prolog

49 3 3
                                    

"Aisyah dah banyak kali 'teacher' ajar itu pun kamu masih tak tau ke ? benda senang macam tu pun kamu tak boleh buat  ke hah !" Kuat jerkahan seorang guru kepada Aisyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aisyah dah banyak kali 'teacher' ajar itu pun kamu masih tak tau ke ? benda senang macam tu pun kamu tak boleh buat  ke hah !" Kuat jerkahan seorang guru kepada Aisyah.

Aisyah hanya menunduk, dia sudah lali dengan semua ini dia sedar dia tidaklah sepandai kawan kawannya yang lain.

"So-sorry teacher" tergagap dia mengucapkan kalimat tersebut.

"'Sorry?' besar nanti kamu nak jadi apa ? Tak kan kamu nak harapkan duit mak bapak sahaja, diorang tu tak hidup selamanya tau, kawan kawan yang lain jangan ikut contoh Aisyah ya."

Tiba tiba suasana kelas mula riuh kedengaran orang berbisik-bisik buruk tentang aisyah.

Aisyah hanya menunduk dan menahan sabar.

Kring.... Kring...

Loceng rehat sudah berbunyi petanda waktu rehat tiba.

Aisyah menghampiri dua sahabatnya yang sedang asik berborak.

"Korang tunggu lah aku" aisyah berlari kecil menghampiri kedua sahabatnya.

"Aisyah sorry, harini kitaorang tak boleh rehat dengan kau kitaorang ada hal.Cikgu panggil tadi." Ucap salah seorang daripada mereka berdua.

Aisyah hanya tersenyum dan mengangguk, agak terkilan juga dengan sikap mereka berdua.

Tidak tahulah adakah mereka ikhlas untuk berkawan dengannya atau sebaliknya.

Aisyah tetap berfikiran positif walaupun kadang kala hatinya sakit dengan overthingking.

Memang selalunya dia keseorangan ketika waktu rehat. Jujur ada juga rasa takut dan social anxiety ketika dikelilingi ramai orang.

Setelah selesai membeli makanan di koperasi sekolah dia keluar dan mencari tempat untuk menjamah makanan, jarang dia hendak ke kantin selalunya dia akan makan roti dan air yang dibeli di koperasi.

Setelah mendapat tempat yang sesuai untuk dia menjamah makanan dia duduk dan membaca doa sebelum memasukkan roti kedalam mulutnya.

Pap !

Belum sempat roti tersebut masuk ke dalam mulutnya seseorang melanggarnya sehingga roti tadi terpelanting.

"'So-sorry' kak saya nak cepat" kata orang yang telah melanggar rotinya tadi sehingga terpelanting jauh.

Dia hanya tersenyum kepada orang tadi.

"Tak apalah tak ada rezeki, nak pergi koperasi balik dah malas aku minum air je la." Ujar hati Aisyah.

Orang tadi sudah lama berlalu pergi, setelah selesai rehat aisyah kembali ke dalam kelas.

Tiba tiba aisyah perasan yang ada satu kertas dan roti di atas mejanya.

-------------------------------------------------
Kepada aisyah

Assalamualaikum, aku tau kau tak makan tadi makanlah roti yang aku bagi tu isi perut kau.... bagi senang nak belajar jangan sedih sedih...

Aku tau kau mesti pelik siapa yang bagi surat dengan roti ni, aku tak nak dedahkan identiti aku dulu,kalau ada jodoh kau akan tau siapa aku.

Aku tak reti nak bercakap dengan perempuan macam ni tapi... Aku nak kau tau aku suka dekat kau, aku tak tau kenapa tapi aku pernah mimpi aku jumpa perempuan cantik sangat,sebijik macam kau setiap hari, setiap malam, setiap waktu aku selalu fikir siapa perempuan tu, dan aku jadi tertanya tanya siapa perempuan tu ? dan ya dia adalah kau....

Lepas jumpa kau jantung aku terus berdegup dengan kencang seakan memberi isyarat itu ada perempuan yang aku cari selama ni...Tujuan aku meluahkan perasaan aku adalah aku tidak mahu terjerat dengan zina mata dan zina hati tunggu aku ya? Aku akan jaga kau dari jarak jauh suatu hari nanti kalau ada jodoh kau akan tahu siapa aku... Buat masa sekarang biarlah hanya Allah yang mengetahuinya..

Aku tau kau ada trauma...but it's okey... Insyaallah suatu hari nanti kita akan bertemu dan aku akan jaga kau.

Tunggu aku bersedia nak halalkan kau jangan cari lelaki lain sebab itu akan menyakiti hati aku.

Satu lagi 'no more insecure'okey kau cantik, kau pandai tapi kau kena usaha lagi jangan sedih lagi hati aku sakit bila tengok kau sedih.

Okeylah dah bye assalamualaikum 'my future wife' insyaallah.

Daripada seseorang
-------------------------------------------------
Aisyah tersenyum membaca surat tersebut walaupun dia agak terkejut.

Siapa agaknya yang memberi surat tersebut. Ujar hati Aisyah tertanya tanya.

Dia duduk dan mengambil sebuah novel yang ia bawa untuk membaca ketika waktu renggang.

Dia melipat kecil surat tersebut dan menyelitkan nya ke dalam novel tersebut.

Jujur aisyah sangat menyukai novel, tetapi kelemahan aisyah adalah susah untuk memahami pelajaran walaupun sudah berulang kali di ajar dia tetap susah untuk menangkap pelajaran tersebut.

Selang beberapa minit guru sudah pun tiba di kelas untuk memulakan pelajaran.

Kring.

Loceng sekolah sudah berbunyi petanda untuk semua murid pulang ke rumah masing masing.

Aisyah berjalan keseorangan dia menuju kearah bengkel kimia yang menjual aiskrim Malaysia.

"Assalamualaikum kak, saya nak aiskrim sumi satu."

Sedang Aisyah menunggu pembantu makmal mengambil aiskrimnya datang satu sosok lelaki duduk menunggu pembantu makmal tadi kembali untuk mengorder.

Aisyah menjauhkan sedikit dirinya walaupun kedudukan dirinya dan lelaki tersebut sudah terlalu jauh tetapi dia tidak selesa.

"Nah dik." Pembantu makmal menghulurkan aiskrim kepada aisyah.

"Terima kasih kak."ucap aisyah

Setelah itu aisyah langsung mengambil aiskrim tersebut dan membayarnya.

Aisyah terus menuju pulang keasrama.

Aisyah bersekolah di sekolah menengah kebangsaan harian yang mempunyai asrama.

Walaupun rumahnya dekat dia tetap ingin duduk di asrama, mencari pengalaman katanya.

Hampir empat tahun dia duduk diasrama tersebut. Pelbagai cabaran yang dia sudah hadapi.

Setelah beberapa minit berjalan akhirnya Aisyah tiba di aspuri 'asrama perempuan' dia naik ke dormnya dan mempersiapkan diri untuk solat.

Setelah selesai solat Aisyah bersiap siap menuju prep petang.

-------

Korang rasa nak sambung ke unpub cerita ni ?

Secret Letter (SU)Where stories live. Discover now