fantasi 3 awang lebih

1.6K 28 4
                                    

Suatu hari, Awang telah memberanikan diri untuk berjumpa dengan tok Gagap.
" Cucu Awang ni merupakan orang kedua yang menemui tok, bertanyakan tentang perkara ini."
Bicara tok Gagap ketika itu, sambil menggulung gulung rokok di bibirnya.
" Elok lah tu, muda muda dah bersiap sedia, kata orang sediakan payung sebelum hujan, jangan jadi sudah terhantuk baru tengadah."
Sambung bicara tok Gagap. Awang hanya mendengar sahaja segala apa yang orang tua itu celoteh kan.

" Berapa usia cucu?"
Tanya tok Gagap.
" Tujuh belas musim tok."
Jawab Awang.
" Muda amat."
Bicara tok Gagap, sambil tersenyum. Lalu memandang nek Kinang, isterinya. Nek Kinang juga turut tersenyum.
" Seperti yang tok nya bicarakan lah, sedia kan payung sebelum hujan."
Balas nek Kinang. Kemudian suasana menjadi senyap seketika. Tok Gagap terus melayan dan menikmati asap rokok nya. Manakala Nek Kinang pula seperti sedang berkhayal, memandang ke luar, memerhati pohon pohon yang bergoyang di tiup angin.

" Tok tak kesah cu, kalau cucu boleh sediakan semua syaratnya, nanti tok buatkan."
Bicara tok Gagap, setelah lama dia mendiamkan diri. Selepas tok Gagap memberikan apa syarat syarat yang perlu Awang penuhi, barulah Awang pun meninggalkan pondok tok Gagap. Ketika dalam perjalanan balik ke desanya, di pertengahan jalan Awang telah berselisih dengan Bentayan, yang mungkin hendak ke pondok tok Gagap juga. Mujurlah dia tidak mengenali Awang.

Dalam Awang sedang berusaha untuk mendapatkan segala persyaratan yang tok Gagap berikan, dia juga telah menemui tok aki Mohok. Walaupun pada mulanya, tok aki Mohok telah mentertawakan Awang, tetapi kemudian dia telah melayaninya juga. Dengan tok aki Mohok ini, dia lebih banyak mengamalkan petua dan ramuan dari tumbuh tumbuhan. Tetapi walaupun nampak seperti mudah, bermusim juga Awang telah berulang ke rumahnya.

Manakala dengan tok Gagap pula, hampir dua purnama Awang baru dapat mencukupkan keperluan, seperti mana yang telah di syarat kan. Selepas itu, dia perlu pula menjalani amalan, mengikut sebagaimana apa yang telah di syaratkan, sehingga empat puluh satu hari lamanya. Mungkin kerana Awang masih bersih dan lurus orangnya ketika itu, dia telah dapat menjalani serta berjaya memperoleh apa yang telah dia hajatkan. Mana kala Bentayan pula telah gagal, dan dia perlu mengulangi semula dari awal jika masih berhajat.

Begitulah mengikut cerita seperti mana yang telah di sampaikan oleh tok Gagap. Apa yang Awang dapat dari amalan tok Gagap ialah, kemaluannya akan menjadi besar, panjang, keras dan tahan lama. Apabila menteranya di bacakan. Manakala apa yang dia belajar dari tok aki Mohok, adalah merupakan petua petua, pantang larang dan rahsia tumbuh tumbuhan alami yang untuk keperluan dan kegunaan lelaki juga. Tanpa perlu pula sebarang jampi serapah dan mentera.

Pada satu hari, ketika dalam perjalanan pulang dari pondok tok Gagap, Awang telah bertembung dengan Bentayan di persimpangan jalan antara tiga desa. Bersamanya ada seorang perempuan yang Awang tidak kenali. Awang pun memperlahankan langkahnya, supaya dapat untuk ianya menjarakkan kedudukan. Bertujuan untuk mengekori Bentayan dari jarak jauh. Namun tanpa sedar dia telah kehilangan jejak Bentayan. Bila dalam satu jarak, tiba tiba Bentayan telah tidak kelihatan dari pandangannya.

Setelah Bentayan dan perempuan tadi menyelinap di celah celah antara pepohonan rimbun di tepi laluan. Selepas puas mencari tidak di temui, Awang pun bertekad untuk terus ke jeram batu. tempat di mana dia sering menemui Bentayan di sana. Ketika Awang sampai, memang agak terlambat, kerana mereka telah pun bermula. Dan menjadi masalah pula untuk Awang datang mendekat, kerana kedudukannya sekarang bertentangan dengan tempat di mana yang selalu dia gunakan.

Awang hanya dapat melihat dari jauh sahaja, sehinggalah mereka selesai. Setelah mereka pergi, barulah Awang pun terus menuju ke tempat mereka beraksi itu tadi, saja hanya untuk meninjau ninjau. Memandangkan sudah alang alang sampai ke tempat itu, Awang pun menyusur melalui tepi sungai untuk terus menuju ke hulu. Sambil berjalan itu dapat juga dia melihat lihat hutan di kawasan sekitarnya. Hingga sampailah Awang ke jeram anak bukit, tempat yang memang hendak di tuju.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

fantasi  3   awang lebihWhere stories live. Discover now