Bab 1

720 47 2
                                    

Umino Iruka adalah seorang shinobi berpangkat chunin dan seorang guru akademi ninja. Hidupnya mudah dan ringkas, dia mengajar di akademi kemudian pada waktu petang dia akan mengambil tugas menguruskan meja misi dan kadangkala dia akan menerima beberapa misi ringkas untuk mengisi masa lapang dan pendapatan tambahan ketika akademi berehat.

Guru muda itu juga dikenali sebagai seorang yang lemah lembut, sopan santun serta penuh dengan kasih sayang. Seorang yang sentiasa memberi apa saja tanpa minta dibalas, akan tetapi ada ketikanya tahap kesabarannya diuji dengan tingkah laku nakal anak didiknya.

Kebanyakan shinobi yang pernah bekerjasama dengannya tidak pernah tahu mengapa seorang yang berhati lembut itu memilih untuk menjadi shinobi yang penuh dengan kekerasan. Malah guru itu diketahui kurang naluri untuk membunuh atau mencederakan pihak lawannya. Kerana itulah Sandaime bersetuju apabila pewaris terakhir Umino lebih memilih untuk mengajar daripada menjadi shinobi aktif di padang.

Hidupnya boleh dikatakan tenang dan agak berwarna dengan tingkah-laku anak muridnya terutama si perang tertentu dan cucu kepada Sandaime sendiri. Tetapi tiada siapa pun yang tahu bahawa kehidupan yang selama ini baik-baik saja, tiba-tiba dilanda badai dan mengubah hidupnya secara drastik apabila dia tanpa sengaja terjatuh cinta kepada seseorang yang tidak sepatutnya dia cintai.

Dalam diam, dia jatuh cinta kepada orang yang salah. Perbezaan kedudukan yang sangat jauh, dunia mereka yang berbeza dan pastinya dia tidak akan dipandang walau sebelah mata. Itu sangat melukakan hati kecilnya.

Ketika dia sedar perasaannya, dia tahu dia sudah terlambat kerana dia benar-benar telah tenggelam dengan perasaannya kepada Hatake Kakashi seorang shinobi elit Konoha. Yang juga satu ketika dulu pernah menjadi ketua unit ANBU yang terkenal dengan sikap dinginnya terhadap sesiapa sahaja.

Perasaan itu pada mula tumbuh saat Hatake muda itu secara kebetulan menasihatinya untuk berani berhadapan dengan pelajarnya, Naruto. Dia tidak membenci Naruto secara khususnya, dia hanya tidak dapat berhadapan dengan Kyuubi yang terkunci di dalam tubuh anak kecil itu.

Perasan itu semakin mekar apabila pemilik surai perak itu menyelamatkannya dan Naruto daripada kunoichi Takigakure tidak lama selepas itu. Kepercayaan Kakashi terhadapnya telah mengembangkan perasaan sepihaknya.

Iruka sangat tahu perasaan itu berat sebelah. Dia sangat yakin jounin itu tidak memiliki perasaan kepadanya memandangkan dia adalah seorang lelaki dan itu sangat mustahil. Kakashi seorang yang lurus itu membuktikan dengan novel jingga yang selalu dibawanya. Dan tiada siapa yang akan memandang seorang chunin lemah sepertinya.

Bertahun-tahun dia mengunci kuat perasaannya terhadap lelaki hebat itu, mengabaikan rasa sakit yang kian menyeksa dada hari demi hari, bulan demi bulan malah tahun demi tahun.

Pada hari ini mereka dikumpulkan buat pertama kalinya sejak Iruka berusaha sekuat mungkin untuk menghindari daripada bersemuka dengan jounin itu. Shinobi yang kebanyakan adalah jounin telah dikumpulkan untuk berbincang tentang peperiksaan chunin yang bakal berlangsung.

Iruka tidak menerima apabila ketiga guru jounin bekas pelajarnya telah mempromosikan pelajar mereka yang baru saja tamat pengajian di akademi tidak kurang daripada lima bulan dan dia sedar bukan hanya dia saja yang membantah tetapi malangnya hanya dia saja yang berani bersuara.

Untuk sekian kalinya, Iruka dengan sendirinya mencelah percakapan Sandaime. Dia tahu dia tidak sopan tetapi dia hanya mahu pelajarnya selamat. Peperiksaan chunin terlalu bahaya untuk pemula genin.

"Mereka bukan lagi pelajar awak!"

Iruka tersentak apabila Kakashi menengkingnya. Dadanya sesak dan semakin mencucuk, nafasnya turun naik. Batuk mula menyerang. Para shinobi di sekeliling mula menoleh risau dengan keadaan yang tiba-tiba.

