" Weh, aku nak pergi 7E dekat depan tu kejap eh? Nak beli barang sikit." ujar Syafiq kepada Reyhan yang rancak berborak dengan temannya. Mereka masih menanti kehadiran gadis yang bernama Munawwarah itu. Kata mereka, gadis itu sudah bertolak.
" Haa okay. Eh, kejap! Tolong belikan Potato Chips flavour Chezzy and Honey tu boleh? Raihana pesan tadi, dah alang alang kau pun nak pergi tu boleh lah tolong belikan sekali.
" Haa, okay." Syafiq pun berdiri dan mula melangkah keluar daripada restoren itu. Dia melihat kiri dan kanan. Setelah memastikan tiada kenderaan, dia mula melintasi jalan untuk ke kedai serbaneka 7 Eleven yanh terletak di seberang.
Pintu dibuka dan Syafiq terus melangkah ke bahagian peti minuman. Satu tin 100 Plus dan satu tin La Vida Lemon Zero di ambil, tidak ketinggalan satu tin Wonda Coffee Latte juga di ambil. Dia bergerak pula ke bahagian roti, sepaket roti Gardenia Sambal Bilis serta dua bungkus roti bun coklat di ambil.
Kemudian dia bergerak ke bahagian snek. Disitu dia melihat hanya tinggal satu balang Potato Chips berperisa Chezzy and Honey. Baru sahaja tangannya menyentuh balang tersebut, terdapat tangan lain yang menyentuh juga menyebabkan berlaku sentuhan kulit di antara mereka. Bagaikan renjatan elektrik, kedua mereka menarik tangan masing-masing.
Syafiq menoleh ingin melihat gerangan yang berani berani menyentuh tangannya. Saat mata terpaku, dia seolah terkaku. Di hadapan dia kini berdiri seorang wanita yang sangat ayu bertudung. Kulit putih kemerahan, mata bersinar, alis lentik. Sungguh sempurna!
Namun hanya seketika. Sedar akan keterlajurannya, Syafiq menurunkan pandangan. Bibir terkumat kamit mengucap kalimah 'Allah'.
" Maaf, kalau saya ambik dulu boleh? Saya sangat memerlukan makanan ni." ujar si gadis dengan sopan dan lembut.
" Maaf cik, saya pegang dulu jadinya saya punya dulu. Saya pun memerlukan makanan ni." ujar Syafiq tak nak kalah.
Mata si gadis melirik ke arah makanan dan minuman yang penuh di dalam dakapan Syafiq.
" Encik ada banyak lagi makanan lain tu. Bagilah saya dulu, saya memang nak ni aje." ujar si gadis masih cuba untuk berkompromi.
" Maaf, tapi saya tak boleh bagi awak. Adik saudara saya dah lama nak kerepek kentang ni." tutur Syafiq sedikit menipu. Dia baru tahu tadi yang Raihana inginkan kerepek kentang itu. Entah iya entah tidak Raihana sudah lama mahukan kerepek itu.
" Adik saya, adik kandung saya tau yang nakkan kerepek ni. Dia baru tujuh tahun, tak kesian ke? Bagi saya jela ye encik?" ujar si gadis. Nampak dari riak wajah, si gadis mula hilang sabar.
" Awak tengok muka saya ni. Ada muka saya ni kisah ke? Saya dapat dulu, jadi saya punya dulu." ujar Syafiq tak mahu kalah.
" Apa masalah encik ni? Dengan perempuan pun nak bergaduh ke? Cubalah jadi gentleman sikit, tak boleh mengalah untuk perempuan? Kenapalah lelaki kena wujud dalam dunia ni? Urgh!!" bentak si gadis. Syafiq sedikit terkejut dengan perubahan nada bicara gadis itu. Dia hanya niat ingin bergurau sahaja.
" Wo wo chill cik adik. Ambiklah, saya bergurau aje." ujar Syafiq mengalah. Si gadis menjeling sebelum dia mengambil kasar balang kerepek itu.
" Ingat ada masa ke nak bergurau?" bebel si gadis sambil berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah selesai, dia terus melangkah keluar dengan wajah mencuka. Syafiq hanya menggeleng, dia kemudian bergerak ke kaunter untuk membayar barangnya. Kempunanlah Raihana.
Setelah selesai membuat pembayaran, dia melangkah keluar dan menuju semula ke restoren tadi. Dapat dia lihat mereka yang lain sedang enak menjamu selera sambil berbual kosong.
YOU ARE READING
NIHAYA : Bahagia atau Derita
רומנטיקהSyafiq Masdi dan ibunya Puan Thohirah berpindah semula ke Malaysia setelah bertahun mereka menetap di Abu Dhabi. Kematian bapanya menjadi punca utama kenapa mereka kembali ke Malaysia. Sebaik sahaja berpindah ke Malaysia, dia ditemukan dengan gadis...