah tangan. Dia betul-betul perlukan baju daripada Jihan. Apa-apa pun, dia takkan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

Eh, ya ke?

Langkah Jihan berhenti sebaik sahaja tiba di motorsikalnya. Jina juga turut memberhentikan langkah. Dia memandang Jihan dengan penuh harapan. Mengharap agar jawapan yang bakal keluar daripada mulut wanita itu adalah 'setuju'.

Jihan mengeluh kecil. Mata dipejam sesaat. Kalau ulang kata tidak sekalipun, Jina akan terus-menerus memujuknya sampai ke esok pagi. Tidak pun, dia akan ikut balik rumah sehingga dapat jawapan setuju.

"Fine.Aku bagi kau pinjam." Pasrah jawapan Jihan tika ini. Nampak benar dia terpaksa mengalah.

"Yes!" Sedangkan Jina bersorak gembira. Siap melompat lagi.

"Tapi..." Jihan bersuara seakan ada lagi bicara yang belum dihabiskan. Lantas Jina pandang wajah Jihan yang serius itu. Telinga dipasang luas-luas. Sedia mendengar apa syarat sekalipun yang keluar, janji dia dapat pinjam pakaian.

AZEL [BAD MAGICIAN]Where stories live. Discover now