Mawar Putih. Negara yang terkenal disebabkan rakyatnya yang sangat mesra dan negara itu menjadi pusat untuk orang dari negara lain membeli rempah ratus. Bukan itu sahaja, raja di negara itu bersifat rendah diri dan prihatin terhadap rakyatnya.
Tapi disebabkan perbuatan khianat Mawar Putih yang dulunya aman damai kini huru hara. Raja yang bersifat prihatin dan rendah diri itu dikhabarkan telah mangkat atas sebab bunuh diri. Yakin sebab bunuh diri ? Bukan sebab lain?
Raja yang bernama Tengku Muhammad Baariq dan suri hatinya permaisuri Puspita Jelita perkahwinan mereka ditentang hebat oleh penasihat dan menteri diraja. Hanya kerana Jelita adalah seorang hamba manakala Baariq adalah seorang raja. Tetapi Baariq tidak peduli akan itu. Dia tetap dengan pendirian dia.
Hari yang ditunggu tunggu oleh Baariq dan Jelita Akhirnya tiba mereka di kurniakan cahaya mata. kandungan itu baru berusia 4 minggu
Hari berganti hari ada saja langau yang mengganggu hubungan mereka
Baariq yang sedang berehat di singgahsana nya terganggu apabila pengawal merempuh pintu
"Ampun beribu ribu ampun tuanku maaf kan patik kerana patik tergesa gesa"kata Zakuan sambil tersenyum
Baariq Tergelak kecil "Tidak mengapa Zakuan ada apa yang kamu ingin sampaikan? "
Zakuan meletakkan kertas yang saiznya tidak terlalu besar jugak tidak terlalu kecil "Sewaktu patik sedang berjalan untuk pergi ke kandang kuda patik terjumpa surat ini di depan pagar istana tuanku"
Senyuman Baariq pudar apabila dia membaca isi surat tersebut "Mengapa Tuanku?" Zakuan bertanya
"Kamuu bacalah sendiri"Baariq menghulurkan surat itu kepada Zakuan
'Violet unggu'
Assalamualaikum Tengku Baariq yang sedang mentadbir Mawar putih. Sahaja ingin bertanya khabar adakah orang disana sihat
Patik disini baik baik sahaja, patik menulis surat ini buka saja saja patik ingin bercadang untuk menggabungkan mawar putih dan violet unggu
Jikalau Tengku tidak mahu Mawar putih huru hara lebih baik Tengku terima sahaja candangan patik ini-Tengku Bazil
Berkerut seribu dahi Zakuan membaca surat itu mengapa isi nya seperti seolah olah mengugut ?"Maafkan patik tuanku patik rasa surat ini tidak lengkap dan mengapa pula hal penting seperti ini ditulis di surat?" Mana tak aneh surat itu dicampak depan pagar bagaimana kalau dia tak nampak surat itu tadi mesti sudah dibawa angin tak pun basah kerana hujan
"Sebenarnya sudah banyak kali Wakil Tengku Bazil itu datang ke sini untuk memberi cadangan itu tapi beta tolak. kali ni dia menghantar surat pula"Baariq mengeluh perlahan
"Beta tolak kerana beta yakin raja violet unggu itu pasti ada muslihat tersendiri"
Violet unggu itu ada saja helahnya ingin menjatuh kan Mawar putih
"Zakuan beta mahu kamu lebih kan waktu latihan pengawal beta bimbang violet unggu akan melakukan perkara yang keterlaluan"
"Baik tuanku"
let's start the story !