CHAPTER 1 - THE ORIGIN STORY OF LUCIEN AND ARCELIA

31 4 0
                                    

I'll keep choosing you

.
.
.

STARRY NIGHT'S NOVEL STORY

Lucien Ezekiel dan Arcelia Florian,

Pasang yang saling mencintai sehinggakan kedua-duanya sanggup memberikan apa sahaja bahkan jika dia mahukan dunia sekalipun tetap akan diberikan.

Hari yang bahagia selalu dikecapi oleh mereka. Malah kedua-duanya juga taksub dengan kasih sayang antara satu sama lain.

Bila semuanya berjalan dengan baik satu kejadian buruk telah berlaku menyebabkan mereka berpisah dengan tragis.

Arcelia yang sedang sarat mengandung 5 bulan dibunuh kejam oleh kekasih bekas tunangnya, Duke Restia. Dirinya diikat pada pokok besar yang menjadi saksi sumpah setia dirinya terhadap Lucien sendiri dan di bakar hidup-hidup.

'Maafkan saya, Lucien'

Lucien tersentak dengan kata bisikan daripada Arcelia. Kesakitan Arcelia hadapi dirasai oleh Lucien sendiri sehinggakan dia menggunakan magik teleportasi untuk mendapatkan Arcelia. Malang pada waktu itu Arcelia telah pun mati bersama bayi dalam kandungannya.

"Tak....., Arcelia, sayang saya...."

Lucien melutut menghadap mayat Arcelia dalam keadaan sesak nafas. Dada dirasakan terlalu sesak sehingga dia tidak boleh bernafas. Dia memeluk mayat Arcelia yang telah menampakkan separuh tulang.

"Siapa buat awak macam ni sayang....." Lucien mula mengalirkan air mata

Bayangan imbasan daripada daun yang menjadi saksi kematian Arcelia Lucien lihat.

Sungguh perasaannya kini kian marah dan bercampur sedih. Dirinya seperti orang gila ketika itu. Mahu sahaja dia membunuh keluarga tersebut, tidak dia mahu hancurkan satu kerajaan ini.

Apa salah Arcelia sehingga dia dibunuh dengan begitu kejam sekali?

Hubungan Arcelia dan Duke Restia sudah lama tamat apabila Duke Restia sendiri yang memutuskan pertunangan mereka.

Dasar tak guna! Dia ingat dia puteri bongsu kerajaan Delvin boleh buat macam ni?

"Celia, saya memang mengakhiri semua ni dengan membunuh mereka semua. Maafkan saya sebab tak dapat lindungi awak. Andai kata satu hari lagi kita jumpa saya akan sentiasa melindungi awak dari segala bahaya. Saya sayangkan awak sangat. Cinta saya hanya untuk awak selamanya"

Air mata tetap mengalir pada pipi Lucien. Mayat Arcelia diletakkan dalam sebuah keranda khas yang Lucien ambilnya dari magik teleportasi barang.

Dengan berhati-hati dia meletakkan Arcelia di dalam berserta baju kegemaran Arcelia sendiri.

"Tunggu saya disana, ye."

"I love you, I love you in every universe, you'll always be my first, love you you're my one only first

All the promises I will fulfill, for you"

Lucien terus ke rumah agam milik Duke Restia dan dia melihat puteri bongsu kerajaan Delvin berada disitu dengan gembira. Aura membunuh Lucien semakin kuat.

When Did I Falling For You? Where stories live. Discover now