0.0 A Life for A life

202 7 0
                                    

Notes: Please listen to this song while you read this okay? Thankyouuuu.





Berputus asa adalah sesuatu perkara yang biasa dalam hidup. Rasanya seperti berada di atas atap bangunan tanpa penghadang, berdiri di hujung penjuru tanpa sedar diri memandang ke bawah. Well... jika kau sudah berada di atas. Untuk apa kau masih melihat ke bawah bukan?

Kau dikejar, ditekan, diasak dan ditolak hingga kau betul-betul berada di penghujung. Tanpa diberi sebarang pilihan sama ada kau mahu terus bergasak dengan kesesakan dan penderitaan di dunia atau kau sudahi semuanya sahaja tanpa banyak kata. Memilih untuk menamatkan semuanya penderitaan di atas muka bumi ini.

Chay memilih untuk tidak merasa sunyi lagi...

Chay memilih untuk bersama dengan abangnya...

Jadi selamat tinggal dunia?

"HEYYY!!!"

Chay membuka kelopak matanya... dan melihat ke bawah...atau lebih tepatnya kepada sang pemilik suara di belakangnya. "kau- nak terjun ke?"

Chay hanya mendiamkan diri sambil menggigit bibirnya. Kenapa... kenapa ada sahaja...

"Orang cakap, kalau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal dengan baik akan lukakan hati orang yang kita tinggalkan."

Siapa? Siapa lagi yang ditinggalkan? Yang ada malah Chay lah yang ditinggalkan dan berseorangan disini.

"saya... dah tiada sesiapa lagi untuk diucapkan selamat tinggal." Chay menghirup udara malam dengan perlahan. Matanya pedih dengan angin sejuk yang menghembus pada wajahnya.

"hurm... jadi... awak mahu pergi kepada siapa?"

Porsche... chay mahu berjumpa dengan Porsche. Semoga tuhan ampukan dosanya dengan mengambil nyawanya sendiri dan dipertemukan dengan abangnya yang tercinta.

Melihatkan dia tidak akan mendapatkan jawapan dari chay, pemuda it uterus meluru pada pembatas bangunan itu dan berdiri di sebelah chay.

Melihatkan aksi pemuda tadi yang hampir terjatuh dari pembatas itu, dengan panik Chay segera menarik pemuda tadi ke dalam pelukannya.

"WHAT THE HELL?!"

Pemuda itu sempat rasa terkejut kerana dia hampir sahaja tersalah langkah dan mungkin silap hari bulan dah arwah dah dia malam ni. Tapi secepat mungkin dia gantikan rasa terkejut dia tu dengan kekehan lucu dan sempat berseloroh.

"Wow, I never thought you got it in you to cursed me like that."

"what?"

"Porsché Pichara Kittisawat betul?"

Okay, macam mana budak ni boleh tahu nama dia? Patutkah kalau dia tolak je budak ni ke bawah sekarang? Porsche pernah cakap, nama kita ada satu kuasa which means, if anyone know our name they hold some kind of attachment, seolah-olah dengan nama mereka boleh memegang jiwa kita. Chay tak mahu itu. Chay dah cukup untuk rasa dikecewakan dan membina sesuatu perhubungan dengan orang lain dan ditinggalkan lagi saat dirinya sudah mula memegang sebuah harapan. Mungkin itulah yang selalu dimaksudkan oleh Porsche.

"Don't- Please don't kill me but hear what I am going to say first? Please?"

Chay terkedu. Budak ni seolah-olah dapat mengagak apa yang Chay bakal lakukan seterusnya.

"saya pergi ke sekolah sama dengan awak okay? Saya selalu Nampak awak dengan kawan awak yang Namanya Mine tu. Well... saya... saya tahu juga pasal abang awak tu. Dan awak dah 3 bulan lebih tak datang sekolah jadi saya..."

The Rise of PhoenixWhere stories live. Discover now