Apa Itu ikhtilat?
✎ Ikhtilat secara umumnya membawa maksud percampuran antara dua jantina di satu-satu tempat. Ia adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh berlaku di pasar, jalan raya, ketika solat berjemaaah di masjid, ketika tawaf di sekitar Ka’bah, ketika wukuf di Arafah, ketika melontar Jamrah dan sebagainya.
Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat yang dibenarkan dan khulwah yang diharamkan.
Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada perkara yang haram.
Khulwah
bermaksud: percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini) di sesuatu tempat tanpa ditemani oleh mahram perempuan tersebut. Hukum asal bagi khulwah ini adalah HARAM, kecuali pada perkara yang dharurat. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada berlakunya fitnah.
YOU ARE READING
Pesanan Hatiku
RandomKenapa saya publish ni?♡ ✎ Jawapan Saya memang tak memiliki banyak Ilmu, Ibadah saya pun, Masih sangat buruk. Tapi setidaknya, Saya terus belajar dan berusaha. Agar kelak saat saya mati.. Malaikat bersaksi, Bahawa saya pernah menyampaikan hal yang...