Di hadapan bilik Haechan. Ya, di situ ada Taeyong sedang berdiri di hadapan bilik anak lelakinya. Tangan di bawa ke permukaan pintu dan di ketuk perlahan.
"Hyuck, buka pintu ni sayang. Kita bincang dulu" ujar Taeyong sambil mengetuk pintu itu.
"Hyuck, jangan lah macam ni. Appa tahu appa salah dan tak layak di maafkan. Sekurang-kurangnya, kita jumpa dulu. Nae? "
Senyap. Taeyong melepaskan keluhan berat. Dia tiada cara lain selain membuka sendiri pintu itu. Pintu di kuak perlahan dan melihat sekeliling bilik itu.
Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Haechan dan menuju ke arah katil bersaiz queen itu. Semasa menuju ke arah katil Haechan secara tak langsung dia terpandang ke arah tingkap yang sudah terbuka.
Terdapat selimut yang diikat di palang balkoni. Segera Taeyong berlari ke arah balkoni bilik itu. Dia menggagak Haechan telah lari rumah.
Taeyong meraup wajahnya. Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Haechan.
"Hmm"
"Haechan pergi mana"
"Untuk apa appa tahu? Kenapa? Tak sabar nak bunuh Haechan? "
Taeyong melepaskan keluhan berat.
"Tak, kenapa appa nak bunuh anak appa? Appa saya-"
"Sayang? Habistu eomma? Appa tak sayang? "
Taeyong terkelu mendengar ayat yang keluar dari mulut Haechan.
"Haechan, bagi appa explain dulu ya. Ada sebab kenapa appa buat macam ni. Balik ya"
"Geurae, sebelum tu kita pergi jalan-jalan nae? "
Taeyong menarik senyuman nipis.
"Nae, untuk anak appa. Appa akan turuti"
Panggilan di matikan dan Taeyong terus keluar dari bilik anaknya. Dia masuk ke dalam biliknya untuk mengambil kunci kereta lalu keluar dari rumah itu.
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"
Boss, dia baru saja keluar dari rumah" beritahu lelaki berpakaian t-shirt hitam serta seluar slack kepada seorang gadis yang sedang duduk menyandar di kerusi kulit. Gadis itu menganggukkan kepalanya.
"Keluar, kalau aku suruh buat kerja. Baru buat" arah gadis itu.
"Nae boss" lelaki itu melangkah keluar dari pejabat milik gadis itu.
Gadis itu mengangkat bingkai gambar yang berisi gambar Taeyong bersama dengan Haechan. Dia mengusap wajah Taeyong perlahan.
"Tak semudah itu kau bunuh aku, Lee Taeyong"
Mirae meletakkan bingkai gambar itu di atas meja kembali sebelum menyilang kaki. Dia ketawa sinis.
Terkejut kenapa Mirae masih hidup? Dia sempat di selamatkan oleh seseorang dan berita kematian itu hanyalah palsu semata-mata.
Dia membeli rangka orang di pasar gelap dan meletakkannya di gudang kerana dia tahu, budak-budak remaja selalu lepak di situ. Turut dia meletakkan helaian rambut di rangka itu untuk mengatakan rangka itu miliknya.
"Kini kematian kau pula yang ku tunggu"
Mirae mengambil telefonnya dan menelefon seseorang. Panggilannya di angkat.
"Lakukan tugas kau. Kalau boleh sampai dia mati, langgar dia lebih baik"
Mirae mematikan telefonnya dan melemparkannya di atas meja. Wajah sinis tadi bertukar menjadi wajah sayu.
"Maafkan saya Tae"
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Haechan nak pergi mana? " tanya Taeyong sambil memandang Haechan di sebelahnya. Haechan mengangkat bahunya ke atas tanda tidak tahu.
"Keliling Seoul je lah appa"
"Nae"
Taeyong terus melajukan kereta sedikit untuk membawa anaknya jalan-jalan. Haechan yang ralit memandang luar terpandang cermin sisi milik keretanya.
Dahinya berkerut apabila melihat ada sebuah kereta seolah-olah mengikuti kereta bapanya.
"Appa, kenapa kereta belakang ni macam ikut kita? " tanya Haechan. Taeyong memandang cermin sisi miliknya.
Benar apa yang di katakan oleh anaknya. Kereta di belakangnya mengikutinya.
"Kejap, appa cuba lajukan kereta"
Taeyong terus menekan pedal sehingga kereta itu memecut laju. Dia memandang ke arah cermin sisi.
"Appa, kenapa kita semakin laju dia pun laju." tanya Haechan takut. Dia mengenggam tali pinggangnya erat.
Tiba-tiba kereta di belakang menyondol kereta Taeyong. Taeyong tersentak begitu juga dengan Haechan. Taeyong cuba menstabilkan keretanya.
"Appa, Hyuck takut"
"Gwaechana, Hyuck doakan yang baik-baik"
BAM
Kereta itu terus menerus melanggar belakang kereta Taeyong. Haechan sudah menangis ketakutan. Taeyong memegang tangan anaknya dan mengusapnya perlahan untuk menenangkannya.
"APPA HATI-HATI!! " teriak Haechan apabila ada sebuah kereta dari simpang lain menuju ke arah kereta Taeyong dan melanggarnya kuat.
Dahi Taeyong terhantuk di stereng kereta. Taeyong meringis kesakitan dan cuba untuk memegang stereng kembali.
Tetapi tidak berjaya kerana keretanya di hentam kuat oleh kereta lain dan akhirnya keretanya hilang kawalan.
Taeyong melepaskan tali pinggangnya dan menarik Haechan lalu memeluknya. Dia redha jika nyawa dia hilang tetapi bukan Haechan.
"Maafkan appa ya sayang. Appa sayang Haechan sangat-sangat" ujar Taeyong lalu mengucup perlahan dahi Haechan.
Haechan sudah menangis teresak-esak apabila kereta yang dinaikinya telah menuju ke arah jurang gaung.
"A.. Appa..."
Taeyong tersenyum dan memeluk erat Haechan dan bersaksikan anak buah Mirae, kereta dinaiki oleh Taeyong dan Haechan akhirnya terjun ke arah gaung.
Anak buah Mirae menelefonnya boss mereka.
"Boss, suami puan telah selamat jatuh ke arah gaung"
"Bagus"
"Tapi boss... "
"Tapi apa? "
"Suami boss bukan keseorangan, ada orang lain di dalam kereta itu dan saya percaya itu anak boss dengan suami boss"
"Apa!? "
To be continue
Nampaknya macam panjang je cerita ni HSHSHS
YOU ARE READING
Love In Death ⚊ Lee Taeyong
Fanfiction[ short fanfiction ] Dendam yang mengorbankan cinta mereka