bab 26

2.4K 143 2
                                    

   Meja yang berselerakan itu hanya dipandang sepi sahaja. Telefonnya yang elok terletak di atas meja kerjanya itu dipandang beberapa kali. Tiada mesej mahupun panggilan daripada suaminya itu. Laila melepaskan keluhan beratnya buat kali yang keberapa pun dia tak ingat. Rindu? Perasaan tersebut seperti berada ditengah diantara marah ataupun rindu.

   Laila yang baru sahaja ingin menuju ke bilik air tiba-tiba terdengar bunyi nada dering mesej dari telefonnya. Lantas itu cepat-cepat dia menghampiri telefonnya. Skrin telefonnya memaparkan nama 'Unknown'. Seseorang yang tidak dikenalinya itu menghantar mesej padanya. Cari pasal ke... Orang tengah mabuk rindu ni!

Unknown: lama kita tak jumpa, apa kata kita jumpa
              Dekat kafe yang berdekatan rumah you?

    Selepas Laila membaca mesej yang dihantar tersebut. Dia terus mengangkat sebelah keningnya. Dia tiada idea siapa yang menghantar mesej tersebut padanya. Laila yang sedang termenung itu tidak mendengar telefonnya sedang berdering menandakan ada panggilan yang baru masuk. Bunyi nyaring dari telefonnya itu lantas mematikan lamunannya itu. Dia berura-ura ingin membiarkan panggilan tersebut. Tetapi selepas berulang kali pemanggil tersebut menelefonnya terus dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut. Nama yang terpapar pada skrin tika ini benar-benar memeranjatkan dirinya. Dadanya itu diurut beberapa kali. Alex yang berada di panggilan. Sudah lama dia tak dengar khabar suaminya itu. Soalan yang sentiasa berlegar-legar di mindanya sudah terjawab bahawa Alex masih hidup.

    Lambat-lambat Laila menjawab panggilan tersebut. Dengan lafaz bismillah dia pun menjawab panggilan tersebut. "Hello..." Jawab Laila dengan hati yang berdebar. Dia tak tahu apa yang berlaku pada dirinya itu. Selama ini, dia tidak begitu bila berada di samping Alex tetapi kenapa tiba-tiba sahaja hatinya berdebar.

    "Kenapa lambat sangat jawab call" kata Alex dengan nada yang mendatar.

    Jawapan dan juga nada yang dilontarkan oleh Alex itu benar-benar membuatkan hati Laila sakit. Kenapa dia jawab dengan nada macamtu? Dia dah tiada perasaan ke dengan Laila atau sebaliknya? Soalan tersebut hanya mampu bermain di minda Laila sahaja. Dia tak berani ingin bertanyakan soalan tersebut pada suaminya. Takut dicop sebagai beria.

   "Tadi saya buat kerja, tak perasan awak call saya, awak nak apa?" Tanya Laila dengan nada yang mendatar.

   "Kenapa kau kunci bilik kau.... Kita dah kahwin, kau lupa ke?" Kata Alex sambil mengetuk bilik kerja Laila.

   Telefon yang berada ditangan Laila terhempas dek terkejut. Selama ni, Alex berada di dalam bilik tidur cuma dia sahaja yang berkurung di dalam bilik kerjanya itu. Kepalanya itu diketuk.

   Ketukan bertalu-talu di pintu bilik kerjanya semakin kuat. Laila hanya menjeling sahaja pintu tersebut. Alex nak jumpa dia atau pun mamat tu nak cari gaduh? Lantas itu Laila terus menghampiri pintu biliknya itu. Tombol pintu biliknya itu dipulas dengan perlahan lalu pintu tersebut terbuka. Wajah Alex yang berada dihadapannya itu dipandang sekilas. Laila terus menundukkan wajahnya, malu. Itulah yang dirasainya tika ini.

   "What take you so long to open the door, princess?" Kata Alex dengan senyuman manis menghiasi wajahnya. Buat seketika Laila terpaku melihat wajah tampan suaminya itu. Selama ini, Alex tak pernah memaparkan senyuman manis sebegitu, dia hanyalah memaparkan senyuman sinis sahaja.

   "Done checking my face?" Kata Alex sambil memandang wajah isterinya. Wajah yang paling dirinduinya itu. Dia sengaja sahaja menjawab panggilan sebentar tadi dengan nada yang mendatar. Dia sengaja ingin menguji Laila tak sangka pula Laila telah jatuh cinta dengan dirinya itu!

   Laila yang perasan dengan tingkah lakunya itu terus kembali menundukkan pandangannya. Pipinya sudah merona merah. Tika ini dia memang berasa malu akan dirinya itu. Dia tak tahu mengapa dia boleh menilik wajah Alex. Ketawa yang kedengaran di telinganya itu lagi membuatkan dia rasa malu. Dia tahu, Alex pasti mentertawakan dirinya itu.

   Tiba-tiba Alex merapatkan dirinya dengan badannya sehingga dia dapat menghidu cologen yang dipakai oleh Alex itu. Kelakuan Alex itu membuatkan dadanya berdebar kencang seakan ingin tercabut jantungnya itu.

   "Kau boleh buat apa-apa pun yang kau nak, kau nak pandang aku ataupun sebaliknya pun boleh, kita dah kahwin so kita dah halal" kata Alex seraya melabuhkan ciuman di tengkuk Laila. Lantas itu Alex terus beredar menuju ke tandas. Laila hanya terpaku sahaja di tempatnya itu. Otaknya seperti tidak dapat memproses apa yang baru sahaja berlaku.

   Alex yang baru sahaja keluar dari tandas itu terkejut melihat Laila yang berada di pintu tandas. Kepalanya hanya menunduk sahaja memandang lantai. Alex terus memegang pipi Laila supaya memandangnya. Buat seketika Alex berasa lega. Nasib baik mata Laila bukannya warna merah kalau tak memang dia dah bertempiaran lari. Apa kau fikir mafia tak takut hantu.

  "Laila what are you doing here, you want to use the toilet?" Tanya Alex pada isterinya itu. Laila yang seperti tersedar itu terus menjarakkan dirinya dengan Alex. Matanya dikebil- kebil beberapa kali. Lantas itu dia terus menganggukkan kepalanya. Lantas itu dia terus masuk ke dalam tandas.

    Belum sempat dia menutup pintu, Alex tahan menggunakan tangannya. "Aku nak ajak kau pergi holiday, so siap cepat, baju kau, aku dah packing, kau cuma cari baju yang patut kau pakai untuk pergi je" kata Alex lantas itu dia melepaskan tangannya dari menghalang Laila menggunakan tandas. Dia ok je kalau Laila nak menggunakan tandas sambil pintu terbuka tapi Laila sahaja yang tak ok.

  

mafia psychoWhere stories live. Discover now