KHAI dan Harris memandang sesama mereka sebelum memandang gadis didepannya ini. Harris tersenyum nipis manakala Khai sudah berkerut seribu.
"Huhhh?" Panjang lelaki itu menarik soalan. Kenapa gadis ini ada dirumah Arlann?
Tya tersenyum kekok. Aku tampar karang muka Khai ni baru tahu. Panjang sangat tarik tu... Nak nazak dah ke?
"Kenapa you ada kat sini?" Tanya Harris. Niat ingin datang ke rumah Arlann untuk melepak tapi ada pula Tya disini.
"I tinggal kat sini."
"What?" Serentak Khai dan Harris berkata. Terkejut.
"Apahal pula kau duduk sini hah? Kau buat apa dengan Everett? Kau bomoh dia untuk beri kau tinggal sini eh?" Khai mengoncang tubuh ramping Tya.
Tya mengikut rentak goncangan yang diberi Khai. Wah pening!
Tidak sampai beberapa minit dirinya digoncang, bunyi lempangan singgah dimuka kacak Khai. Tya dalam pening itu tergelak kuat. Khai mengosok hidungnya apabila ditampar oleh Arlann tadi.
"Sampai hati kau!"
Arlann hanya diam. "She's my wife."
Kata-kata itu buat dua jejaka itu membeku. Mata Khai membulat manakala Harris sudah mengeleng pasrah. Sudah tahu benda apa akan terjadi.
"Kita borak dalam."
"Nak I buatkan air?"
"Tak payah!" Arlann menepuk kepala Khai yang tidak habis-habis mahu berbalah dengan gadis itu.
"Buat aje, Tya." Harris angguk sekali. Tya pula akur. Terus susuk gadis itu berlalu ke dapur.
Tya mengeluarkan bekas uncang teh diatas cabinet. Mulut ligat mendengus dan memaki Khai. Benci benar dia dengan lelaki tu! Macam manalah Rehanna boleh nak pikat lelaki tu dulu semasa di hospital?
Empat cawan kaca disusun di dulang kemudian teko teh diletakkan. Dengan berhati-hati dia membawa dulang itu ke ruang tamu. Dapat dia dengar suara orang seperti berbincang dan ada kala suara tinggi dari Khai.
"Jemput minum." Pelawa Tya selepas menuang kesemua air teh kedalam cawan kaca tersebut.
Rasa diperhatikan terus Tya berpaling kearah lelaki itu. Khai sedang memerhati Tya sehingga gadis itu duduk disofa sebelah Arlann apabila lelaki itu mengarah duduk disitu.
"Her stomach looks prominent." Geram Khai berkata.
Laju tangan Tya menarik sedikit bajunya yang terlekat diperutnya. Tahu kini perutnya sedikit membukit walaupun baru empat bulan.
"Kau jangan nak tutuplah. Aku dah tahu." Jelek Khai berkata.
"Khai..." Arlann mengetap.
"Kau apahal hah?!" Marah Khai tiba-tiba. Tepat mata kelabunya melihat wajah tidak bersalah Tya.
"Kau kenapa ni?" Harris menyiku lengan Khai. Dari tadi dia lihat ada rasa tidak puas hati dari Khai.
"Tya!" Jawabnya geram.
"Apa kau buat?" Tanya Arlann pada Tya. Pantas gadis melihatnya lalu mengeleng laju.
Khai pula sudah melopong. Buat tak tahu pula! Tadi bukan main lagi gadis itu menjelir lidah padanya. Nak beritahu yang Arlann berpihak padanya, bukannya pada Khai.
"Sudahlah, Khai. Kau bergaduh dengan dia pun, kau tetap akan kalah juga."
PINTU kereta BMW ditutup seraya merengangkan otot leher yang sakit. Tiga butang baju kemeja dibahagian atas dibukanya. Langkahnya terhenti apabila terlihat satu kertas putih, elok tersangkut di kereta Lexus miliknya.
