BAB 2

707 19 0
                                    

𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗲𝗱𝗶𝘁

SARA tersedar dari lena bila pintu biliknya dibuka dari luar. Menyangkakan yang itu ibu tirinya, Sara tutup mata kembali, berpura-pura lena kerana sakit yang dialami pada dua hari lepas masih terasa. Wajahnya masih lebam.

Tapi Sara merasa pelik bila ada tangan kasar menyelinap masuk ke dalam comforternya dan mengusap lembut pahanya.

Deras Sara buka mata dan matanya terbuntang luas bila tubuhnya dihempap oleh seorang lelaki yang tak dikenali.

Belum sempat dia menjerit, mulutnya ditekup dengan tangan kasar lelaki itu. Kepalanya digeleng berkali-kali. Air matanya mula menitik satu persatu. Tubuhnya dikunci oleh lelaki itu.

"Dah lama aku perhatikan kau, Sara. Malam ini kau akan jadi milik aku, Sara." Badrul, lelaki yang baru saja memuaskan nafsu Sarimah sebentar tadi.

Kerana ingin berada dekat dengan Sara, Badrul sanggup memuaskan nafsu wanita tua itu biarpun dia merasa geli bila setiap kali menyentuh tubuh wanita yang sebaya umur arwah ibunya.

Malam ini dia tak akan lepaskan Sara, sudah lama dia menginginkan Sara. Biarpun setiap kali dia datang, Sara selalu dipukul oleh Sarimah, tapi Sara tetap kelihatan jelita.

Kerana Sarimah sudah lama terlena, dia membuka pintu bilik Sara dengan kunci pendua yang berada di dalam laci meja Sarimah sebentar tadi.

"Kau jangan jerit, kalau kau jerit aku bunuh Sarimah!" Tekan Badrul dengan tegas.

Sara anggukkan kepala. Biarpun dia merasa takut ketika ini.

Badrul tersengeh sebelum dia alihkan tangan kasarnya lalu pijama Sara direntap kasar sehingga membuatkan Sara menjerit lantang meminta tolong.

Pang!

Terteleng wajah Sara di sisi bila ditampar kuat oleh lelaki itu. Darah terasa mengalir di hujung bibir.

"Aku dah cakap jangan menjerit! Kau ni bodoh lah!" Rahang Sara dicengkam kasar. Badrul mula disengat amarah.

"Saya tak nak. Lepaskan saya. Saya tak nak." Sara meronta-ronta. Kakinya cuba diangkat mahu menendang lelaki itu tapi lelaki itu begitu cekap mengunci tubuhnya.

Tiba-tiba pintu dikuak kasar dari luar. Deras Badrul bangun dan Sara mula menarik nafas lega bila ibu tirinya muncul di depan pintu. Dia masih terselamat dari dibaham oleh lelaki itu.

"You, dia yang goda I. Dia tarik I masuk dalam bilik dia." Badrul mulakan drama. Dia memeluk mesra tubuh Sarimah. Lagipun dia tahu Sarimah sangat bencikan Sara.

Biar Sara dipukul kerana berani melawan.

Sara menggelabah bila ibu tirinya memandang tajam ke arahnya. Dia menggeleng laju.

Pijama yang sudah terkoyak kerana direntap oleh lelaki itu ditutup dengan comforter.

"Tak, makcik. Tak. Dia yang masuk bilik Sara." Jelas Sara biarpun dia tahu yang ibu tirinya tak mungkin akan mempercayai dirinya.

Puan Sarimah meluru ke arah Sara lalu dia mencengkam kasar rambut Sara kemudian tubuh Sara ditarik keluar dari bilik. Jeritan Sara yang kesakitan tak langsung dia hiraukan. Seolah-olah dia memandang Saadiah yang telah menggoda suaminya.

"Perempuan tak guna. Kau sama saja dengan emak kau yang dah mampus tu. Keluar kau dari sini, aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku harap kau cepat mampus macam emak kau yang dah mampus tu!" Jegilkan mata, rambut Sara dilepas kasar sekaligus menolak tubuh Sara jatuh di depan pagar.

Terkujat Badrul, bukan ini yang dia mahu. Sangkanya, Sarimah hanya akan memukul Sara seperti sebelum ini. Sekurangnya Sara masih ada di depan mata.

Ah, berantakan semua. Ah.

"Makcik, tolong. Mana Sara nak pergi? Sara hanya ada makcik saja dalam hidup Sara. Jangan buang Sara, makcik. Pukul lah, makilah Sara tapi jangan halau Sara. Sara takut, makcik." Sara memeluk tubuh puan Sarimah tapi dia tolak dengan kasar sekali lagi.

"Berambus, Sara. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Dahi Sara ditunjal-tunjal sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Badrul, masuk. Jangan buat hal, Bad. Kalau tak, you tak akan dapat sesen pun daripada I lagi." Gertak puan Sarimah bila dia menoleh ke belakang Badrul masih memandang Sara.

Dia bukannya bodoh. Dia tahu Badrul tipu dia tadi. Tapi kerana dia sangat bencikan Sara, dia berpura-pura mempercayai Badrul.

Lagipun dia mahu Sara terseksa kerana itu dia sengaja menghalau Sara pada pukul 3 pagi.

Kerana ugutan dari Sarimah, Badrul melangkah masuk bersama wanita itu. Selama ini selain dari meminati Sara, dia juga meminati wang ringgit yang dilimpahi kepadanya. Tak perlu berkerja, cuma melayan nafsu wanita tua itu sahaja setiap hari apa yang dia mahukan, Sarimah akan memberi tanpa ragu.

Tentang Sara, dia akan mencari gadis itu dengan caranya sendiri tanpa diketahui oleh Sarimah.

MRS GABRIEL MAALIK(E-BOOK) Where stories live. Discover now