Aku seorang mahasiswa sebuah universiti di luar negara. Aku terpaksa tinggalkan isteriku kerana dia juga masih belajar di salah sebuah pusat pengajian tempatan. Isteriku adalah mahasiswi universiti xxxx.
Baru sahaja mendirikan rumah tangga lebih kurang dua bulan, kami terpaksa berpisah pula demi meneruskan pengajian. Itu syarat orang tua kami ketika kami beriya-iya ingin berkahwin pada usia muda.
Sepanjang kami berjauhan, kami sentiasa berhubung melalui aplikasi watssap. Setiap malam aku pasti akan menghubungi isteriku, Liana. Aku memanggil isteriku dengan singkatan manjanya, Lia.
Kini sudah hampir setengah tahun aku tidak menjamah tubuh isteriku. Tepatnya 5 bulan 3 minggu (ketika cerita ini ditulis). Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang tempoh itu.
Suatu hari seorang mahasiswa menghantar mesej kepada isteriku, ingin berkenalan. Isteriku membalas mesej itu memberitahu bahawa dirinya sudah berkahwin.
Tetapi budak lelaki itu tidak berputus asa. Mungkin tidak percaya. Jarang ada mahasiswa bernikah ketika masih dalam tempoh pengajian. Budak tu berusaha mencari alasan untuk berhubung dengan isteriku.
Akhirnya kerana rimas diganggu, Lia membalas juga mesejnya. Tetapi mesej pertama itulah yang membuat isteriku tersangkut. Di situlah mereka mula berkenalan.
Lama kelamaan mereka berdua menjadi semakin rapat. Hubungan bertambah erat dari hari ke hari. Budak lelaki itu bernama Nazri.
Isteriku masih lagi menghubungiku, tetapi semakin jarang. Aku yang lebih kerap menghubunginya.
Suatu malam (waktu tempatan), isteriku menghubungiku. Kami bersembang selama dua jam lebih untuk melepaskan rindu. Sebelum menamatkan perbualan, isteriku meminta sesuatu:
"Bang, ada pelajar lelaki hantar mesej nak berkenalan dengan Lia, boleh ke?" Tanya isteriku. Aku berfikir sejenak.
"Kalau tak boleh takpe la, saje tanya. Lia block sajalah dia nanti." Isteriku faham.
"Hmm..abang tak kata pun tak boleh. Lia ingat abang cemburu ke? Kawan je la, abang takkan berfikir bukan-bukan." Aku beri keizinan. Aku tak nak terlalu mengongkong isteriku. Kesian dia kesunyian.
Sebenarnya aku cuma nak sembunyikan perasaan cemburuku. Aku seorang yang agak ego. Tidak suka dipandang sebagai seorang lelaki yang kuat cemburu.
"Thanks abang.. Sayang abang," balas isteriku.
Sebelum itu, aku pernah memperkenalkan isteriku kepada kawan-kawan rapat aku yang belajar di universiti yang sama dengan isteriku. Mereka seramai lima orang.
Mereka adalah senior tahun akhir pengajian, manakala isteriku pula adalah junior tahun pertama di universiti itu. Aku minta tolong dari mereka agar tengok-tengokkan isteriku kalau isteriku memerlukan apa-apa bantuan.
Isteriku pun jadi tak segan silu dengan mereka berlima. Terutamanya Mus. Mus ni boleh dikatakan best friend aku. Bini aku selalu minta tolong dengan dia je. Yang lain-lain tu dia tak berapa kerap berhubung.
Tapi oleh kerana terlalu kerap meminta bantuan dari Mus, lama kelamaan hubungan mereka jadi rapat pula. Bermula dengan sekadar minta tolong belikan barang ketika outing, kemudian tolong angkat barang pulang ke kampus, lama-lama makin kerap dan macam-macam pula Lia minta tolong dari Mus.
Kalau dulu Lia cuma hantar mesej-mesej penting untuk minta tolong, tapi makin lama mereka berdua mula bermesej-mesej bersembang kosong dan bervideo call.
Kadang-kadang aku call Lia tapi tak dapat. Line buzy. Bila aku bertanyakan hal ini, katanya ada kuliah. Isteriku mula pandai berbohong.
Hubungan mereka semakin rapat. Mus berani mengajak bini aku keluar outing bersama pada hujung minggu. Bini aku pulak ikut sahaja. Kononnya aku mesti tak kisah kerana percayakan Mus.