PROLOGUE
Setelah selesai majlis pengebumian dan sedikit tahlil yang diadakan oleh keluarga almarhum Tuan Ahmedullah, para ahli keluarga terdekat berkumpul di ruang tamu rumah untuk bacaan Surah Yaasin yang akan disedekahkan kepada almarhum.
Syafiq Masdi, selaku anak tunggal almarhum Tuan Ahmedullah dan Puan Thohirah memimpin bacaan yaasin tersebut. Penuh syahdu dan sarat emosi saat suara mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Kesedihan sedaya upaya ditahan demi menampakkan dia kuat di hadapan ahli keluarga mereka terutama umminya.
Setelah selesai bacaan yaasin dan sedikit doa yang disedekah untuk almarhum, ahli keluarga yang lain beransur pulang ke rumah masing masing. Mereka semua memberi ucapan semangat kepada Syafiq dan Puan Thohirah.
" Ummi..." seru Syafiq, dia mendekati ibunya yang masih berteleku di tikar sejadah. Tiada sahutan. Ummi masih di dalam dunia sendiri. Mengelamun.
" Dia orang dah balik ibu." bicara Syafiq lagi namun masih tiada respon dari umminya. Dia duduk disebelah umminya. Tangan umminya diraih dan digenggam lembut.
" Ummi, la tahzan baed alan. (Ummi, jangan bersedih lagi.)" Pujuk Syafiq dalam Bahasa Arab, bahasa yang biasa mereka gunakan dalam harian. Dia duduk di sebelah ibu lalu merangkul erat tubuh itu. Dapat dia rasakan tubuh umminya sedikit bergetar.
Jujur Syafiq katakan, dia juga sedih dan berduka dengan pemergian abinya. Tetapi, jika dia lemah bagaimana dengan umminya? Dia lah yang akan menggalas tanggungjawab menjaga umminya setelah ketiadaan abi. Dia anak lelaki tunggal, dia yang wajib menjaga umminya. Siapa lagi kalau bukan dia? Dan, syurga untuk lelaki tetap selamanya berada di bawah telapak kaki seorang ibu walau sejauh mana dia berlari atau sedalam mana dia tenggelam. Seorang perempuan apabila telah berkahwin, syurganya berubah daribapa ibu kepada suaminya tetapi tidak bagi lelaki. Syurganya tetap di bawah telapak kaki seorang ibu walau seberapa kali dia berkahwin.
" Syafiq hazin ayda. lakin la yumkinuna aliaistimrar fi alhuzn. (Syafiq juga sedih. Tetapi kita tidak boleh terus bersedih)" pujuk Syafiq lagi. Puan Thohirah menyandarkan kepala pada dada milik anaknya itu dan kembali menghamburkan tangisan. Habis basah baju anak terunanya itu dek kerana air matanya yang mengalir deras. Syafiq memeluk tubuh umminya erat dan menggosok perlahan belakang tubuh tua itu. Cuba menyalurkan kekuatan yang dia ada kepada umminya.
" Ummi rindu abi." lirih Puan Thohirah bersama esakan. Syafiq memejamkan matanya, tidak sanggup melihat jantung hatinya bersedih. Dia amat memahami perasaan umminya.
Ummi dan abi memang tidak pernah berenggang sejak mereka kahwin lagi. Kemana abi pergi, disitulah ummi berada. Hinggakan abi mengambil keputusan untuk tinggal di tanah kelahiran abi ini pun ummi menurut tanpa bantahan walaupun dia terpaksa berjauhan beribu batu daripada keluarganya yang berada di tanah Malaysia
" Ummi, janganlah macam ni. Syafiq kan ada? In Shaa Allah, selagi Syafiq hidup, Syafiq akan bahagiakan ummi." sudah kematian kata Syafia ingin memujuk umminya itu. Selama ini ummi hanya menunjukkan sisi kuat dan tabahnya. Sekarang, apabila
" Ummi... Tak baik tau meratapi pemergian abi macam ni. Tak tenang abi dekat sana. Ummi kena reda, ini semua kan ketentuan Ilahi. Bila Allah cakap 'Kun Faya Kun', tiada apa yang mampu halang lagi dah. Ajal maut ini rahsia Allah, kita tak tahu bila kita meninggal. Dah ditakdirkan Allah bagi pinjam abi pada kita sekejap aje, apa kuasa kita ada untuk melawan takdir Allah ummi?" Syafiq mengesat air mata Puan Thohirah yang masih mengalir di pipi tua itu. Dia tidak mahu ummi terus hanyut dalam lautan kesedihan. Sayu hatinya melihat ummi begini.
