BAB 2 (Bahagian 2)

1K 95 1
                                    

"WEH, Zink!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"WEH, Zink!"

Entah dari mana Caan datang, tak ada salam tak ada apa, terus sergah orang.

Zink yang tadi baru nak membongkok untuk buka pili corong pemisahan terus jadi tegak semula badan dia. "Apa?"

"Kau buat part mana tu?" Caan dah berdiri dekat sebelah dia. Tangan kiri dia pegang spatula, sementara di tangan kanan ada satu bikar kecil. Mata pandang manual di atas meja.

"Nak discard yang layer bawah ni." Zink jawab sambil tunjuk radas yang berisi dengan beberapa lapisan bahan kimia berbeza warna di depannya.

"Berapa kali dah kau discard?"

"Baru sekali."

"Yang first discard solution tu mana?"

Zink muncungkan bibir dia pada bikar kecil yang dia dah asingkan di hujung meja. "Dalam beaker tu."

Caan tepuk tangan dia dengan riak kagum. Semua prosidur yang penting Zink dah siap buat. "Baguslah, Zink. Aku tinggal kejap je pergi timbang chemicals kau dah siap extract. Hebatlah!"

Zink rasa macam hidung dia dah kembang semacam, nasib baik separuh muka dia bertutup dengan pelitup muka. Kalau tidak mesti Caan nampak dia dah tersipu-sipu.

Aduhai, Caan ni memberikan puji-pujian pula…

"Biasa-biasa je." Zink lambaikan tangan dia depan Caan. Sebelah lagi tangannya dibawa pergi mencekak pinggang.

Caan duduk atas kerusi di tepi Zink. Tangannya dibawa menongkat dagu pandang corong pemisahan yang sedang menitiskan cecair berwarna keruh, tengok Zink buang larutan yang tidak diperlukan.

Mereka dah sampai ke prosidur terakhir. Habis sahaja Zink buat kerja dia, mereka dah boleh kemas dan basuh segala radas dan balik. Laju sungguh kumpulan mereka buat eksperimen. Semua sebab Zink.

"Kau memang minat kimia ke, Zink?" tanya Caan tiba-tiba. Ini pertama kali sebenarnya mereka bercakap. Sebelum ni jumpa setakat senyum-senyum sahaja di dalam kelas.

"Kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?"

"Taklah, kau nampak macam minat sungguh dengan kimia. Sebab tu aku tanya.”

Zink gelak dulu dengar Caan cakap macam tu. "Karutlah. Nak tahu tak, aku daripada sekolah bawa sampai matrik, subjek yang paling aku benci tu, kimialah."

Sebelah kening Caan terjongket tinggi. "Serius?"

"Ya."

"Tipulah."

"Tak tipu. Dulu memang aku benci dengan kimia.”

“Sekarang? Dah tak benci?”

“Pernah dengar tak orang kata, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat?”

Kimia (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now