Secebis Memori

105 2 0
                                    

Ini hasil karyaku sendiri ketika berada di Menengah 3. Terimalah.   Watak-watak di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

          Hari semakin mendung apabila ku sampai ke Blok 28. Langit berwarna kemerah-merahan dan senja hampir tiba. Aku mendongak ke langit meminta kekuatan dari Tuhan. Sampul biru digenggam kuat. Aku melangkah masuk ke dalam perut lif dan menekan butang. Bismillah…Ya Allah! Berilah ku ketenangan! Hatiku berdebar-debar. Peluh mula menitik di dahiku.

         “Third storey!” Pintu lif dibuka. Kakiku kaku. Ingin sahaja aku turun dan pulang. Akan tetapi, aku perlu berjumpa dengannya. Sedang aku membuat keputusan, pintu rumah di hadapan lif terbuka.

         “ Eh, Zanah! Masuklah!Kenapa masih dalam lif?” Suara manis sahabat akrabku Alisyah mengejutku dari lamunanku. “Oh! Maaf! Saya sedang fikirkan tentang perkara lain tadi! Tidak perasan pula sudah sampai…..” aku tersengih seperti kerang busuk.

           Alisyah tertawa riang. “Marilah , Zanah….”

Aku menggeleng. “Nah…ambil ni.” Sampul biru itu dihulurkan.

“Apa ini Zanah?”

“Ambil sahaja.”

“Masya Allah! Zanah! Biar betul??”

Aku menggangguk.

“Kenapa?”

“Untuk awak pergi umrah…bukankah itu keinginan Makcik Hanah?”

“Ummi tidak minta pun….Kenapa?”

“Alisyah! Lebih baik saya beri awak duit itu daripada saya belanjakan dengen sewenang-wenangnya, bukan? Lagi pun…..ibu awak sudah uzur! Keinginannya harus dicapai!”

            Alisyah mengeluh. “ Zanah…awak…betul ke?”

“Ya…Alisyah..pergilah umrah dengan Makcik Hanah dan abang awak….Rusyaidi.”

Sebaik sahaja namanya disebut, Rusyaidi keluar dari rumah itu. “Assalamualaikum,” sahutnya dengan suara yang rendah. “Erm….wa..waalai…kumus..salam..” aku membalas dengan terketar-ketar. Maklumlah, dihadapanku bukan manusia yang biasa sahaja, Dia seperti ulama’ yang selalu merendah diri dan rajin mengerjakan solat di masjid, walaupun dia terpaksa naik bas kerana masjid terdekat agak jauh dari rumahnya.

“Syah..abang nak pergi Masjid Sultan. Syah tolong jaga ummi, ya?” Jejaka itu menutur sopan. “Abang jaga diri baik-baik. Syah akan jaga ummi. Abang jangan risau.” Alisyah balas.

“Allah ada bersama kita Alisyah. Jangan takut. Abang pergi dahulu,” Rusyaidi menekan butang lif dan menunggu ketibaan lif itu. Dia menoleh seketika, “Firzanah…jemput masuk.”Pemuda itu tersenyum hingga ditelan pintu lif.

           Aku kaku. Senyuman lelaki itu memukau. Astaghfirullah….aku segera mengucap. Jangan sampai syaitan mencucuk serampang maksiat ke diriku. “Zanah, cepat masuk! Hampir senja! Tak baik diri di luar!” Alisyah menarikku masuk dalam rumahnya yang bau seperti ubat dan mee goreng. Sedapnya…..perutku meminta diisi.

“Zanah duduk dulu..nanti saya bawakkan mee untuk awak makan,” Alisyah pelawa sambil melangkah ke dalam bilik ibunya. Aku berasa serba salah kerana aku tahu Alisyah dan keluarganya tidak mampu.

        Ayah Alisyah, Allahyarhamu Anuar Bin Safuan, meninggal dua tahun yang lalu dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, ibu Alisyah, Puan Hanah, jatuh sakit kerana terlalu rindukan suaminya. Lagipun, MakcikHanah bukannya muda. Umurnya telah mencecah 45 tahun.

Secebis MemoriWhere stories live. Discover now