" Papa dengan ibu dah cerai "
Zapp satu ayat . Satu ayat tanpa noktah . Satu ayat yang menghancurkan segalanya . Gambar keluarga yang tergantung indah di dinding ruang tamu ditenung lama ." Papa minta maaf Haifa , Hawa tapi papa dan ibu dah tak boleh bersama . " Encik Faizul menundukkan kepalanya . Rasa bersalah yang dia rasakan sekarang tidak boleh memutarkan waktu kembali . Dia pandang perempuan yang sedang tersenyum berada di dalam kereta miliknya , yang sedang mengusap perut yang membesar itu . Perlahan - lahan dia membalas senyuman itu . Ya , dia mahukan anak lelaki dan perempuan yang berada di dalam keretanya itu berjaya memberikan dia anak lelaki manakala isterinya yang pertama ini Puan Kasih tidak dapat memberikan anak lelaki setelah mereka dikurniakan kedua - duanya anak perempuan .
" Siapa perempuan tu papa " Jawapan yang dia sendiri tahu . Haifa cukup faham dan Haifa memahami situasi papa dan ibunya sekarang . Dia sudah 17 tahun dan dia tidak bodoh untuk memahami situasi sekarang .Gambar keluarga yang tergantung di ruang tamu itu ditenung . Kerana anak lelaki Papanya buang dia , adiknya dan ibunya .
" Itu isteri papa , mama Haifa dan Hawa " Dengan satu ayat , betapa hancurnya hati seorang anak perempuan , air mata yang bertahan mengalir perlahan - lahan di pipi .
" Noooooo " Jerit Haifa kuat , cukup menyentakkan semua yang berada di ruang tamu itu .
" Hanya Ibu sahaja yang menjadi ibu Haifa dan bukan dia " Kaki melangkah laju ke dalam biliknya , panggilan Encik Faizul langsung tidak dihiraukan . Apa dosa dia bila dilahirkan menjadi perempuan , apa bezanya anak lelaki dan perempuan .
Dan kenapa hari ini yang dia mendapat berita sebegini , pada hari lahirnya.
" Awak balik lah dulu , bagi masa untuk Haifa , Hawa dan saya terima keadaan nih dan satu saya minta awak jangan pandang kami dengan pandangan tu lagi Faizul , sebab kalau awak kasihan kan kami awak takkan buat saya dan anak - anak macam ini . " Selesai berkata begitu , Puan Kasih meninggalkan Encik Faizul dengan sendiri .
' maafkan papa , papa tamak '
Selama 17 tahun keluarganya hidup dengan bahagia , tiada satu pun masalah dan kerana ketamakannya dan kemahuannya semuanya berubah . Kalau dia tidak berjumpa dengan Nurul semula kalau dia tidak bangkitkan semula sifat tamak dalam dirinya , keluarganya tak akan hancur sebegini tetapi masa tidak boleh diundurkan semula , dia harus tetap hidup .
Perlahan - lahan dia berjalan ke arah keretanya, pintu kereta dibuka melihat seorang wanita dengan perutnya yang sedang membesar itu membuatkan dunianya hadir dengan pelangi .
" You baby lapar , jom kita makan lepas tu kita beli barang baby boy kita nih " Nurul yang mengusap perut buncit ya itu dipandang dengan penuh kasih sayang .
" You jangan sedih sayang , I dengan baby boy kita ini akan selalu ada dengan you " Nurul yang memberikan senyuman paling indah kepada Faizul , membuatkan Faizul melupakan seketika apa yang terjadi tadi .
" Jom sayang papa nih nak makan apa " dengan senyuman di bibir yang begitu indah , tangan yang mengusap perut yang membawa satu kepastian dalam hidupnya tetapi dia lupa dengan satu pandangan yang telah dia hancurkan .
Haifa yang mendengar segalanya dan yang melihat segalanya , hanya mampu menangis . Ya , cinta pertamanya telah hancurkannya . Betapa dia bergantung kepada Encik Faizul ayahnya tetapi ayahnya yang telah menghancurkannya . Lelaki pertama yang dia sayangi telah pergi .
🦋
10 tahun kemudian
Haifa seorang gadis yang tumbuh besar , menjadi seorang yang kuat, dan pada hari itu juga lah hari terakhir dia berjumpa dengan papanya . Hanya dari panggilan telefon saja dia berhubung dengan papanya dan itu pun kerana hal penting sahaja , dan rezekinya perniagaan online ya berkembang dengan jayanya .
" Hi guys you all buat apa harini " Haifa yang sedang membuat live di tiktok ya kelihatan sangat manis . Ramai yang menonton live tiktok ya setiap hari ,sambil dia packing kan parcel customernya sambil itulah dia membuat live untuk mempromosikan dan melayan customer ya disitu.
I tgh tgk bidadari nih 🤍
Kenapa u cantik sangat ini mkan apa nih 😭
Haifa bila product baru nak keluar 🙃🙃
Haifa i dah beli barang you cantik esk i nk beli lagi 👍Haifa tergelak membaca komen - komen yang ditinggalkan oleh peminat dan customer nya disitu.
Begitulah, kehidupannya selama dua tahun ini menguruskan bisnes ya sendiri dan dia berjaya.🦋
" Kau tengok live perempuan tu lagi ke mat ? " Haikal yang memegang kucing si Mat itu memandang kawannya . Pantang perempuan tu buat live tengok tak jemu ke ." Dia cute , dia comel , dia berjaya . Aku rasa aku nak try dia lah weh . Apa pendapat kau Kal ? " Haikal hanya mencebikkan bibir sahaja mendengar kata- kata Mat , bukan sehari dia kenal Mat nih . Daripada zaman sekolah lagi , sebelum bakal bini Mat nih tidur sebelah Mat dia dah tidur dah .
" Cantik " Satu ayat yang keluar daripada Haikal membuatkan Mat terdiam. Dia orang kenal daripada tadika lagi dan Haikal tak pernah puji perempuan cantik . Tapi nih tengok dalam skrin telefon je si Haikal sengal nihh cakap cantik . Haikal yang terdiam setelah memandang telefon Mat ditanganya.
Haikal menekup mulut , mata membulat luas sambil berpandangan dengan Mat . Apa yang dah keluar daripada mulut dia nih .
" Haikal aku tarik balik kata - kata aku nak try dia . Aku rasa dia jodoh kau . "
YOU ARE READING
Haifa Aisyah
Short StoryDia seorang perempuan . Dia seorang anak perempuan . Dan kerana dia seorang perempuan dan anak perempuan dia ditinggalkan oleh sang ayah kerana mahukan anak lelaki . Dan membuatkan dia dilukai oleh cinta pertamanya , iaitu ayahnya . - Haifa Aisyah...