JUN 1995
AKU tersenyum puas, tanda kemenangan. Padan muka, siapa suruh kacau aku? Kan, dah dapat habuannya. Kawan tak kawan, ada aku kisah? Aku tengok lagi dia yang masih menangis. Aku mencebik. Itu pun nak menangis, sajalah tu nak suruh cikgu pujuk.
"Siapa usik awak ni? Bagitau cikgu, biar cikgu rotan dia," tanya Cikgu Najah kepada budak yang masih menangis itu.
Sekali lagi aku mencebik, ingat aku takut ke? "Delisha cikgu. Dia sengaja usik saya, cikgu," tutur kanak-kanak itu.
Eleh, cengengnya. Itulah, nak tunjuk hero sangat dengan aku. Kan, dah kena. Siapa suruh pancitkan tayar basikal aku semalam? Tak pasal-pasal aku kena sorong basikal dari taman permainan ke rumah. Ingat aku tak tahu ke tu kerja kau?
Bila cikgu tenung aku dengan muka macam nak telan orang, aku hanya tersengih. Buat muka paling comel. Siap buat 'peace' lagi. Cikgu Najah menggeleng, penatlah tu nak layan aku.
"Delisha, kenapa conteng baju Qaiser macam tu? Pakai marker pula tu. Kalau ibu dia marah macam mana? Cikgu juga kena marah nanti tau. Delisha... Delisha...." Keluh Cikgu Najah sambil terus memujuk Qaiser, si budak cengeng
"WHAT do you mean by, 'saya budak nakal' Delisha?" soal abah sambil menjegilkan mata ke arahku.
Aku yang takut mahu membalas renungan mata abah terus merenung wajah Danish berselang-seli dengan Damien minta pertolongan. Tetapi, malangnya mereka seperti sengaja buat tak faham akan maksud renungan aku itu. Di sekolah tadi bukan main berani lagi aku, tak rasa takut dan bersalah langsung. Tapi, bila cikgu mengadu pada abah masa abah datang jemput aku tadi, aku terus kecut perut. Takut nak tengok mata abah.
"Pandang muka abah. Abah cakap dengan kau, bukan dengan abang-abang kau. Jawab soalan abah ni. Kenapa Del tulis macam tu kat belakang baju sekolah Qai?" soal abah. Masih lagi dalam nada tegas.
Aku menggaru-garu lengan. Serba salah. Kalau aku jawab abah tak marah lagi ke?
"Qai yang mulakan dulu, abah. Dia pancitkan tayar basikal Del semalam," jawabku dengan berani sambil menentang anak mata abah.
Abah membesarkan matanya. Tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan.
"Takkan sampai conteng baju Qai?" soal abah
geram."Habis tu, nak conteng baju siapa?" soalku lurus. Serentak itu, kedua-dua abang aku ketawa. Aku tersengih, tapi tak larna bila terasa dahi aku kena ketuk. Adoi....
"Menjawab... menjawab," marah abah.
Tadi suruh aku jawab. Sekarang marah pula. Bisik
hati kecilku. Penyudahnya, aku hanya mendiamkan diri melihat abah dah tersandar di dinding sofa bersama keluhan. "Delisha... Delisha... apa nak jadi dengan kamu ni? Baru tujuh tahun, tapi perangai dah macam mafia. Macam manalah abah tak cepat dapat heart attack." Keluh abah.
Tahun 2000....
"WEH, kepala!"
Tak sempat aku nak mencerna informasi kat dalam otak, kepala aku dah bergegar kuat dihentam sebiji bola. Berpinar mata aku sekejap menahan rasa sakit di kepala.
"Itulah, jalan tak pandang kiri kanan. Kan, dah dapat," tutur budak lelaki yang lengkap berbaju sukan itu sambil bergelak sakan dengan rakan sepasukannya.
Aku mara sedikit, menghampiri Qaiser dengan muka garang. Habis rosak rambut aku.
"Kau ni kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh
"Eh, aku pula. Kan, aku dah jerit suruh kau elak tadi. Lagi satu, yang kau buat gaya macam tengah berjalan kat red carpet ni, apehal? Tak payahlah nak perasan 'hot' sangat."
YOU ARE READING
DIA PUNCHING BAGku
RandomSumpahan orang yang dah tiada. Wujud ke? Kalau tak wujud, kenapa hidup Delisha Armani tak pernah terisi sepenuhnya? Bahagia yang dirasa, kekosongan hatinya tetap ada. Kerana setia dan sayangnya dia pada teman-temannya, dia sanggup buat apa saja. Pad...