BAB 1

1.2K 24 0
                                    

𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗲𝗱𝗶𝘁

"SAKIT, mama. Jangan pukul Sara lagi." Sara menekup wajah dengan kedua tangannya bila sekali lagi dirinya disepak.

"Bangun! Aku cakap, bangun!" Lantang suara Puan Sarimah memekik, mata bersinar merah menahan amarah.

Dia bencikan Sara yang sangat menyerupai wanita yang sudah merampas suaminya. Saadiah, sahabat baik yang dianggap seperti adik sendiri tapi rupanya dalam diam menjadi isteri kedua suaminya.

Alasan suaminya cuma satu,inginkan anak. Alasan yang kedengaran mungkin klise tapi realitinya memang begitu yang terpaksa Sarimah hadap.

Selepas kematian suaminya dan Saadiah, Sara menjadi mangsa untuk dia melepaskan rasa sakit hati dan dendam yang semakin hari beraja dalam hati.

Sepak terajang menjadi makanan gadis itu. Tapi dia masih tak merasa puas. Biar gadis itu membayar untuk ibunya.

"Sakit makcik. Sara minta maaf, Sara lupa nak mop air yang tumpah tadi." Ya, alasan Sara dipukul kali ini cukup remeh tapi berjaya membangkitkan rasa amarah dalam hati Sarimah.

Perlahan-lahan Sara bangun, tubuhnya semakin lemah. Perutnya terasa senak bila disepak berkali-kali. Tak cukup disepak, muncung tajam heels ibu tirinya ditekan kuat ke atas perutnya.

Puan Sarimah tersenyum sinis bila Sara memegang perutnya, mesti gadis itu merasa sakit tapi dia masih tak merasa puas. Cincin permata dikeluarkan dari handbag Dior dan disarungkan ke jarinya. Bukan satu, tapi tiga.

Buk! Buk! Buk!

Tiga kali tumbukan diberikan pada wajah Sara yang semakin hari semakin jelita. Dia tak dapat menafikan yang dia mencemburui kecantikan yang ada pada gadis itu.

Sara menekup hidungnya dengan kedua tapak tangan. Pasti banyak darah yang mengalir keluar.

Tak cukup dengan itu, rambutnya pula dicengkam kasar sehingga terdongak kepalanya ke atas. Satu tamparan yang sangat hebat singgah diwajahnya sehingga dunia Sara terasa gelap.

Kelam serta-merta.

BLACK Lamborghini, black Audi R8 dan black Hummer H2 mengaum garang di basement Heritage Palace.

Gabriel membetulkan suit di tubuh sasanya lalu melangkah masuk ke dalam Heritage Palace.

Belum sempat dia melabuhkan duduk di atas kerusi, tiba-tiba Talita meluru masuk ke dalam pejabatnya.

Gabriel urut pelipis, hela nafas dalam-dalam. Takut kesabaran yang masih tersisa ini semakin terhakis dengan tingkah laku bekas isteri yang tak reti bahasa.

"What you want, Talita?" Gabriel sangkut punggung di birai meja, kaki kiri menindih kaki kanan. Tangan santai dalam kocek seluar.

"You, I want you, Riel." Talita membentak lalu dia melempar handbag Chanel ke atas sofa. Kedatangannya ke sini bila dia melihat tentang Gabriel dan Zakira model terkenal dengan pakaian dalam di media sosial.

Gabriel tertawa sinis bila melihat sketsa di depan mata. Masih tak berubah lagi si bekas isteri biarpun setahun sudah berlalu sejak mereka bercerai.

Kemahuan Talita juga yang inginkan mereka berpisah. Setiap kali tentang dia dan wanita terpapar di media sosial, Talita akan berperangai seperti isteri yang dicurangi.

"But I don't want you anymore, Talita. Kau yang nak aku ceraikan kau sebab kau gilakan jantan lain." Tekan Gabriel keras.

"You yang tak pernah ada masa dengan I, Riel. I sunyi. You busy dengan kerja you." Talita tak mahu mengalah. Dia akui, sepanjang dia bergelar isteri Gabriel Maalik memang dia sentiasa dilimpahi dengan kemewahan. Tapi Gabriel tak pernah memberi dia cinta. Dia perlukan cinta lelaki itu. Tapi perkahwinan mereka hanya bertahan hanya 6 bulan. Itupun dia yang berkeras mahukan penceraian.

Sangka Talita, Gabriel akan memujuk rayunya tapi tak. Gabriel terus bersetuju. Tak sampai sebulan penceraian mereka, setiap hari terpapar tentang Gabriel dengan wanita yang berlainan di media sosial.

Talita cemburu kerana Gabriel langsung tak bersedih kerana mereka berpisah.

"Kau tahu sebab apa aku berkahwin dengan kau, Talita. Kau yang paksa aku sedangkan kau tahu yang aku tak boleh memberi apa yang kau mahukan. Lagipun kau dah cukup bahagia dengan jantan-jantan kau selama ini di belakang aku. Aku tahu semuanya Talita. Walaupun aku tak mampu memberi cinta tapi sekurangnya aku mampu berikan kesetiaan aku pada kau. Tapi sayang seribu kali sayang. Kau lebih jijik dari aku Talita, kau cintakan aku tapi kau tak mampu berikan kesetiaan kau pada aku." Terletus tawa sinis di bibir Gabriel.

"I tahu salah I, Riel. I janji I akan setia pada you seorang je Riel. Tolong terima I kembali dalam hidup you. I mohon." Talita ayun langkah mendekati Gabriel. Tapi lelaki itu sengaja menjauhkan dirinya.

"Aku tak akan terima kau kembali, Talita. Sudah cukup lama aku bagi muka dekat kau buat onar di belakang aku sehingga membuatkan aku sebagai presiden Heritage Palace tercalar. Tentang aku dan Zakira rasanya kau tak perlu ambil tahu sebab itu bukan urusan kau. Clear that, Talita Datuk Adnan?" Gabriel silang tangan ke dada sehingga menyerlahkan tangannya yang berotot.

Talita jegilkan mata. Chanel diatas sofa diambil dengan kasar.

Gabriel dengan ego dan angkuhnya memang sejak dulu tak pernah berubah.

"Kalau you tak terima I, jangan salahkan I selepas ini Gabriel Maalik. I akan buat you menyesal. I akan buat you malu sebab you tak terima I jadi isteri you." Amarah mula menjulang di dada. Jelingan maut diberikan sebelum pintu pejabat Gabriel dihempas kuat.

Terkumat-kamit Talita menyumpah Gabriel di dalam hati. Selamba dia merempuh bahu pekerja yang menghalang laluannya.

Masuk ke dalam kotak lif, dia menarik keluar telefon bimbit dari handbag Chanel yang berwarna merah sebelum senyuman sinis di terukir di bibir merah garang yang disaluti dengan lipstick Dior.

"Hello Encik Niezam Abdullah, editor Mstar, saya Talita Datuk Adnan bekas isteri Gabriel Maalik. Boleh kita berjumpa? Ada satu berita panas yang I nak kongsikan dengan you."

Dia akan membuat Gabriel Maalik menyesal!
















MRS GABRIEL MAALIK(E-BOOK) Where stories live. Discover now