010

48 6 3
                                    

Yumi mengemas barang barangnya untuk dibawa. Dia tidak beritahu ke sesiapa tentang itu kecuali keluarganya.

°°°°°

"Yujun,nanti kalau ada orang yang bernama Beomgyu datang ke tak pun kalau Yujun jumpa dia,tolong bagi dia ni ya" Yumi memberi sampul yang berisi RM60 di dalamnya.

"Ouhh okay tapi ni apa"

"Tak payah tahu lah. Dah,akak pergi dulu" Yumi keluar dari bilik diikuti dengan Yujun.

"Eomma,Yumi pergi dulu"

"Iya lah,hati hati ya di sana"

"Baiklah"

°°°°°

Dari minggu lepas Beomgyu hendak jumpa Yumi dan beritahu bahawa dia sudah mula suka terhadap Yumi. Dia cuma ragu ragu. Tetapi hari ini dia akan beritahu,dia sudah minta alamat Yumi dari Jiho.

Dia ketuk pintu rumah Yumi. Yujun yang membuka pintu.

"Beomgyu sunbae!" Yujun menyapa Beomgyu.

"Hye"

"Cari girlfriend ya bang?"

Beomgyu menunduk,dia tahu Yujun menyindir dia.

"Yumi tak ada,dia dah pergi"

Beomgyu mendongak semula.

"Pergi? Dia pergi mana?"

"Dia pergi sambung belajar luar negara"

"O-ouh. Boleh beri nombor dia?" Beomgyu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Boleh" Yujun menyebut angka nombor telefon Yumi.

"Btw,ni Yumi bagi" Yujun memberi Beomgyu sampul seperti yang diarahkan oleh Yumi.

"Ni apa?" Beomgyu mengambil sampul itu. Yujun mengangkat kedua belah bahunya "Tak tahu"

"Ok lah kalau macam tu,saya pergi dulu" Beomgyu minta diri.

Semasa dia dalam perjalanan pulang,dia membuka sampul yang diberi Yujun tadi. Dia pelik mengapa Yumi memberinya duit?

Dia melihat isi di dalam sampul itu dengan teliti,dia mengira duit itu.

"RM 60 ni untuk apa?"

Dia melihat surat juga turut disertakan di dalam sampul itu. Perlahan lahan dia mengambil surat itu.

'Nah,RM 60 yang awak campak kat muka saya masa saya minta awak aiskrim tu. Saya tak guna untuk beli aiskrim pon duit ni,awak ambil lah semula lagipon jumlah duit ni besar'

"Haih,duit pon kena reject" dia masukkan balik surat itu dan kembali jalan pulang.

°°°°°

Sudah beberapa kali dia telefon Yumi,tidak berangkat. Last last nombor dia kena block.

°°°°°

Selepas beberapa jam perjalanan,Yumi akhirnya sampai ke destinasi.

Dia pun tidak tahu hendak kemana tetapi dia cuba mencari teksi dan beritahu alamat universiti nya.

"𝐁𝐨𝐲𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝" || ᴄ.ʙɢWhere stories live. Discover now