"Iruka-sensei, awak okey tak?" Genma disisinya kelihatan cemas. Iruka hanya mengangguk memberitahu bahawa dia baik-baik sahaja hanya sedikit batuk yang mengganggu. Tapi sebagai shinobi, Genma tahu guru itu tidak sihat apabila dia mula melihat darah yang mengalir melalui tangan yang menutup mulut.

"Hatake-san, saya minta maaf, saya tak bermaksud untuk biadap. Lagi sekali Sandaime-sama, saya minta maaf" Iruka berkata sopan berselang batuk kasar. Suaranya berubah serak yang menyakitkan. Iruka hilang dalam sekelip mata tanpa mereka sedar satu kelopak bunga melayang jatuh di tempatnya berdiri.

Iruka kembali ke apartmennya, pakaian seragamnya kotor berlumuran darah yang berlumba-lumba meninggalkan paru-parunya. Dia sedar sejak dua tahun kebelakangan ini dia diserang penyakit itu, tapi dia tidak terfikir batuknya akan menjadi lebih parah dan berdarah sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Iruka jatuh meringkuk di atas lantai, batuknya belum reda dan air mata mengalir tanpa disuruh. Iruka menangis sakit, pada masa yang sama dia terluka dengan pandangan datar dan dingin yang Kakashi berikan kepadanya yang benar-benar menghiris hatinya.

Apabila dia melihat telapak tangan yang menekup mulutnya, Iruka terkejut melihat ada sesuatu tercampur bersama darah. "Bunga?" Bisik Iruka dengan serak. Kelopak bunga yang layu di tapak tangannya.

Nafas Iruka tersekat-sekat. Dia tak tahu dari mana datangnya bunga itu. Pada pagi itu dia telah mengambil teh bunga sebagai minuman penyegarnya dan dia belum gila untuk menelan kelopak bunga walaupun sebenarnya kelopak bunga itu boleh dimakan. Iruka melelapkan matanya. Dia sangat letih sekarang. Dia hanya mahu tidur.

Setengah jam kemudian dia dikejutkan dengan satu ketukan pintu. Iruka diam cuba untuk merendam bunyi batuk sebaik mungkin. Siapa pun di luar dia tak mahu mereka melihatnya dalam keadaan mengerikan seperti itu. Terutamanya remaja bersurai perang tertentu. Dia mendiamkan dirinya.

"Iruka! Buka pintu ini sekarang!" Itu suara Anko. Iruka mengetap bibir. Ketukan pintu semakin kuat.

"Ru! Kami tahu awak ada di dalam, tolong buka pintu Ru!" suara Izumo kedengaran resah dan risau.

"Apa yang berlaku dengan awak Ru? Saya bau darah!" Kotetsu pula mencelah.

Tuhan! dia membenci suara risau mereka. 'Tolong tinggalkan saya sendiri!' Iruka merayu dalam diam.

Perlahan-lahan dia merangkak ke pintu utama dan dia bersandar lemah pada pintu. "Tolong tinggalkan saya sendiri. Jangan risau, saya okey, cuma penat sikit" dengan susah payah Iruka cuba menyamankan suaranya.

"Ru, buka pintu! Batuk awak semakin teruk. Kami tahu, Ru! Jangan sembunyikan lagi!" Anko terdesak. Dia tahu Iruka mula mengalami batuk untuk beberapa bulan ini mungkin sudah makan tahun. Tetapi apabila wanita itu mahu bercakap tentang batuknya, Iruka selalu menukar topik perbualan mereka atau melarikan diri dengan alasan ada kerja perlu diselesaikan.

"Maaf, saya dihantar oleh Sandaime-sama untuk memeriksa keadaan Iruka-sensei" satu suara menegur. Pantas mereka menoleh. Ninja perubatan itu muncul bersama seorang pembantunya.

"Saya baik-baik saya. Tolong pergi!" Iruka terus memaksa diri untuk bersuara tenang. "Tolong, saya merayu, saya hanya mahu berehat dan tidur." Mereka yang di sebalik pintu tertutup itu hanya terdiam. Terfikir adakah perlu akur dengan permintaan guru itu atau merempuh masuk ke dalam apartmen seperti selalu.

Tidak lama kemudian mereka menyerah. Iruka dapat rasakan cakra mereka menjauh. Dengan menggunakan dinding, dia berpaut, Iruka berdiri rapuh. Dia pergi ke tandas untuk membersihkan diri dan perkara yang paling utama sekarang, dia hanya mahu tidur. Perutnya menjerit lapar tetapi dia hilang selera untuk menelan apa-apa makanan.

Iruka membersihkan darah yang mengotori lantai Setelah dia yakin darahnya sudah bersih. Dia minum sedikit air putih untuk melegakan sedikit tekaknya. Kemudian dia merangkak ke atas katil dan meringkuk di bawah selimut. Berharap agar dia bangun nanti dia akan kembali seperti biasa. Tidak ada lagi sakit yang menikam dadanya.

BERSAMBUNG...

HanahakiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang