Part 2

159 15 0
                                    

"Saya suka awak." Luahan seorang lelaki terhadap gadis yang diminatinya.

Gadis itu cuba untuk nampak tenang. Mahu saja dia berkata-kata, tapi rakan sebelahnya menyelit.

"Beraninya kau kata depan kita orang....." Sambil mengelakkan lelaki itu. "Sulli. Aku pergi masuk class dulu, ya...." Rakannya pergi meninggalkan Sulli dan lelaki itu.

Setelah kelibat rakannya itu hilang, Sulli kembali ke wajah lelaki itu dengan senyuman manisnya.

"Apa kata kita tak payah guna panggilan formal?" Cadangam Sulli. Sebab dia lebih selesa, lebih-lebih lagi dengan lelaki.

"Aku tak kenal kau sangat tapi kita boleh jadi kawan." Dan diakhir dengan senyuman.

Lelaki itu terpegun melihat senyumannya. Betul kata orang lain. Sulli ini seorang yang sangat peramah, baik, cantik, dan selesa ketika bersama dengan dia.

~~~~~~~~~

"Je In-ah... bangun. Bangun." Kejut rakannya.

Je In sedar dalam keadaan mamai. "Apa?" Matanya digosok agar lebih segar. Dia lihat sekeliling, "Mana Sulli?"

Rakannya tersenyum dengan lebar. "Masa aku dengan Sulli nak ke sini, ada lelaki dengan beraninya cakap 'Saya suka awak' dekat Sulli!..." Gelak kecilnya.

Je In terkejut "Again!?" Dengan segera dia bangun dari tempat duduknya.

Rakannya pandang saja dengan kelakuannya. Dah terbiasa. "Ada dekat hall!" Rakannya sengaja beritahu tempat keberadaan Sulli.

Sewaktu Je In mahu melangkah keluar dari kelas...

BBUKK!

Je In terjatuh atas badan seseorang. Matanya tertutup.

Apabila dia buka, dia berada diatas dada seorang lelaki.

"Yah! Sakitlah!" Rungut lelaki itu.

Rambut Je In menutup seluruh wajahnya. Ketika dia menyelak rambutnya kebelakang, Hanbin terkejut. "Je In?"

Je In kelihatan gelabah dan bersalah. "Sorry! Sorry! Mian." Dengan segera dia bangun dan berdiri.

Tanpa membuang masa, dia berlari kearah hall tinggalkan Hanbin terbaring di depan pintu masuk.

'Kenapa dengan perempuan ni?'

~~~~~~~~~

Je In sampai sambil mengambil udara yang banyak. Dadanya turun naik, turun naik. Anak matanya tercari-cari kelibat sepupunya itu.

Telinganya terdengar ketawa seorang gadis. Dengan pantas dia pergi ke arah suara tersebut.

Langkahnya semakin dekat, kehadiran Je In tidak dapat disedari oleh dua manusia tersebut. Suara Je In berdehem membuatkan mereka berhenti gelak.

"Je In-ah..." Panggil Sulli. "Yow...!" Sapa Je In pada lelaki itu.

"Kau.... Je In, kan?" Teka lelaki itu. Senyumannya membuatkan Je In ragu-ragu.

Je In tidak teragak-agak menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengannya. "Yes. Aku Je In. Dan kau?"

Lelaki itu sambut tangannya dengan perlahan. "Min Guk. Lee Min Guk, class 5-D." Perkenalan itu menjadi lama akibat Je In meneliti lelaki itu dengan lama. Dari atas, sampai bawah.

Kini, tiba masanya Je In memperkenalkan dirinya. "Aku Je In. 5-B. Sepupu Sulli." Renungannya membuatkan lelaki itu merasa tidak selesa.

"Kalau macam tu...." Min Guk pandang ke arah Je In, lalu ke arah Sulli pula. "Aku minta diri dulu lah. Sebab lepas ni ada class." Sebelum pergi, dia menundukkan kepalanya sedikit. Hormat.

Not BelieveWhere stories live. Discover now