Bab 24

827 55 4
                                    

Look at you, tired of life but still living. I'm proud of you.

Tiga pasang mata membulat memandang ke satu arah. Tak ada satu suara pun yang keluar. Hanya kedengaran bunyi kenderaan lalu di kawasan perumahan. Kekok.

Ayra tekup mulut sendiri. Menahan tawa dari terlepas. Encik Khalid pula sudah berkerut memandang sosok di hadapannya. Arian? Lelaki itu sudah picit dahi sendiri. Pening!

"Kau buat apa dekat sini?" Akhirnya terluah jua soalan itu. Arian tarik nafas panjang memandang tubuh Farraz di hadapannya. Dengan luggage, bucket hat berwarna hitam di kepala dan kaca mata hitam yang disangkut di bahagian leher baju. Wajah itu senyum tak bersalah.

"Hm..." Farraz senyum. Kakinya menguis roda beg.

"Umi ada cakap... Kau orang nak pergi honeymoon dekat kampung..." Farraz masih senyum tak bersalah. Wajah polos dia tayang buatkan Arian gelengkan kepala.

"Aku nak ikut."

"Dah agak." Terlepas keluhan dari ulas bibir Arian. Kepalanya menggeleng.

"Ni siapa? Macam pernah nampak." Encik Khalid masih mengerut pelik.

"Maaf, ayah. Ni-"

Belum sempat Arian perkenalkan Farraz, lelaki itu sudah maju mencapai tangan Encik Khalid. Di salam mesra.

"Ayah, saya Farraz. Sepupu Arian. Best friend Arian sebelum dia kena rampas dengan Ayra ni." Farraz jeling Ayra yang menunduk menahan tawa. Menyampah! Semenjak Arian kahwin ni haram lelaki tu nak berbual dengan Farraz. Asyik berkepit 24 jam dengan bini. Hmph!

Arian dah berapi. Di tarik telinga Farraz menjauhi Encik Khalid.

"Eh, awak!" Terkejut Ayra. Kasihan pula dia lihat Farraz yang dah terjerit kesakitan.

"Balik." Arian tunding jari ke arah kereta Farraz yang tak jauh dari pagar rumah. Telinga lelaki itu dilepaskan.

"Tak nak!" Farraz hentak kaki sambil tangan mengusap cuping telinga. Mesti dah merah! Kalau telinga dia capang memang dia buat report polis! Keluar dah perangai tiga suku dia.

"Balik, Farraz. Honeymoon suppose to be aku dengan Ayra. Bukan, kita bertiga. Aku dah bagitahu kau before aku kahwin lagi." Arian tarik nafas. Penat lah!

"Arian... Boleh lah..."

"No." Laju Arian gelengkan kepala. Kalau Farraz ikut serta ni bukan honeymoon tapi saltmoon. Farraz menunduk. Nak ikut! Kemudian dia pandang pula Ayra. Cuba untuk meraih simpati.

Ayra senyum kelat. Kasihan lah pula, terus saja dia paut lengan Arian. "Awak, tak apa lah. Biar je Farraz ikut. Dia rindu kampung tu. Lagi pun lagi ramai lagi seronok."

"Jangan nak terpedaya dengan mata kucing dia ni. Sibuk nak ikut padahal-"

"Awak..." Ayra segera memotong.

Lutut Arian dah lembik bila dengar nada isterinya yang mendayu dayu memujuk. Ni yang lemah ni. Nafas ditarik panjang. Rosak rancangan nak berkepit dengan bini!

"Fine!"

"Yeay! Thanks Ayra! Sayang you!" Farraz melompat teruja. Terus saja dia lari ke arah kereta. Luggage miliknya ditarik bersama. Terus disumbat ke dalam kereta milik Arian.

"Apasal kau letak dalam kereta aku?" Arian cekak pinggang. Ya Allah, stress kena menghadap member macam ni!

"Aku tumpang kereta kau lah. Jimat minyak. Jimat tol."

"Banyak cantik muka kau-"

"Awak, dah lah tu." Ayra gelengkan kepala. Pening dia dengar Arian dan Farraz yang asyik perang mulut. Terus dia melangkah ke arah Encik Khalid. Disalam tangan itu.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now