drunk.

20 5 0
                                    

:ೃ chapter 2

Ayen Yang mengunyah kek beras pedas dengan matanya mengecil seakan musang perhati rakannya menelan bercawan-cawan soju. Dia faham Skylar sedang menghadapi fasa putus cinta tapi ni dah masuk 3 bulan, begitu juga. Setiap hujung minggu, Ayen dengan redha layan hati duka lara rakannya. Dia bersusah payah heret lelaki mabuk balik rumah tiada siapa kesiankan.

"Aigoo hyungnim..kau tak terfikir ke? Sikit lagi ni, kau boleh jadi orang gila au?"

Ayen cuba melawak, malangnya dibalas tenungan tajam. Ayen terus menganga besar menyumbat peha ayam ke dalam mulut tanda bersalah.

"Kalau aku gila pun.. campak jelah kat hospital sakit jiwa tu.. takde kau susah susah dah nak teman aku.." jawab Skylar sambil menuang soju ke cawan.

"Ish kau ni.. aku melawak jelah. Aku bukan apa.. sampai bila kau nak macam ni? Diane tak balik kat kau pun, dia melancong luar negara adalah. Kau rasa adil ke kau meratap gini, dia senang-senang je.." Ayen cuba beri pendapat seiring memujuk.

"Kau tak penah putus cinta, kau mana faham,Ayen.." Skylar berdalih tak mahu mengalah.

Ayen mengeluh panjang. Dia menongkat dagu sambung mengunyah. Cakap bebanyak dengan Skylar memang bazir air liur. Degil nak mampus. Kalau dia kata A, A lah jawabnya.

Deringan telefon menyedarkan Ayen dari melengung,sempat bebola cheese disumbat ke dalam mulut. Nama kontak yang tertera diskrin buat wajah Ayen berubah ceria. Cepat-cepat dia menghabiskan makanan dalam mulut.

Oh! Felix Hyung~

...

aa~ jinjja? Tak sabarnyaa! Dah lama tak jumpa.. huhu

...

Siapa cakap rindu.. ee perasan!

...

Skylar turut mendengar perbualan Ayen dengan Felix. Sudah lama dia tak dengar khabar, sejak 2 tahun lepas dia berangkat pulang tempat lahirnya, Australia.

"felix ke tu? Ada apa dia call?" laju Skylar soal walaupun separuh mabuk.

"haah, esok dia balik sini! Nak jemput dia kat airport esok! kau drive amacam?" ajak Ayen.

Skylar mengganguk laju.

"dah jom balik balik!"

Ayen merangkul lengan Skylar heret pulang ke rumah.Walaupun Skyler merengek tak mahu pulang,Ayen buat bodoh sahaja. Dah 21 tahun pun macam budak-budak. Matang lagi dia, habis sekolah pun belum.

+

Matahari mencanak di atas kepala menyinari bandar padat Seoul. Tiga ketul teruna sama kacak sama tinggi menikmati ramen jenama kegemaran masing-masing di CU Mart. Mereka melahap macam makan steak Goldon Ramsay.

"wah.. gila-gila ni. Lama aku tak makan ramen.. rindunya..yuyuu" adu Felix sambil berpura-pura nangis.

"dekat australia takkan takde ramen.. menipu je.." protes Skylar, ada sahaja tak kena.

Ayen berdesis dengan tangan olok-olok mahu menampar leher Skylar. Felix yang dah terbiasa, hanya tergelak mengusap belakang Ayen.

"gwenchana, hyung amek je mana mana makanan dalam ni. Skylar belanja harinih!" Ayen bersorak dengan tangan digoncang ke langit.

"yah! Kau nak kena belasah dengan aku?" Skylar mengancam rakannya.

Ayen dengan berani menjelir lidah.

"dah dah tu, korang ni gaduh pasal aku pulak.." ujar Felix lalu tersengih macam kerang busuk.

"ni malam ni kita pegi pub, aku lanje.. Day 6 buat mini showcase kat situ." tambah Felix mengajukan idea.

"cun! Aku ingat lagi masa zaman kita satu sekolah.. punyalah femes day6 tuh, skylar jadi music band pun sebab day6 kan kan?" Ayen mencuitl bahu Skylar.

"dululah, sekarang dah kurang.." jawab Skylar senada.

"heh, memey ah.. asyik game, Diane, game, Diane 24 jam mana tak kurangnya.." sedas Ayen menjawab, nampaknya dia juga tak puas hati.

Felix menepuk dahi yang duduk ditengah-tengah antara mereka. Nasib terpisah kalau sebelah-sebelah bercengkam agaknya.

"eh, kau dendam dengan aku ke?!" Skylar meninggi suara.

Ayen membalas dengan mimik wajah meniru cakap Skylar.

"sudahlah, kenapa marah-marah ni.. Sky, kau dari airport semacam je aura kau.. kau ade masalah ke?" soal Felix berkerut.

Skylar ambil masa untuk menjawab. Ayen memutarkan bebola mata tanda malas nak ambil tahu. Sup ramen dihirup laju biar reda api di hatinya.

"aku putus dengan Diane." akhirnya Skylar menjawab.

"ahh, patutlah.." jawab Felix seperti dapat menangkap situasi keadaan.

Skylar dan Ayen memandang Felix dengan riak tertanya-tanya. Felix tersenyum sungging melihat mereka ingin tahu.

"aku nampak Diane dekat Australia. I think she shooting something? I don't know as model or what also.. I saw her with another man, now I understand why..?" ujar Felix dengan dialek aussienya.

"ha? Can you speak korean?" celah Ayen.

"Pabo." Skylar tolong jawab.

Tin kosong diremuk dengan tangannya. Lidahnya menolak-nolak dinding pipi, hatinya sebal mendengar kebahagiaan Diane Lee tanpanya.

:ೃ to be continue

omo saya berdebar , anda oke ke ? 😔

Areum.Where stories live. Discover now