Dengan kasar Arlann mengambil kertas putih itu lalu dibaca. Muka yang berlagak tenang tadi, kini sudah bertukar bengis.
'Wow, you have a wife now. You must have fallen into my trap, right? Beautiful, just like the night we met. Go to the old backyard now.'
Ayat terakhir itu terus membuat Arlann berlari masuk kedalam rumah dan menapak ke laman belakang rumah. Kakinya terpasak didepan sliding door sambil meraup wajahnya. Perlahan-lahan dia mendekati Tya yang sudah terbuai di salah satu buaian berlapikkan kusyen itu.
Seketika itu dia memandang suasana sekeliling. Tiada apa-apa cuma angin malam yang dingin dan kuat.
"Helena..."
Tiada sahutan dari gadis itu. Ada katil dalam rumah, nak juga tidur kat luar rumah yang banyak nyamuk ni.
"Hye bangunlah... Tidur dalam." Pipi Tya ditepuk lembut. Dia mencangkung dihadapan gadis itu lalu memicit hidung Tya.
Terdongak kepala Arlann keatas apabila Tya menolak kuat dagunya. Dia berdecit keras sebelum menarik rambut Tya.
"Argh!" Terjaga gadis itu dari lenanya. Dengan binggung dia memandang wajah lelaki itu.
"Bangunlah! Asal kau tidur kat luar pula?" Kerut Arlann. Pelik benar dia dengan gadis ini.
"Tadi tak ada elektrik lah! Saya duduk luar sebab panas." Jawab Tya sambil berpaling kearah rumah agam itu. Oh dah bernyala.
"Tak ada elektrik?" Pelik Arlann. Alex pergi berjimba ke dengan duit yang aku beri untuk bayar bil?
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu.
"Masuk rumah." Pesan Arlann. Tegas. Raut wajah tiba-tiba berubah mendadak.
"Tolong."
"What?"
"Tolong dukung saya. Perut saya sakit." Cebik Tya seraya mengapai kedua belah tangannya ke udara.
"Kau ada kaki kan? Jalanlah dengan kaki kau." Jeling Arlann.
Tya sudah mengembungkan pipi. Tiba-tiba dia mendapat akal. Dia tersenyum jahat sebelum menjerit.
"Argh! Tuan! Perut saya!" Jeritan dari Tya membuat Arlann memberhentikan langkahnya. Laju kepalanya berpaling kearah gadis itu.
Terlihat Tya berguling-guling diatas kerusi itu.
"Aduh! Argh!" Niat ingin menarik perhatian Arlann tetapi tersilap langkah apabila tubuhnya mula tidak terasa kelembutan di kusyen buaian itu.
Wassalam...
Membulat mata Tya apabila Arlann sedang memeluknya kemas. Terasa gegaran ditubuh lelaki itu apabila punggung Arlann sudah jatuh ke rumput.
"Kau..."
Tya masih tak bergerak. Kalau sekarang pasti dia sudah tersenyum lebar dan membalas pelukan lelaki itu tetapi ini tidak. Hanya mata yang membulat dan kerutan sahaja dimukanya.
"Kau memang sengaja kan? Kalau tadi jatuh macam mana? Kau memang suka menyusahkan aku!" Marah Arlann kuat.
"Sakit..." Rintih Tya perlahan. Bahu Arlann dicengkamnya kuat. Perutnya terasa senak dan tidak selesa.
"Huh jangan nak menipu lagi lah."
Seketika itu Arlann memalingkan wajahnya kembali. Terlihat Tya sudah termengah-mengah diatas dadanya. Pantas Arlann memeriksa celahan kangkang Tya.
Kosong. Tiada darah atau tanda-tanda...
"Helena?"
"Sakit..."
YOU ARE READING
Enchanted Darkness
Romance2nd Mr Series : Her Fascinated Arlann Everett | Tya Helena "Pardon? It's your fault. I wish I could turn back the clock and betulkan semula rancangan aku." - ARLANN EVERETT Tersilap langkah akhirnya mereka terjatuh didalam perangkap sendiri. Satu...