1. Rahsia Si Pendiam

41.4K 99 2
                                    


Aku menarik nafas dalam. Aku mulakan langkah memasuki kawasan sekolah yang masih lengang itu. Aku terlalu awal. Mungkin kerana agak teruja dan gementar untuk hari pertamaku mengajar di sini, sejak secara rasmi bergelar guru. Atau di dalam kes ini, ustazah.

Bangunan sekolah yang agak lama itu kelihatan kemas, walaupun sesekali terlihat kotoran kulat kulat dan tapak kasut di sini sana. Dan kalau dilihat betul betul terdapat banyak "seni halus" yang ditinggal di sini sana oleh pelajar.

Aku mula mencari jalan ke kawan pejabat sekolah, dan aku bertemu dengan kerani di situ, Puan Normah. Kami bersembang sedikit dan saling kenal mengenal sambil Puan Normah menyediakan kopi untuk dirinya dan diriku. Oleh kerana masih awal, aku duduk sekali.

"Ustazah kena jaga jaga sikit dekat sini..." Kata Puan Normah. Menghulurkan aku secawan kopi yang berasap halus.

"Kenapa Puan...?"

"Sekolah ni terkenal dekat kawasan sekitar ni sebagai sekolah budak jahat... Jadi budak budak sini mungkin nakal nakal... Harapnya dorang tak ganggu ustazah la..." Kata Puan Normah. Aku mengangguk faham.

Memang biasa terdapat banyak sekolah yang dilabel 'sekolah jahat' hanya kerana seorang dua. Aku tidak mengatakannya namun aku rasa ianya cuma dibesar besarkan. Mungkin tidak semua begitu.

"Kalau ada apa apa... Ustazah bagitau je saya..." Katanya. Aku mengangguk. Dengan itu seorang wanita yang kelihatan berumur, bertudung labuh masuk ke dalam pejabat, punch kedatangan lalu menegur kami.

"Assalamuakaikum Puan Normah..." Tegur wanita tadi Puan Normah menjawab salam sebelum mengenalkan aku.

"Ohhh~ Jadi awaklah Ustazah Dayana... Akak Ustazah Hani... Ketua panitia... Lepas perhimpunan nanti, ikut akak ye? Akak akan brief kamu, dan akak akan bagi jadual dan kelas kamu nanti." Aku mengangguk faham. "Okey akak..."

Ustazah Hani mengangguk sebelum meninggalkan kami berdua. Dan kami menyambung bersembang, kali ini mengenai kuih raya yang akan dijualnya nanti.

***********

Aku menarik nafas sekali lagi. Tahu yang kelasku berada di tepi tangga di mana aku berdiri sekarang. Bunyi meriah bising dari dalam kelas dapat didengari. Terasa sedikit berdebar. Aku membaca ayat ayat yang diajar ayahku ketika gemuruh, sebelum aku memulakan langkah. Aku mengukir senyum sambil menapak ke dalam kelas.

Kelas yang tadinya riuh mula senyap, semua pelajar seperti tertanya tanya siapa yang masuk itu sebelum masing masing kembali ke tempat duduk masing masing, dan terdengar seretan kerusi di sini sana.

"Selamat pagi... Ustazah!" Seorang pelajar perempuan mengetuai ucapan selamat, diikuti seluruh kelas.

"Selamat pagi semua..." Aku senyum. Walaupun hatiku masih gementar, aku meneruskan kelas itu sebaik mungkin. Aku sebenarnya sangat risau kerana guru baru tidak sepatutnya mendapat Tingkatan 5 untuk kelas mereka. Tetapi oleh kerana guru Pendidikan Islam kurang, aku dipilih untuk menjaga Tingkatan 5, mujurlah kelas 5 Anugerah ini merupakan kelas yang paling depan.

Kelas hari itu berjalan dengan lancar, sesi perkenalan mengambil satu waktu daripada dua waktu kelas Pendidkan Islam hari itu. Semuanya kerana mereka kebanyakannya banyak celoteh, dan si lelaki pula kuat mengusik. Walaupun aku perasan ada seorang pelajar lelaki yang tidak banyak bercakap, tetapi aku perasan dia selalu melihatku.

Mungkin dia sekadar malu atau memang jenis yang senyap.

************

Beberapa minggu kemudian, aku dipanggil ke bilik Kaunseling. Cikgu Syawal, ketua kepada Biro Kaunseling itu mahu bertemuku. Aku yang boleh kata sudah biasa dengan persekitaran sekolah itu datang ke bilik Cikgu Syawal di dalam bilik Kaunseling itu. Biliknya amat kemas sekali, dan aku disambut bau lembut Lavender yang datangnya dari pewangi udara di tepi almari.

Ustazah DayanaWhere stories live. Discover now