Pre-Party

12.7K 73 4
                                    

Selepas seharian melepak dengan Chloe, aku keluar 'dinner' bersama Hisham pada malam itu. Hisham menjemput aku pada jam 8pm di rumah Chloe. Chloe tidak bersama kami kerana perlu melakukan sesuatu di rumahnya.

Hisham membawaku ke sebuah restoran Itali. Sebuah restoran yang agak mewah dan romantik. Kami menjamu selera dengan agak formal.

Aku: Boleh Ija tanya Sham sikit?

Hisham: Tanya saja apa yang Ija nak tanya.

Aku: Kenapa Sham bawa Ija ke sini?

Hisham: Saja.

Aku: Tak caya lah. Kalau saja-saja, baik kita makan di restoran yang selalu kita 'dinner' tu saja.

Hisham: Betul.. Sekali sekala apa salahnya kita 'dinner' di tempat macam ni kan?

Aku: Ija tak caya lah. Betul-betul lah Sham.

Aku merayu padanya secara tidak langsung. Pelik. Tapi aku mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa sebenarnya yang bermain dalam fikirannya.

Hisham: Baiklah..

Hisham mengambil kain lalu mengelap tepi bibirku membuang sisa makanan. Aku terkaku seketika.

Hisham: Ija.. Sham sayangkan Ija.

Tidak kuduga Hisham akan berkata demikian. Aku terdiam menanti kata-kata yang akan diucapkannya. Fikiranku tiba-tiba bercelaru.

Hisham: Seperti yang Sham pernah berkata sebelum ini, Sham menyukai Ija sejak pertama kali kita berjumpa dalam penerbangan lagi.

Aku: Okey..

Hisham: Dari hari ke hari Sham mengikut perkembangan kehidupan Ija di sini. Tapi Sham takut nak luahkan pada Ija. Sham takut.

Aku: Apa yang Sham takutkan?

Hisham: Sham takut terjadi sesuatu antara kita. Mungkin kita tidak akan seperti ini. Mungkin Ija akan memandang serong pada Sham.

Aku: Kenapa Sham beranggapan macam tu?

Hisham: Entah lah..

Aku: Sham nak tahu satu perkara tak?

Hisham: Jangan kata satu, seribu pun boleh!

Aku: Sebenarnya Ija 'jealous' bila tengok Sham asyik berkepit dengan Chloe. Selalu Sham hilang daripada radar.

Hisham: Maksud Ija?

Aku: Betulkah Sham sukakan Ija?

Hisham: Betul! Sham memang sukakan Ija.

Aku: Chloe?

Hisham: Just 'Friends with benefits'. We have never declared any relationship between us.

Aku: So.. Macamana dengan kita?

Hisham: Sham pun tak tahu. Tapi Sham memang suka dan sayang pada Ija.

Aku: Kalau begitu, kita teruskan dahulu seperti sekarang. Kalau ada jodoh, Ija terima sahaja. Lagipun, Sham hanya ada hubungan dengan Chloe sahaja kan? Tidak dengan orang lain.

Hisham: Ya. Itu pasti!

Aku: Kalau begitu, Ija tak perlu laa risau.

Kami teruskan dengan hidangan yang telah terhidang sehingga selesai. Pelbagai perkara lain kami bincangkan bersama termasuklah tentang pengajian kami yang masih lagi berbaki 3 tahun.

Setelah selesai 'dinner', Hisham membawa aku meronda dengan kereta di sekitar bandar.

Hisham: Ija, macamana dengan parti hujung minggu ini? Betul ka nak join?

KONGSI NIKMATWhere stories live. Discover now