Heeyoung duduk bersendirian sambil membaca buku. Tiada siapa menemaninya. Dari luaran dia nampak agak keseorangan. Tetapi dia lebih suka begitu. Sekurang-kurangnya dia dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dibacanya.
Dia memandang sekeliling. Matanya jatuh pada DO yang duduk tidak jauh bersama gengnya. Dia merenung DO tanpa berkedip. Hatinya sebal mengingatkan kembali kejadian dua hari lepas. Sungguh biadap baginya!
Apabila dia ingin mengalihkan pandangannya, tiba-tiba DO memandangnya. Dia terkejut. Cepat-cepat dia menunduk memandang bukunya. DO tersenyum nipis. Dia sedar Heeyoung dari tadi memandangnya. Dia cuba berlagak biasa.
Tetapi apabila dia perasan Heeyoung memandangnya dengan pandangan tidak puas hati, dia memusingkan kepalanya untuk melihat reaksi Heeyoung. Sesungguhnya, reaksi Heeyoung amat mencuit hatinya. Dia kembali meneruskan perbualannya dengan Baekhyun apabila dia melihat tiada tanda Heeyoung akan mengangkat mukanya.
'Dia perasan ke aku pandang dia? Aduh, nanti dia ingat aku nak mengurat dia pulak! Isy, kau ni Heeyoung! Takde kerja betul,' bebel Heeyoung sendiri. Dia mengangkat mukanya perlahan-lahan. DO sedang leka berbual dengan Baekhyun. Dia menarik nafas lega dan menyambung kembali pembacaannya.
"Eh, siapa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni. Pelajar baharu ke? Wah! Dia sangat bergaya la", bisik seorang pelajar perempuan kepada rakan-rakannya. "Nak kata handsome, muka dia comel sangat. Geram tengok muka dia," seorang pelajar perempuan dari kumpulan lain pula berbisik.
Heeyoung terhenti pembacaannya. Bunyi suara orang bercakap-cakap mengganggu konsentrasinya yang sedang sibuk membaca buku itu. Dia mencari punca bising itu. Dari jauh dia dapat melihat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang asyik memandang seseorang.
Dia mengalihkan pandangannya. Matanya jatuh pada satu susuk tubuh yang sedang sibuk bercakap di telefon. 'Pelajar baharu,' getus hatinya. Dia menyambung kembali pembacaannya.
Tetapi, bunyi bising yang berterusan dari sekumpulan pelajar perempuan itu terus mematikan moodnya yang ingin membaca. Dia bingkas bangun untuk kembali ke kelas. Langkahnya terhenti apabila pelajar baharu itu melintasi dirinya.
"Itu..." bicara Heeyoung dan berpusing ke belakang. Dia ingin mendapatkan kepastian. Matanya masih tertacap pada tubuh pelajar baharu itu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Buku yang dipegangnya jatuh ke lantai. Heeyoung menekup mulutnya.
Seseorang menunduk dan mengutip buku Heeyoung. Dia berdiri di sebelah Heeyoung yang agak terkejut itu. Dia memerhatikan arah yang dilihat oleh Heeyoung. "Nah, buku..." kata pelajar tersebut. Heeyoung tersedar. Dia agak terkejut ada juga orang yang hendak menegurnya.
"Gomawo," kata Heeyoung menundukkan sedikit kepalanya. Dia mengambil buku tersebut. Apabila dia memandang muka pelajar tersebut, dia agak terkejut hingga hampir sahaja terlepas buku yang berada di genggamannya.
"Awak..." kata Heeyoung sambil menunjukkan jarinya ke arah pelajar tersebut. Seperti biasa, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
YOU ARE READING
NEXT TARGET [C]
FanfictionDO ralit memerhatikan seseorang. Matanya yang sedia bulat itu tidak berkedip melihat pelajar tersebut. Hatinya bagai tertarik dengan pelajar itu. Perhatiannya terhadap pelajar itu menarik perhatian Jaehee yang perasan akan renungan DO terhadap pelaj...