" Kalau ummi terus menangis macam ni, dia seolah ummi cuba mempersoalkan takdir Allah. Tak baik ummi. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang hidup pasti merasai mati dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan." nasihat Syafiq sedikit sebanyak membantu menenangkan Puan Thohirah. Tangan Puan Thohirah naik menghapus sisa air mata yang terdapat di wajah.
Sungguh bertuah Puan Thohirah memiliki anak sebaik dan sesoleh Syafiq. Sudahlah pandai berdikari, kuat ilmu agamanya pula tu. Sejuk perut Puan Thohirah mengandungkan Syafiq selama sembilan bulan sepuluh hari.
" Ummi fakhurat jdan bi'iinjab tifl mithl Syafiq. (Ummi bangga ada anak seperti Syafiq)" Puan Thohirah memegang kedua pipi anak teruna tunggalnya itu. Sungguh kuat hati si anak, tidak sedikit pun kelihatan lemah sepanjang proses pengebumian dan tahlil dijalankan. Tenang sahaja yang ditunjukkan. Seperti telah seratus peratus meredai apa yang berlaku. Namun dia sebagai ibu, dia tahu bahawa anaknya itu menyimpan segala kesedihannya di dalam hati.
" Hasil didikan ummi dan abi lah." Syafiq lega apabila melihat umminya sudah mula mengukirkan senyuman.
' Syafiq harap senyuman ummi tak akan padam sampai bila bila.' bisik hati kecil Syafiq.
•
" Ummi, serius ke ni?" tanya Syafiq meminta kepastian. Agak terkejut dia pagi ini kerana ummi memaklumkan bahawa mereka akan berpindah semula ke Malaysia, tanah kelahiran ibunya itu.
" Betul lah, buat apa ummi nak tipu?" jawab Puan Thohirah. Dia sedang sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka dua beranak.
" Tapi kenapa tiba-tiba? Rumah kita dekat sini macam mana?" tanya Syafiq. Bukan dia tidak setuju cuma dia ingin tahu mengapa sahaja.
" Pakcik Malek dah setuju nak jagakan segala apa yang kita nak tinggalkan dekat sini. Kita bukan tak balik langsung ke sini. Cuma jarang jaranglah." balas Puan Thohirah lagi. Syafiq hanya berdiam diri selepas itu.
" Syafiq, sini bukan tempat ummi. Ummi datang ke sini sebab ikut abi iaitu suami ummi. Sekarang suami ummi dah takde, ummi rasa elok ummi balik semula pada keluarga ummi. Hujan emas di negeri orang, hujan baru di negeri sendiri. Lebih elok di negeri sendiri." ujar Puan Thohirah lembut. Syafiq hanya mengangguk. Kalau sudah itu keputusan umminya, dia hanya menurut.
" Syafiq dah lama kan tak balik jumpa sepupu dekat sana? Mesti dia orang excited nak jumpa Syafiq." Puan Thohirah tersenyum membayangkan wajah wajah yang dirinduinya yang berada jauh di tanah Malaysia.
" Ummi..., sepupu Syafiq kat Malaysia dua orang aje pun. Reyhan dengan Raihana anak maklong. Ummi bercakap macam sepupu Syafiq ada berdosen." ujar Syafiq dalam nada gurau.
Puan Thohirah tertawa kecil. Dia hanya dua beradik bersama kakaknya. Ditakdirkan kakaknya hanya mempunya sepasang anak dan dia dikurniakan seorang. Memang keturunannya tidak mempunyai anak yang ramai, paling ramai pun hanya lima orang. Itupun anak kepada sepupunya.
" Ummi tahulah. Dua orang pun, ummi yakin dia orang mesti rindu punya sepupu dia orang yang seorang ni." Puan Thohirah menghidangkan nasi goreng di atas meja.
" Nasi goreng?" soal Syafiq bersama senyuman senget.
Puan Thohirah mengangguk. Dia mengerti mengapa anaknya menyoal begitu. Itu kerana dia sudah lama tidak masak masakan Malaysia.
" Rindu sangat ummi dengan Malaysia ni ye?" Puan Thohirah tertawa mendengar ayat anaknya itu.
" Mestilah rindu, segala tentang Malaysia ummi rindu tau." balas Puan Thohirah.
Melihat senyuman dan tawa umminya, hati Syafiq berasa lega. Sekurang kurangnya umminya sudah mampu tersenyum lebar dan ketawa. Itu sudah mencukupi bagi Syafiq.
tbc
Vote, Comment and Share! Enjoy!
YOU ARE READING
NIHAYA : Bahagia atau Derita
RomanceSyafiq Masdi dan ibunya Puan Thohirah berpindah semula ke Malaysia setelah bertahun mereka menetap di Abu Dhabi. Kematian bapanya menjadi punca utama kenapa mereka kembali ke Malaysia. Sebaik sahaja berpindah ke Malaysia, dia ditemukan dengan gadis...