Buat ribuan tahun, ada seekor naga telah melindungi dan menaungi sebuah kerajaan. Naga ini bersemayam di sebuah pergunungan yang dikelilingi oleh hutan belantara yang tebal. Untuk menghormati makhluk yang melindungi tanah air mereka dari ancaman bahaya, manusia di kerajaan itu menjadikan kawasan pergunungan itu kawasan larangan untuk diterokai.
Walau bagaimanapun, kewujudannya lama-kelamaan menjadi dongeng lalu jatuh menjadi mitos.
Mengabaikan pantang-larang yang telah diwariskan dari generasi ke generasi,
hutan larangan sedikit demi sedikit ditarah sehingga hampir ke kaki gunung bersemayamnya Sang Naga.Sehinggalah kebiadapan manusia sudah melampaui batas,
dan sudah masanya Sang Naga memberikan mereka peringatan.Sumber: r/WritingPrompt
YOU ARE READING
Inkfinity's Prompt Bank
RandomBuntu? Tak tahu nak tulis apa? Lawatlah Bank Prompt Inkfinity! Buku ini mengumpul prompt-prompt menarik daripada pelbagai sumber: internet, Pinterest, Tumblr bahkan datang daripada cetusan idea ahli-ahli Inkfinity! Satu prompt boleh menghasilkan...